Kalau kita bercakap pasal eropah mesti negara-negara yang selalu terlintas difikiran adalah seperti Perancis, Switzerland, Jerman, Belanda dan lain-lain lagi. Kalau korang nak tahu, empat negara eropah yang disebutkan tu adalah negara eropah disebelah barat. Jadi negara-negara eropah barat ni lebih popular dikalangan rakyat Malaysia berbanding negara-negara eropah dikawasan lain. Benua Eropah memiliki total 50 lebih buah negara, dan dibahagikan kepada lima kawasan iaitu, Eropah Utara, Eropah Selatan, Eropah Timur, Eropah Barat & Negara Transkontinental (dua benua).

Negara-negara eropah barat terdiri daripada Austria, Belgium, Perancis, Jerman, Liechtenstein, Luxembourg, Monaco, Belanda dan Switzerland. Eropah barat adalah salah satu kawasan terkaya di dunia dan merupakan salah satu destinasi utama rakyat Malaysia pergi untuk bercuti, sebab itulah negara-negara di eropah barat lebih popular dalam kalangan rakyat Malaysia. Jadi boleh dikatakan banyak lagi negara eropah yang belum rakyat kita โ€˜exploreโ€™ ataupun mungkin ada tetapi tidak seramai yang pergi ke eropah barat.

Setiap kawasan-kawasan eropah mempunyai keunikan dan perbezaan yang tersendiri, dari segi Bahasa, budaya, suasana, landskap dan banyak lagi. Jadi untuk memudahkan anda membezakan negara-negara eropah, kita bandingkan antara kawasan barat dan timur sahaja supaya lebih jelas dan tidak menimbulkan kekeliruan. Jadi antara negara-negara yang terdapat di Eropah Timur adalah Rusia, Republik Czech, Poland, Hungary, Romania, Moldova, Croatia, Lithuania, Latvia, Estonia, Bulgaria, Slovakia, Belarus, Ukraine, Slovenia, Serbia, Montenegro, Bosnia dan Herzegovina, Albania, Kosovo , Macedonia, dan bahagian Eropah di Turki.

Mungkin anda tahu nama-nama negara yang terdapat di Eropah Timur, Tapi kena ingat bahawa banyak perbezaan antara Eropah Timur dan Barat. Eropah Timur merupakan suatu kawasan geopolitik yang dipengaruhi Perang Dingin dalam sejarah moden. Bagi sesetengah rakyat dieropah, sempadan daerah ditentukan lebih melalui budaya berbanding geografi nyata. Dari dulu hingga sekarang, Eropah Timur dibezakan dari Eropah Barat berasaskan faktor-faktor kebudayaan, keagamaan, ekonomi, sejarah, dan lain-lain.

Dari segi budaya, Eropah Barat lebih petingkan kebebasan individu, autonomi dan pencapaian ekonomi. Boleh dikatakan lebih kurang macam Amerika cuma rakyat di Eropah Barat lebih berdisplin dan โ€˜highclassโ€™ kerana mereka mementingkan pendidikan. Tetapi budaya di Eropah Timur adalah sebaliknya. Budaya Eropah Timur lebih kurang sama yang terdapat di Asia, lebih menekankan keharmonian, hubungan antara keluarga, menjaga kewajipan agama mereka dan kewajipan masyarakat. Kita boleh dikatankan rakyat di Eropah Barat mementingkan kepentingan bersama.

Kebanyakkan rakyat di Eropah Barat berpegang pada agama Kristian Katolik manakala rakyat di Timur lebih kepada Kristian Ortodoks. Dari sini kita boleh lihat bahawa kepercayaan rakyat di Timur dan Barat adalah berbeza kerana perbezaan utama antara dua kepercayaan ini adalah, dalam kalangan penganut Kristian sendiri, mereka cenderung menganggap bahawa perbezaan utama keduanya adalah Kristian Ortodoks lebih menekankan ritual dan doa-doa Bahasa tertentu, terutamanya Bahasa Yunani Kuno dan Bahasa Slavonik Kuno. Tambahan lagi gereja Ortodoks lebih bersifat mistik. Jadi sekiranya anda pernah ke Rusia, Romania dan Bulgaria, anda boleh lihat seni bina gereja mereka lebih unik dan lain berbanding di Eropah Barat.

Dari segi ekonomi pula, secara umumnya rakyat di Eropah Barat memperoleh pendapatan yang lebih berbaik berbanding rakyat di Eropah Timur. Tetapi barangan dan servis kemudahan di Eropah Timur pula jauh lebih murah berbanding di Barat. Walaupun Eropah Timur menawarkan harga yang lebih murah, tetap ramai pelancong lebih memilih untuk membeli-belah di Eropah Barat. Ini mungkin kerana barang-barang di Eropah Barat lebih berkualiti dan kurang menjual barang imitasi jadi anda berbelanja pada sesuatu yang mempunyai nilai dan kualiti yang baik. Selain daripada perbezaan ekonomi kewangan, Jurang terbesar dalam sudut ekonomi antara Eropah Barat dan Timur adalah sosio โ€“ ekonomi. Eropah Timur mempunyai rekod sosio โ€“ ekonomi yang kurang baik atas sebab, kadar keselamatan yang rendah, perbuatan vandalism yang tak terkawal, dan kadar kemiskinan yang meluas. Sosio ekonomi di Eropah Timur kurang baik mungkin disebabkan pengaruh perang dingin yang berlaku pada tahun 1947 hingga 1991.

Bagi lebih mudah untuk membezakan antara Eropah Timur dan Barat adalah orang rakyat mereka sendiri. Rakyat di Eropah Barat lebih menggunakan Bahasa Jerman, Perancis dan sedikit Bahasa Inggeris manakala rakyat di Eropah Timur mempunya lebih kurang dalam 100 bahasa, tetapi bahasa yang banyak digunakan adalah bahasa Slavic dan Turkish. Untuk rupa paras pula,muka rakyat di Timur Eropah lebih tajam dan dan lebar berbanding dengan muka rakyat Eropah Barat yang lebih kepada maskulin dan menonjol.

Mungkin dengan perbezaan ini dapat menolong anda dalam merancang serta merangka perjalanan atau percutian anda ke negara-negara eropah. Atau mungkin juga dapat membantu anda untuk menambahkan sedikit sebanyak info tentang masyarakat di sana.

×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami