bermusafir
  • Islam menganjurkan agar nikmat kegembiraan dikongsikan dengan rasa syukur & memuji kebesaran Allah SWT.
  • Islam menegah kita dari mendedahkan diri dalam kebinasaan akibat terlalu teruja & ghairah semasa bercuti.
  • Elakkan pembaziran ketika melancong & berbelanja mengikut kemampuan.

Secara harfiahnya, melancong dan bermusafir adalah sebahagian daripada aktiviti yang dapat menenangkan jiwa dan minda serta merehatkan fizikal.

Di dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang menyarankan agar manusia untuk keluar berjalan dan bermusafir bagi melihat, mengambil pengajaran dan menghayati kebesaran Allah SWT. Hal ini untuk meningkatkan ketakwaan dan menambahkan keimanan.

Hikmah bermusafir adalah bagi menikmati pemandangan alam ciptaan Tuhan yang mendamaikan, menambah ilmu pengetahuan serta mempelajari tentang budaya serta tradisi sesuatu tempat.

Al-Quran menyarankan agar mengambil iktibar dari makhluk ciptaan Allah SWT sebagaimana firman-Nya dalam surah al-Baqarah ayat 164 yang bermaksud:

“Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pertukaran malam dan siang dan kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuhan di bumi sesudah mati, serta ia biakkan padanya daripada pelbagai jenis binatang; demikian juga peredaran angin dan awan yang tunduk terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (semua itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah) bagi kaum yang menggunakan akal fikiran.”

Lazimnya, setiap kali penghujung tahun atau musim cuti persekolahan, orang ramai mengambil kesempatan untuk melancong dan mengembara bersama ahli keluarga dan kenalan.

Kesempatan dan peluang berjalan tidak kira dalam negara mahupun luar adalah sebahagian nikmat yang perlu dihargai dan disyukuri.

Kelebihan kepada para musafir atau pengembara juga diraikan dalam ajaran Islam. Kita mengenal agama Islam adalah hasil pengembaraan orang terdahulu yang giat menyebarkan Islam dari satu tempat ke tempat lain.

Sejarah Islam juga menunjukkan, pengembaraan adalah faktor mengembangkan ajaran Islam seperti dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW ketika mula menyebarkan Islam ke Taif.

Begitu juga dengan sejarah penaklukan kota Konstantinopel dan Andalusia. Kalangan pahlawan Islam yang hebat dan berani pada zaman dulu mengembara ke tempat baru untuk meluaskan wilayah kekuasaan Islam.

Makna bermusafir tidaklah disempitkan untuk tujuan berdakwah saja. Orang yang melakukan perjalanan jauh ke satu tempat dengan niat dan tujuan baik disebut sebagai musafir.

Niat yang baik itu termasuk untuk melancong, menimba ilmu, merehatkan minda, mencari ketenangan dan berniaga. Sebaliknya, jika perjalanan itu didasari niat buruk, orang yang melakukan perjalanan itu tidak disebut sebagai musafir.

Ini termasuk berniat untuk bermain judi dan pergi ke tempat yang sememangnya terkenal dengan maksiat seperti pelacuran.

Saranan untuk bermusafir juga disebutkan dalam Al-Quran melalui surah al-An’aam, ayat 11 pula Allah SWT berfirman: “Berjalanlah kalian di muka bumi, kemudian perhatikanlah.”

Imam Shafie Rahimahullah pula menjelaskan, setiap orang bermusafir itu akan mendapat lima kebaikan iaitu:

1. Jika dia memerhatikan ciptaan Allah di tempat itu dengan iman, dia akan memperoleh iman.

2. Jika dia berhajat untuk mencari ilmu, dia akan mendapat ilmu.

3. Jika dia berjalan untuk menimba pengalaman, dia akan mendapat pengalaman. Melalui pengalaman, dia mendapat asas hikmah.

4. Jika dia bermusafir untuk mencari kenalan, dia akan mendapat kawan.

5. Jika dia mencari peluang untuk berniaga, dia akan mendapat rezeki.

Selain itu, bagi pasangan suami isteri, permusafiran bersama selalunya dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan kadangkala dapat mengendurkan sedikit tekanan serta ketegangan dalam hubungan rumah tangga.

Baca lagi: Tips & bajet percutian keluarga ke Switzerland bersama 3 orang anak

Ada orang salah tafsir, musafir je kena terbang ke luar negara beribu kilometer. Bermusafir tidak semestinya pergi ke tempat jauh dan memerlukan kos tinggi.

Bak kata peribahasa melayu, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Malaysia sememangnya terkenal dengan pelbagai tempat indah dan menarik untuk dilawati.

Dalam kita seronok berjalan, tanggungjawab memelihara kebersihan alam sekitar jangan dilupakan. Pupuk amalan murni ini dalam keluarga. Jauhi tabiat membuang sampah, sisa makanan dan mencemarkan keindahan tempat yang dikunjungi.

Selain itu, seandainya mempunyai aturan masa yang baik, utamakanlah aktiviti mengunjungi dan mengimarahkan masjid serta surau kerana ia tempat terbaik untuk dikunjungi.

Bermusafir juga beri kelebihan kepada kita untuk jamak solat tetapi perlu mematuhi beberapa syarat sah solat musafir iaitu;

1. Perjalanan yang jaraknya 81 kilometer dan lebih. Oleh itu, tidak diambil kira perjalanan kurang daripada jarak berkenaan.

2. Solat yang diqasarkan adalah solat fardhu empat rakaat.

3. Seseorang hendaklah tidak berniat menetap selama empat hari di tempat yang dituju selain pada hari mula sampai dan pada hari akan keluar.

4. Apabila berniat menetap selama empat hari, jadilah tempat yang dituju itu seolah-olah negerinya atau tempat tinggalnya yang tetap.

5. Permusafirannya adalah permusafiran yang diharuskan bukan kerana maksiat.

Semasa bermusafir dan melancong kita diingatkan agar tidak berkelakuan buruk serta melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Jauhi perbuatan maksiat, hiburan keterlaluan, mengabaikan batasan aurat serta pergaulan lelaki dan wanita tanpa batasan.

Sewaktu teruja kita rancang perjalanan bermusafir di pelbagai destinasi, jangan pernah lupa untuk terlebih dahulu mengunjungi dan bertanya khabar ibu bapa dan ahli keluarga. Ganjaran pahala dijanjikan kerana menggembirakan hati mereka.

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Mohd Hassan Adli Yahya, Datuk Mohd Ajil Ismail


Trip BackPackerzGO ke Europe Central Januari lalu. More trip to come guys!

Mulai tahun 2023, BackPackerz mula offer trip untuk kaki backpack, solo traveler atau travel buddies 1-2 orang untuk follow backpack dengan kami ke Europe Central, Swiss-Germany, Turki, Balkan & Scandinavia. 

Info lanjut tekan icon hubungi kami/klik sini – Pilihan Trip Anda

×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami