MERASAI 4 MUSIM DI 8 BUAH NEGARA EROPAH SELAMA 14 HARI !
Siapa sangka yang 14 hari di Eropah boleh membuat seorang pengembara berkelana di 8 buah negara Eropah untuk merasai pengalaman 4 musim. Sebelum nak memulakan kembara selama 14 hari ini semestinya perlu kenal pasti lokasi mana yang bakal menjadi persinggahan supaya perjalanan menjadi lebih menarik dan semestinya menjimatkan kos. Sebelum pergi dengan lebih jauh, benua Eropah memiliki 50 lebih buah negara. Setiap negara ini ada yang terletak di Eropah Utara, Eropah Selatan, Eropah Timur, Eropah Barat dan Negara Transkontinental (Dua Benua).
Kembara memburu 4 musim ini adalah di negara Eropah yang terletak di semua bahagian dan sebaiknya 8 buah negara supaya lebih puas hati dan tidak terlalu tergesa-gesa. 8 buah negara yang akan dilawati selalunya akan bermula dari France, Belgium, Netherland, Germany, Austria, Slovenia, Italy dan berakhir di Switzerland. Waktu yang sesuai untuk memulakan perjalanan adalah pada sekitar bulan Mei dan Jun. Ada sebab kenapa kita akan pilih waktu sebegini, nanti kami akan sambung cerita lagi. Perjalanan dengan kenderaan sendiri adalah lebih fleksibel berbanding dengan kenderaan awam kerana anda akan terkejar masa, penat dan kosnya juga tidak jauh beza. 7 hingga 8 orang sudah memadai untuk percutian ini.
8 buah negara ini mengambil jarak sebanyak 2800 km hingga 3000 km selama 14 hari untuk selesai. Bayangkan betapa jauhnya perjalanan ini tapi tak mustahil untuk disempurnakan. Dengan jarak perjalanan yang sejauh ini anda akan berpeluang untuk menemukan kawasan bersalji, kawasan kering dan daun luruh, kawasan panas, dan kawasan berbunga. Lokasi tarikan bandar utama seperti Paris, Amsterdam, Lucerne, Venice, Köln, Brussels, Hallstatt, Salzburg, dan yang berdekatan mempunyai tarikan dari segi seni bina. Buat mereka yang meminati sejarah dan kesenian negara-negara Eropah, percutian ke 8 buah negara ini pasti akan mengujakan. Cuma anda perlu bijak untuk menyusun jadual dan waktu supaya semuanya berjalan lancar.
Jadi trip untuk ke 8 buah negara ini sebaiknya berlangsung sekitar bulan Mei dan Jun kerana waktu siang adalah lebih panjang. Jadi perjalanan yang hampir 5 hingga 7 jam tidak akan ganggu jadual perjalanan. Waktu ini juga masih ada kawasan yang berbunga, jika ke dataran yang tinggi berpeluang untuk bertemu salji. Di kawasan Sebelah selatan seperti Italy sudah mulai panas dan kering, di sekitar Germany-Austria pula ada kawasan yang masih kering dan ada lagi pohon yang meluruh. Bayangkan dapat explore journey 8 buah negara dengan kawan-kawan atau geng solo yang join boleh buat kawan-kawan baru, mesti best giler!
Keadaan lain yang menarik adalah sebenarnya 8 buah negara ini adalah mudah untuk dapat makanan halal, berbanding dahulunya. Tapi kalau taknak pening kepala boleh bawa makanan macam kembara meal sebab ada orang tak selera kalau nak makan makanan arab selama 14 hari. Masjid pun mudah untuk ditemui cuma agak sukar di Austria, Slovenia dan Switzerland. Tetapi jika dirancang dengan betul dan enjoy sepanjang perjalanan ini semuanya akan baik-baik sahaja. Cuma bila fikir tentang keselamatan dan barang peribadi yang dibawa ke semua negara perlu berjaga-jaga tapi jika ke Italy dan France perlukan lebih perhatian kerana di sana ramai pickpocket.
8 buah negara ini nampak macam tak banyak tapi seronok tau! Kalau betul-betul minat dan suka perjalanan yang jauh, inilah trip yang anda perlu cari. Best pula bila dapat driving sendiri sebab korang akan berpeluang untuk jumpa tempat hidden gems yang luar biasa. Terutamanya di Austria-Slovenia, Italy-Switzerland dan beberapa laluan gunung yang lain sememangnya memiliki suasana dan pemandangan yang indah umpama syurga dunia, Subhanallah!
Jika ada kelapangan waktu, ada rezeki dan wang ringgit yang lebih, kejarlah peluang untuk melihat dunia. Sekali seumur hidup akan berikan anda kenangan yang indah buat selamanya.