menabung

Bak kata peribahasa, sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit. Ada orang suka dengar bila ada perkongsian mengenai cara menabung duit simpanan. 

Tambah lagi jenis yang sanggup ikat perut kumpul duit demi mengembara ke destinasi yang diidamkan.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya, bagaimana cara terbaik kumpul duit untuk travel kan? Tak kisah melancong domestik atau luar negara. 

Travel to look the world in better way, money cant buy experience and moment

Jadi ini ialah cara marhaen yang dikongsikan seorang pengembara tegar yang kerap berkongsi konten menarik tentang dunia pengembaraan iaitu Cikgu Loh.

Mungkin solusi ini tak sesuai kepada semua orang namun anda mungkin boleh praktikkan jika sesuai dengan diri anda.

✅ Buat simpanan KHAS Tabung travel setiap bulan. Buat potongan WAJIB selama 1 tahun misalnya ke dalam akaun bank anda.

– Sebulan RM300-500 pun sesuai atau lebih tinggi lagi baik. Anda tuai hasilnya selepas setahun kelak. Mesti rasa berbaloi sangat.

✅ Cari side income lain untuk tambah pendapatan. Jangan mengharapkan kepada satu sumber sahaja. Boleh join jadi dropship, agen atau sebagainya.

Era digital dah mudah nak buat side income

✅ Jangan merokok & menghisap Vape. Duit tu boleh menabung untuk pergi melancong. Saya bukan perokok dan ini sudah tentunya banyak dapat jimat bajet.

– Tak perlu membuat perkara yang sia-sia lebih-lebih lagi ianya merosakkan kesihatan pula. Islam tidak mengkehendaki akan hal tersebut.

✅ Saya terlalu jarang sangat membeli pakaian atau aksesori baharu. Setahun adalah 1-2 kali. Kalau sesiapa yang terserempak saya di kampung atau di mana-mana, memang pakaian saya macam orang ulu kampung.

– Saya lebih suka begini biar nampak simple tapi dalam jiwa hati nurani gembira gitu. Simple, minimalis dan naturalis. Ada yang macam saya tak?

Biar hina di mata manusia, tapi tinggi di mata Sang Pencipta

✅ Konsep nak reward diri beli itu dan ini jarang saya amalkan. Mostly bajet seharian saya banyak habis kepada makanan.

– Belanja makan family dan rakan-rakan sahabat handai. Panggung wayang pun jarang sangat pergi. Rasanya tahun 2022 haritu ada pergi satu kali, itu pun ajak kawan sebab nak isi masa lapang. Duit belanja untuk hiburan boleh diketepikan untuk menabung.

menabung
Pilihan pada tangan anda; travel atau shopping?

✅ Saya bukan kaki shopping. Kalau travel memang tak pernah beli souvenir atau sebarang perhiasan. Keychain dan sebagainya ini boleh buat sendiri sahaja.

– Sangat mudah dan boleh pula hadiahkan kepada family dan sahabat handai. Isteri pun dah faham, asalkan suaminya selamat pulang ke tanah air. 

Baca lagi: Itinerari Koh Lipe dari Langkawi selama 3 hari 2 malam, trip ‘girls only’

Don’t worry be happy

✅ Jangan buat loan jahat. Elakkan ada personal loan, atau apa jua hutang yang membebankan. Sebagai contoh, tak perlu angkat kereta baharu, kalau ianya menyusahkan kita balik nanti.

– Buat target bahawa anda akan capai Financial Freedom suatu hari nanti. Insyallah saya akan berusaha untuk mencapainya hujung tahun 2023 ini.

– Bila bebas kewangan, sungguh diri anda cukup tenang untuk buat apa sahaja termasuklah travel. Loan bank memang hampir kebanyakannya ada riba. Rujuklah ulama-ulama kita.

✅ Sambil travel saya juga bertindak sebagai Tour Guide & Tour Leader. Jadi dari sini juga saya mencari pendapatan sampingan dengan menjadikan hobi dan minat dalam travel. Sikit-sikit saya menabung hasil daripada sumber pendapatan itu. 

– Sambil membawa peserta bermusafir melihat keajaiban ALLAH, peserta juga dapat bergembira dengan izin Allah.

Daripada sekadar hobi jadikan ia sebagai sumber pendapatan

✅ Lastly, jika anda nak cepat kaya dan boleh menabung banyak duit untuk travel, keraplah dan amalkan bersedekah selalu.

– Benar, ianya satu tonik istimewa untuk anda cepat kaya dan dimurahkan rezeki.

– Percayalah saya dah merasainya. Anda pula selepas ini.. Doa murah rezeki mudah sahaja, amalkan baca Surah Al-Ikhlas & Surah As- Syura Ayat 19 setiap hari.

Moga perkongsian ini dapat membantu anda, mana yang boleh anda praktikkan dipersilakan untuk mencubanya. Yang penting keazaman dan disiplin perlu ada dalam diri masing-masing untuk mempunyai azam menabung untuk melancong ini. 

Jadi sedikit sebanyak idea yang dikongsikan Cikgu Loh ini dapat memberi gambaran awal tentang bagaimana cara menyimpan duit untuk mengembara.

Paling penting, percaya pada diri sendiri, letak sasaran untuk anda menabung dan teruskan berusaha. 

Setiap kali berpeluang untuk travel selalu niatkan dalam hati bahawa sahaja aku bermusafir ini sebagai satu ibadah.


Trip BackPackerzGO ke London-Amsterdam-Brussel- Paris Jan 2023 lalu

Mulai tahun 2023, BackPackerz offer trip untuk kaki backpack, solo traveler atau travel buddy lain untuk follow kami ke destinasi tumpuan – Balkan, Switzerland, Turkiye, Korea, Scandinavia dan Eropah. 

Kami travel dalam small group, yang penting semua fun, ada guide teman whole trip, semua jenis sempoi dan takda kaki ‘spoil’. Trip kami terdekat ada TIGA iaitu;

  • Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 27 April – 5 May 2023 
  • Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 5 May – 13 May 2023 
  • Eropah Central (Germany-France-Belgium-Netherlands) | Date: 15 May – 23 May 2023 
  • Nak tahu info lanjut, nak tanya apa sahaja boleh roger team kami – Danial | Diba | Nasrullah atau tekan ikon hubungi kami.
×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami