EU
  • Skim ini tawar peluang kepada remaja umur 18 tahun untuk explore benua.
  • European Union (EU) mahu golongan muda terokai sejarah & warisan rantau ini.
  • Sebanyak 35 ribu tiket dibawah skim DiscoverEU akan diberikan kepada remaja yang layak.

Macam-macam skim menarik ditawarkan Kesatuan Eropah atau EU untuk menarik minat golongan belia khususnya berusia 18 tahun dari Eropah yang ingin mengembara secara percuma!

Ini mungkin hari bertuah anda. Menurut laporan Time Out, EU akan memberikan puluhan ribu tiket kereta api percuma, menawarkan peluang kepada golongan muda untuk mendekati sejarah serta warisan rantau ini.

EU
Foto: Kapi Ng / Shutterstock.com

Skim impian yang dinamakan DiscoverEU, terbuka kepada mereka yang akan berumur 18 tahun pada 1 Julai dan menetap di negara anggota Kesatuan Eropah atau dari negara yang terlibat dalam program Erasmus. Nak tahu lebih lanjut, tengok kat sini.

Ia termasuk Iceland, Liechtenstein, Macedonia Utara, Norway, Serbia dan Turki. Namun begitu, memandangkan keputusan United Kingdom (UK) untuk meninggalkan ‘penjaga’ mereka (European Union), maka negara ‘Brits’ ini tidak layak memohon.

BACA LAGI: Trip Fun, Semua Sempoi! Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Follow BackPackerz Ke Europe Central Selama 9 Hari

Paris
Jom backpack ke Iceland | 24 Oct – 1 Sept 2023 (Midnight Sun) | Tekan icon hubungi kami

Apa yang pemohon perlu lakukan adalah register dalam talian, lulus semakan kelayakan yang akan bertanya mengenai umur dan kewarganegaraan pemohon dan lengkapkan kuiz aneka pilihan tentang European Union dengan lima soalan.

Remaja yang bertuah akan diminta untuk berkongsi cara anda merancang untuk menggunakan tiket kereta api percuma sekiranya anda memenanginya. Pemohon boleh memilih untuk mengembara bersendirian atau dengan kumpulan sehingga lima orang rakan.

Mereka yang menang akan dapat pas kereta api percuma yang membolehkan pemenang melakukan perjalanan kereta api selama tujuh hari dalam tempoh sebulan antara 15 Jun 2023 dan 30 September 2024. 

Dalam sesetengah kes, jika pengembara menetap di kawasan terpencil atau di pulau, tiket feri dan pas penerbangan akan disertakan sekali.

Pemenang juga akan mendapat European Youth Card selama setahun, memberikan mereka diskaun istimewa di seluruh negara Kesatuan Eropah termasuk pengangkutan tempatan, penginapan, makanan, pembelajaran, aktiviti sukan, lawatan kebudayaan dan banyak lagi.

Bernina Express, Switzerland

Setiap negara yang mempunyai pemohon mempunyai kuota pas perjalanan yang ditetapkan. Jika sesebuah negara mempunyai lebih permohonan, maka pengiraan itu akan diimbangkan mengikut kuota.

Jadi, jika anda ingin mengembara ke seluruh Eropah tanpa membayar satu sen, mungkin anda mahu memohonnya secepat mungkin. 

Pada pandangan penulis, skim ini antara inisiatif terkini Kesatuan Eropah dalam memupuk semangat dalam golongan belia di sana untuk mendekati rantau yang sarat dengan warisan serta sejarah dunia. 


TRIP BACKPACKERZ GO

EU

Untuk tahun 2023 ni BackPackerz organize trip ke beberapa destinasi tumpuan – Balkan, Switzerland, Turkiye, Korea, Jepun, Iceland, Scandinavia dan Eropah. 

Nak tahu info lanjut, ada sebarangan pertanyaan boleh roger team sales kami – Danial | Diba | Nasrullah atau tekan ikon hubungi kami.

Trip terdekat;

  • Backpack Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 27 April – 5 May 2023
  • Backpack Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 5 May – 13 May 2023
  • Backpack Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 7 – 15 August 2023
  • Backpack Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 16 – 24 August 2023
  • Backpack Osaka (Osaka-Nara-Kyoto) | Date: 5-9 July 2023 | Date: 12-16 July 2023
  • Backpack Korea (Seoul-Nami Island) | Date: 5-9 Jun 2023
  • Backpack New Zealand (North-South) | Date: 6-16 Dec 2023
  • Backpack New Zealand (South) | Date: 18-27 Dec 2023
  • Backpack Turkiye | Date: 18-27 Sept 2023 | Date: 27 Sept-6 Oct 2023

 

×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami