• Penduduk tempatan kecewa tingkah laku biadap pelancong asing di Bali.
  • Pelancong tidak menghormati adab bergambar di lokasi suci. 
  • Bali destinasi pelancongan termurah di dunia tetapi menempatkan pelancong tidak berkualiti.

Bali atau lebih dikenali sebagai The Island of Gods mahu beralih daripada menjadi destinasi percutian yang berpatutan dan mampu menarik pengunjung yang lebih berkualiti. 

Saban tahun, Bali telah menjadi tempat yang sesuai untuk percutian makan-makan, bercinta, ‘berjimba’ mahupun berbulan madu.

Ada juga pelancong asing yang mengambil kesempatan untuk terus menetap di Bali, menjadi digital nomad bahkan ada juga yang sudah memiliki perniagaan berasaskan pelancongan. 

Kerajaan Indonesia bercadang memperkenalkan cukai baharu kepada pelancong susulan beberapa insiden melibatkan kelakuan buruk, sekali gus mencemarkan nama baik pulau itu serta mengganggu budaya masyarakat di sana. 

Terdapat segelintir pelancong asing melanggar undang-undang yang melibatkan adat setempat serta melakukan perbuatan tidak senonoh yang boleh mencemarkan ‘kesucian’  Kepulauan Dewa itu.

Menteri Pelancongan dan Ekonomi kreatif, Sandiago Uno mendedahkan bahawa mereka sedang mempertimbangkan untuk memperkenalkan cukai pelancong untuk mengatasi pengunjung yang tidak terkawal dan melakukan aktiviti yang membuatkan penduduk tempatan tidak selesa dengan tindakan tidak hormat mereka. 

Sebelum ini pernah viral pelancong warga Rusia yang diusir dari Bali kerana berbogel di Gunung Agung. Individu itu turut dikenakan sekatan untuk mengunjungi Indonesia selama enam bulan.

“Kajian ini dijangka selesai menjelang beberapa minggu lagi, sekali gus perbincangan mengenainya dapat diadakan bagi memuktamadkan sebarang keputusan lanjut,” jelasnya seperti dipetik menerusi laporan Jakarta Post. 

bali

Sandiago berkata lagi bahawa Indonesia mahu mengalihkan Bali daripada menjadi destinasi percutian mewah kepada hab pelancongan yang berkualiti. 

Pengenalan cukai pelancongan ini juga datang sejurus selepas gabenor Bali, Wayan koster berkongsi bahawa pelancong akan dilarang daripada menyewa motosikal di pulau itu.

Warga asing telah menyewa motosikal tanpa dokumen yang sah dan melanggar undang-undang seperti dengan tidak memakai topi keledar atau baju, menunggang secara melulu, melanggar peraturan lalu lintas selain menjerit kepada pihak berkuasa. 

Bali merupakan antara destinasi pelancongan termurah bagi pelanconga Eropah dan pilihan percutian mampu milik bagi pelancong Asia dan ia menggalakkan kemasukkan ramai pelancong asing berpendapatan rendah, sekali gus melonjak kes tingkah laku tidak terkawal.

bali

BACA LAGI: 30 BANDAR PALING SELAMAT UNTUK PENGEMBARA WANITA BERCUTI, KUALA LUMPUR TURUT TERSENARAI

Inisiatif pengenalan cukan pelancong itu disyorkan agar dana dikutip melalui cukai pelancongan boleh digunakan bagi pembangunan industri pelancongan tempatan. 

Namun tidak dinafikan, ada suara-suara yang mengetengahkan kebimbangan persatuan perniagaan yang khuatir cukai pelancongan akan menghalang orang ramai berkunjung ke Bali, sekali gus menjejaskan sektor pelancongan yang ketika ini sedang kembali pulih daripada kesan pandemik Covid-19. 

Kerajaan Indonesia juga mahu membanteras pekerja haram, yang berpotensi memberi kesan kepada digital nomad. Peraturan baharu yang dirancang akan menyasarkan individu yang menggunakan ID Indonesia palsu atau menyalahgunakan visa kediaman serta kerja mereka.


TRIP BACKPACKERZ GO

bali
Jom follow kami backpack ke Korea (Seoul-Nami Island) Jun 2023 ni. Harga termasuk flight, guide, penginapan & transportation

Untuk tahun 2023 ni BackPackerz organize trip ke Balkan, Switzerland, Turkiye, Korea, Jepun, Iceland, Scandinavia dan Eropah. 

Sebarangan pertanyaan lanjut boleh contact team sales kami – Danial | Diba | Nasrullah atau tekan ikon hubungi kami.

Trip terdekat;

  • Backpack Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 5 May – 13 May 2023
  • Backpack Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 7 – 15 August 2023
  • Backpack Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 16 – 24 August 2023
  • Backpack Osaka (Osaka-Nara-Kyoto) | Date: 5-9 July 2023 | Date: 12-16 July 2023
  • Backpack Korea (Seoul-Nami Island) | Date: 5-9 Jun 2023
  • Backpack New Zealand (North-South) | Date: 6-16 Dec 2023
  • Backpack New Zealand (South) | Date: 18-27 Dec 2023
  • Backpack Turkiye | Date: 18-27 Sept 2023 | Date: 27 Sept-6 Oct 2023
×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami