Dengan kemudahan aksesibiliti sekitar bandar utama Switzerland, kaya tarikan alam semula jadi, dan sistem pengangkutan awam yang teratur serta efisien, ia adalah destinasi percutian keluarga yang sempurna bagi yang berkemampuan.
Switzerland benar-benar lokasi yang mesra untuk semua lapisan usia – tarikan banjaran Alps, deretan gunung-ganang menghijau dan persekitaran yang mendamaikan pasti mengujakan sesiapa sahaja jika berpeluang melancong ke sini.
Penulis tertarik dengan coretan Saizul Hafiz yang berkongsi pengalaman mengembara ke bumi Switzerland bersama keluarganya pada tahun lalu.
Setiap ketua keluarga pasti jelas bahawa travel bersama anak-anak kecil bakal mengundang cabaran tidak kira fizikal mahupun mental sepanjang pengembaraan.
Perkongsian Saizul lebih tertumpu kepada tip serta pengalaman menguruskan anak-anak ketika bercuti di Switzerland. Tetapi ada juga diselitkan info menarik sepanjang pengembaraan selama sembilan hari di negara yang penduduknya digelar Swiss.
Kebiasaannya Saizul kerap melancong dengan isteri tersayang tapi kali ini beliau memilih untuk bawa tiga anak yang masih kecil melancong ke luar negara.
Coretannya bermula, “Ini pertama kali aku travel bawa satu family ke luar negara, selalu aku pergi dengan wife dan sekali pergi bawa anak pertama.
Tapi since semua dah besar, aku fikir its right thing to do and bagi mereka explore pengalaman yang tak selalu kita jumpa tempat kita.
Planning
Perancangan perkara paling penting bila kita nak travel dengan keluarga sebab kita kena fikir flight, route, penginapan, makanan, kenderaan dan juga masa aktiviti.
Percayalah, ni semua akan mempengaruhi mood untuk budak-budak semasa travel.
Tip 1 – Kanak kanak bukan ada tenaga full macam kita (dewasa) kecuali dia jumpa apa dia suka kan.
Tip 2 – Jangan sebab nak jimat kita ambil flight connection banyak. Waktu transit dan juga masa nak bertukar flight boleh pengaruhi mood budak-budak.
Flight
Kenderaan
Dekat Swiss, ada banyak pilihan. Swiss Travel Pass (STP), Half Fare, Special Passes kalau kita nak travel by public transport. Mudah dan efisien juga.
Ada motorhomes kalau kita nak travel lebih adventure, dan juga boleh drive sendiri (mudah sangat). So sebagai ketua keluarga boleh fikirkan method mana nak pilih mengikut kesesuaian sebab kita tahu ragam anak-anak kita macam mana.
Tip 3 – Aku pilih kereta sebab senang nak bergerak antara satu tempat ke satu tempat. Anak-anak boleh tidur kalau penat.
Route & Aktiviti
Hal ini subjektif bergantung pada apa kita nak capai. Negara yang kita pilih pun berdasarkan apa kita nak tengok kan.
Tip 4 – Jadi plotkan mana nak pergi dan apa nak buat guna google map. Kirakan sekali berapa harga aktiviti yang kita akan bayar dan kalau boleh cuba cari alternatif untuk dapat diskaun.
Penginapan
Bergantung juga pada preferable kita. Kalau nak luxury pun ada, nak standard pun ada. Sebab dekat Swiss ada hotel, motel, AirBnB dan juga campsite.
Macam aku pilih AirBnb sebab aku suka duduk dekat dengan local area, senang akses dan kawasan pun lebih mesra untuk kanak-kanak.
Makanan
Dekat Swiss memang dah terkenal dengan mahalnya negara ni. Jadi kita tak boleh nak lari lah, tapi kita kita boleh kawal perbelanjaan dengan bawa makanan dari Malaysia.
Ada banyak kan sekarang or kita boleh masak kalau tempat kita sewa tu ada kitchen. Tapi kedai halal tetap ada kalau nak makan luar. Jangan risau, Switzerland boleh dikatakan mesra pelancong muslim.
Tip 5 – Jangan lupa bawa botol air, sebab air dekat sana boleh isi mana mana sahaja dan fresh! Macam air Coway.
Baca lagi: Gadis ini travel solo selama 12 hari ke Bali-Labuan Bajo, Indonesia bajet RM5,000
Season
Satu lagi benda penting adalah waktu musim apa nak pergi. Bukan saja nak pergi tapi berkunjung dengan anak-anak.
Setiap season ada kelebihan masing-masing dan masa daylight pun berbeza. Musim sejuk di Switzerland memang ada salji dan sejuk tapi waktu siang dia pendek.
Bagi aku rugi lah kalau datang sini bercuti tapi waktu siang pendek sebab nak berjalan pun sekejap je nanti. Waktu siang baru seronok nak layan scenery dekat Switzerland.
Tip 6 – Pilihlah musim yang lebih mesra masa, sama ada autumn atau spring.
Go Slow Steady
Bercuti dengan keluarga, kita kena bergerak dalam pace perlahan. Maksudnya kita nak nikmati saat-saat dengan anak-anak.
Mereka pun nak explore banyak benda bila sampai di negara orang. Mereka mungkin akan ingat ingat lupa tapi kita tak akan lupa moment dan saat mengembara dengan anak-anak.
Tip 7 – Jangan nak kejar OOTD sampai lupa luang masa bersama. Tak apa tak ada gambar cun, tapi pengalaman tetap terpahat sampai bila bila.
Budget
Sesungguhnya travel sendiri lebih jimat daripad melancong dengan travel agent. Cuma part ni dia ada pro and cons. Papepun pilihan di tangan individu.
Total aku belanja untuk whole trip bersama tiga kanak-kanak dan dua orang dewasa mencecah RM25 ribu (all in) untuk flight, penginapan, aktiviti, makan dan pengangkutan.
Learning Process
Bila travel dengan anak-anak akan belajar banyak benda. Bermula daripada disiplin, tepati masa, belajar culture baru dan adapt untuk hargai banyak benda. Sebab masa ni, mereka akan tanya banyak soalan sebab ini masanya anak-anak melihat benda benda baru.
Kalau korang hiking, cuba fikir berapa banyak support motivasi nak bagi supaya sampai di puncak.
Tempat-tempat yang dikunjungi sepanjang 9 hari di Switzerland;
Day 1 – Geneva, Stay Leysin
Day 2 – Bern & Gruyeres
Day 3 – Grimentz, Champex , Château de Chillon
Day 4 – Zermatt
Day 5 – Lake Blause, Lake Oeschinensee. Stay Halisberg
Day 6 – Lauterbrunnen, Grimdelwald First
Day 7 – Interlaken, Cruise Boat Interlaken Lake Brienz, Victoronix Factory Outlet
Day 8 – Mt. Titlis, Lucerne, Halisberg
Day 9 – Rhine Falls, Zurich
- Kenderaan: Pandu sendiri, HalfFare Card (Family Card)
- Penginapan: AirBnB
- Flight: Emirates Airlines
Paling penting bila mengembara dengan keluarga ni kena nikmati segalanya. Jangan rasa terbeban dengan kerenah anak, belajar banyak bersabar dan paling utama adalah rancang perjalanan serta percutian sebaiknya sebelum berlepas.
Alhamdulillah rezeki anak-anak dapat berkelana di bumi Switzerland. Bagi aku, pengembaraan ini juga adalah ganjaran buat diri sendiri dan juga keluarga tersayang di sisi. So where next?”.
Hampir semua tempat adalah indah dan percayalah, ke mana destinasi sekitar Switzerland yang dituju adalah menakjubkan. Terima kasih atas perkongsian Saizul Hafiz.