• AirAsia tawar potongan untuk penerbangan ke destinasi domestik & antarabangsa.
  • Tersedia untuk kod penerbangan AK, FD, QZ, Z2, D7 & XJ.
  • Jualan tersedia mulai 8 Ogos 2022 hingga 14 Ogos 2022 untuk tempoh perjalanan 22 Ogos 2022 & 18 April 2023.

AirAsia kini kembali terbang tinggi merentasi semua pasaran dan sebagai tanda penghargaan kepada para tetamu mereka sedia ada.

Syarikat penerbangan tambang murah ini menawarkan diskaun 20% untuk semua tempat duduk dan penerbangan untuk destinasi domestik serta antarabangsa.

Anda disyorkan untuk tempah sekarang bagi mendapatkan tambang diskaun yang tiada tandingan di airasia Super App.

Semarakkan semula semangat melancong anda ke lebih 120 destinasi, termasuk destinasi domestik popular seperti Langkawi, Kota Kinabalu dan Pulau Pinang.

Boleh juga lawati destinasi kegemaran Asean seperti Bali, Bangkok dan Phuket, atau terbang ke Tokyo, Sapporo dan Seoul, malah ke Australia & New Zealand (Auckland, Sydney, Melbourne dan Perth).

Untuk promosi ini juga, diskaun 20% turut ditawarkan untuk semua tempahan Premium Flatbed dan Premium Flex buat pengembara atau pelancong yang mencari keselesaan tambahan, ruang kaki tambahan dan lebih fleksibiliti daripada harga biasa.

Pengguna boleh memperoleh mata ganjaran untuk semua pembelian mereka di airasia Super App, daripada penerbangan ke penginapan hotel, airasia ride, airasia food dan banyak lagi.

Gunakan airasia points seperti wang tunai untuk menebus penerbangan PERCUMA, penginapan hotel, dan tawaran gaya hidup dengan rakan kongsi eksklusif AirAsia.

Pemegang kad Visa juga boleh mendapat potongan RM15 tambahan apabila mereka membayar untuk penerbangan mereka (kod penerbangan: AK dan D7 sahaja) dengan kad Visa mereka digunakan sebagai kaedah pembayaran pilihan. Perbelanjaan minimum ialah RM200.

Inilah masanya rancang percutian hujung minggu anda yang seterusnya dan percutian sekeluarga dengan nilai dan pilihan terbaik bersama AirAsia!

×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami