pickpocket

Sejak akhir-akhir ni, banyak kes yang melibatkan pickpocket dan kecurian semasa melancong ke luar negara. Kejadian penyeluk saku ni tidak mengira mangsa sama ada pengembara newbie, kembara berkumpulan atau seasoned traveler.

Beberapa destinasi tumpuan pelancongan dan ikonik telah menjadi ‘lubuk’ penyeluk saku (pickpocket). Antara lokasi sasaran ‘pencopek’ ini adalah kebanyakannya di bandar-bandar popular sekitar Spain, France dan Italy.

Bandar Eropah telah mendominasi senarai 9 teratas hasil kaji selidik pengembara serata dunia dan TripAdvisor.

1- La Rambla street (Barcelona)

Lokasi tumpuan yang mempunyai bilangan penyeluk saku tertinggi ialah laluan pejalan kaki Las Ramblas. Spot ini ikonik bagi pelancong di Barcelona. Semasa musim kemuncak dengan kahadiran pengunjung, ia sangat sesak menjadikannya persekitaran sesuai untuk penyeluk saku.

Las Ramblas, Barcelona

2- Eiffel Tower (Paris)

Sebut saja Eiffel Tower siapa yang tidak tahu. Sebagai salah satu tarikan budaya paling popular di dunia, tidak hairanlah juga pelancong luar yang melawat Paris menjadi sasaran pickpocket di Menara Eiffel.

Eiffel Tower, Paris

3- Trevi Fountain (Rome)

Trevi Fountain terletak di ibu negara Itali dan tradisi terkenal membaling syiling ke dalam air pancut di atas bahu kiri anda sebenarnya meletakkan anda berisiko dirompak! 

Menduduki destinasi ketiga yang paling berkemungkinan untuk ‘dicopet’, pelancong membuang kira-kira 3000 euro ke dalam Trevi Fountain setiap hari.

Ketika orang ramai leka mengeluarkan syiling dari dompet atau wallet, masa tu anda berisiko menjadi sasaran yang mudah bagi pickpocket.

Trevi Fountain, Rome

4- Charles Bridge (Prague)

Prague adalah syurga bagi penyeluk saku. Seperti Trevi Fountain, Charles Bridge mempunyai ritualnya sendiri. Rata-rata pelancong luar akan melakukan sekadar untuk pengalaman. 

Menyentuh patung St. John of Nepomuk di jambatan akan membawa anda tuah dan memastikan anda kembali ke Prague semula.

Namun, penyeluk saku melihatnya sebagai peluang terbaik untuk mengalih perhatian anda semasa mereka mencuri wang anda.

Charles Bridge, Prague

5- Sacre-Coeur (Paris)

Salah satu tempat yang paling luar biasa di Perancis dengan pemandangan yang sepadan dengan struktur binaan. Lokasi ini menjadi tumpuan pelancong dunia terutama beragama katolik.

Perlu diingat, Sacré-Cœur juga dipenuhi dengan penipu jalanan dan penyeluk saku yang licik menyamar di pintu masuk, bergaya seolah pelancong asing.

Sacre-Coeur, Paris

6- Colosseum (Rome)

Colosseum lokasi mesti dikunjungi apabila anda berada di Rom, dan penyeluk saku juga berpendapat demikian kerana persekitaran kawasan tarikan pelancong ini cukup luas dan sesak.

Masa yang paling biasa bagi mereka untuk menyeluk saku pengunjung adalah semasa anda berada dalam barisan panjang untuk masuk.

Colosseum, Rome

7 – Louvre (Paris)

Louvre pernah ditutup buat sementara waktu kerana berlakunya penyeluk saku di dalam galeri muzium. Malangnya ia bukan sesuatu yang mengejutkan

 Kebiasaannya seorang penyeluk saku akan menjadikan bilik Mona Lisa di Louvre sebagai lubuk.

Baca lagi: Bawa anak kecil travel ke Switzerland pertama kali, lelaki ini kongsi 7 tips & pengalaman

Louvre, Paris

8 – Amsterdam (Netherlands)

Pencuri diketahui menyasarkan pelancong menaiki trem, bas dan feri di Amsterdam, mengambil kesempatan daripada situasi yang sesak. Selain itu pelancong newbie sering terganggu atau ‘blur’ dengan perancangan perjalanan mereka turut dijadikan sasaran pickpocket. 

Jadi lebih berhati-hati semasa melakukan perjalanan dengan pengangkutan awam. Jangan tinggalkan dompet di bahagian dalam poket belakang anda.

Amsterdam

9 – Milan (Italy)

Milan mungkin ibu kota fesyen Itali, tetapi ia juga merupakan bandar di mana pelancong boleh menjadi mangsa pickpocket secara langsung terutama di laluan pejalan kaki utama atau kawasan lapang yang sesak. 

Milan

Jadi, pelancong yang baru berjinak (casual traveler’s) dinasihatkan untuk sentiasa peka keadaan sekeliling serta mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan menjadi mangsa ‘pickpocket’.

Tips mudah yang boleh dipratikkan sewaktu mengembara

  • Pelawat macam kita paling berisiko jika kelihatan seperti pelancong baru yang terpinga-pinga mencari arah. Selalu semak laluan sebelum menuju ke destinasi.
  • Bagi lelaki, elakkan letak dompet anda di dalam poket belakang seluar. Pickpocket sangat licik, tak tumpu poket depan, poket berbutang & berzip.
  • Tinggalkan barang kemas mewah di penginapan dan elak ‘lagak’ seperti orang kaya kerana ini memudahkan anda menjadi target.
  • Simpan salinan pasport, kad pengenalan, tiket penerbangan & dokumen perjalanan penting untuk diganti jika dicuri/hilang.
  • Sentiasa beringat, bukan hanya nyawa anda penting, pasport adalah nyawa kedua pengembara.
  • Lebih baik pratikkan safety pouch di badan/pinggang yang sentiasa bersama anda setiap masa.
    safety pouch 👉🏻 https://shope.ee/3pns5GaLE8
  • Sediakan dompet palsu (decoy wallet) dengan diisi kad kredit tamat tempoh dan sedikit wang. Serah dompet palsu sekiranya diancam pencuri.
  • Sentiasa email dokumen penting seperti salinan pasport, kad pengenalan, tiket, tempahan kepada diri sendiri atau kenalan rapat yang dipercayai. Ia sebagai salinan seandainya berlaku kecemasan.
  • Bagi mengelakkan membawa banyak cash, aktifkan kad ATM anda di luar negara  atau alternatif bayaran seperti BigPay dan Wise.

Kadangkala penulis sendiri pernah cuai bila dah terleka berborak atau melayari phone. Selalu letak wallet atas meja, pernah juga tertinggal barang berharga dalam poket penumpang dalam kapal terbang, beli barang banyak plastik tapi tercicir.

Selalu semak kerusi/tempat duduk sebelum beredar tak kira naik pengangkutan awam, kapal terbang atau grab sekalipun. 

Jika anda sudah melakukan persediaan yang terbaik tetapi malang tidak berbau juga, maka redhalan atas ketentuan Ilahi dan banyakkan bersabar atas ujian menimpa. Jangan pernah serik untuk mengembara melihat keindahan yang Maha Esa. 


Trip BackPackerzGO ke Europe Central Januari 2023

Mulai tahun 2023, BackPackerz ada offer untuk kaki backpack, solo traveler atau yang ada travel buddies 1-2 orang untuk follow trip kami. Harga semua termasuk tiket flight (return), penginapan, ground transportation dan guide.

Ada guide yang berpengalaman ni penting, dia tahu selok belok kembara secara backpack, port makan halal atau mesra muslim dan paling best berpeluang explore banyak tempat menarik. Info lanjut boleh tekan icon hubungi kami/klik sini – Pilihan Trip Anda

×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami