Anda tidak boleh parking di situ!
Itulah nasib yang dihadapi seorang pelancong warga emas yang mempunyai citarasa yang baik dalam pemilihan jenama kereta namun kurang bijak dalam aturan hidup.
Akhirnya warga Jerman berusia 77 tahun itu memilih untuk mempercayai GPS yang digunakan secara membuta tuli daripada membaca papan tanda jalan.
GPS tersebut menunjukkan jalan yang mengakibatkan kereta Alpina B3 Touring tersangkut di denai mendaki di Austria.
Orang awam juga telah memberi amaran memberitahunya bahawa kereta anda tidak dibenarkan atau tidak boleh akses ke laluan tersebut.
Meskipun laluan semakin sempit, itu tidak menghalang pemandu warga emas itu daripada terus menekan pedal minyaknya sehingga tiada ruang lagi untuk keretanya bergerak.
Imej yang dikongsikan oleh pihak bomba dari Sankt Gilgen, Austria ini menunjukkan sebuah kereta terperangkap di antara batu dan dinding keras.
Pelancong yang memandu Alpina B3 Touring ini meletakkan kepercayaannya terhadap GPS menuju ke kampung yang terletak di tepi Tasik Wolfgang di daerah Salzburg, Austria.
Baca lagi: Mokti’s buka cawangan pertama di Turkiye, terbang jauh dari Perlis ke Istanbul
Dek kerana kepercayaan pada GPS, malang tidak berbau. Bahagian kiri kereta itu mengalami kerosakan akibat bergesel tetapi pelancong warga emas berjaya dikeluarkan dengan selamat.
Pihak polis yang tiba di lokasi kejadian berasa pelik dan terus melakukan ujian alat pernafasan namun ia menunjukkan bahawa pemandu itu tidak mengambil sebarang alkohol.
Pelancong tersebut didenda kerana tidak mematuhi arahan papan tanda jalan dan meneruskan perjalanannya selepas pihak bomba berjaya membantu mengeluarkan kenderaannya yang tersepit.
Kadang kita rasa dah bijak follow sahaja GPS, tetapi sebab ada sifat ego dalam diri lalu tidak mempedulikan nasihat orang awam mengakibatkan diri sendiri berdepan risiko.
Sumber: Motor1.com
*Follow kami di BackPackerz untuk mengikuti info terkini berkaitan percutian dan trip BackPackerzGO ke Eropah, Balkan, Turkiye serta Scandinavia.