Europe

Ini pertama kali kami ke Europe. Hampir setahun juga plan dan menabung untuk trip ni. Rujukan utama tentulah daripada group BBM ni.

Terima kasih atas semua perkongsian di sini termasuk yang beri idea tempat yang harus dilawati dan sudi melayan pertanyaan kami juga yang tak kedekut share itinerari dan sebagainya. You know who you are.

Kini kami kembalikan secebis pengalaman kami di sini untuk perkongsian umum.

Mungkin itinerari kami tak sempurna, mungkin pengalaman kami tak hebat mana tetapi harapnya dapat menjadi sedikit panduan kepada yang belum dan akan ke sini suatu hari nanti. Insyaallah.

Terima lah coretan saya yang tidak seberapa ini.

  • Tukang karut Fatinnur Zahrina,
  • Bendahari + tukang book accommodation: Nur Sabiha Hamzah
  • Photographer + tukang tanya: Nik Nabila Supian, Nurhidayah Mat Husin Anis Fadhilah
Brandenburg Gate, Berlin

Bismillahirrahmanirrahim (nervous ni nak share takut kena kecam)

ITINERARY EASTERN EUROPE+BALKAN TRIP 2018

(Germany, Czech Rep, Austria, Hungary, Croatia, Bosnia & Herzegovina, Montenegro, Macedonia, Bulgaria, Turkey)

Total perjalanan adalah 3 minggu tapi iti ni untuk 2 minggu saja sebab extra 1 minggu tu adalah trip cover Turki (first time). So iti ni fokus untuk trip Eastern Europe dan Balkan sahaja. Sebelum baca sampai habis, hadam yg ni dulu okay.

Itinerari ni sesuai untuk:

  • Yang nak backpack dgn masa yg terhad tapi teringin nak jejakkan kaki ke byk negara
  • Yang tak kisah naik turun bas dan overnight dlm bas utk long journey.
  • Yang tak kisah tak check in hotel setiap hari apatah lagi mandi

Kurang sesuai untuk:

  • Yang travel bersama keluarga dgn anak2 kecil dan warga emas
  • Yang perlu selesa setiap masa
  • Yang tak boleh kalau sehari tak jumpa katil
  • Yang tak fit untuk berjalan jauh dan naik turun public transport

Day 1:

Singapore>Berlin (flight: Scoot)
Sampai Berlin pagi
Simpan beg di locker bus station
Sight seeing Berlin – Brandenburg Gate, Reichstag, Memorial to the Murdered Jews of Europe
Night bus to Prague
Check in hostel

Day 2:

Check out
-Dancing house (dekat dgn hostel)
Simpan beg di bus station
Sight seeing Prague – Old Town Square, Prague Astronomical Clock, Prague Castle, Charles Bridge
Night bus to Salzburg

Dancing House, Prague
Buildings in Prague
Prague Astronomical Clock
Prague Castle
Prague Castle

Day 3:

Sampai Salzburg pagi
Public bus to bus station
Simpan beg di locker
Take bas no 150 to Bad Ischl (beli return ticket drpd driver)
Bad Ischl>Hallstatt (return train ticket beli di mesin/kaunter)
Sight seeing Hallstatt
Back to bus station
Train to Vienna
Check in hotel

Day 4:

Check out
Sight seeing Vienna – St Stephen Cathedral
Evening bus to Budapest
Check in hostel
Sight seeing Budapest
-Hungarian Parliament Building

House of Terror, Budapest
House of Terror, Budapest
Hosok Tere (Heroes Square), Budapest. Kat Malaysia ala2 Tugu Negara gitu
Hungarian Parliament Building, Budapest. Kalau malam wajib ambil gambar macam ni. Cantik! View ni kena ambil dari Buda
St Stephen Cathedral, Vienna
Hallstatt, Austria. Sumpah lawa sama macam apa yang orang duk post. Macam dalam kalendar

Day 5:

Check out
Sight seeing Budapest – Hosok Tere, Museum of Hungarian Agriculture, House of Terror, St Stephen’s Basilica, Buda Castle Tour (6€), Chain Bridge
Night bus to Zagreb
Check in apartment

Day 6:

Check out
Simpan beg di bus station
Zagreb>Plitvice Lake>Zagreb (bus)
Night bus to Sarajevo

Blagaj Tekija
View Mostar. Mostar memang lawa. Nak repeat lagi
Plitvice Lake, Croatia
Plitvice Lake, Croatia. Datanglah musim apa pun air dia tetap hijau macam tu. Lawa

Day 7:

Sampai Sarajevo pagi
Simpan beg di bus station
Sight seeing Sarajevo – Bascarsija, Sebilij
Evening bus to Mostar
Check in apartment

Day 8:

Sight seeing Mostar – Old Town Mostar, Stari Most, Keski Mehmed Pasha Mosque
-Ambil tour ke Blagaj, Pocitelj dan Kravice Waterfall (30€)

Bascarsija, Sarajevo. Monumen bumbung hijau tu adalah Sebilij. Mitos kata, siapa yg minum air daripada Sebilij tu akan kembali semula ke sini. Wallahua’lam
Stari Most daripada minaret Keski Mehmed Pasha Mosque. Nak naik minaret kena bayar 6€
Pocitelj. Ni semua area Mostar. Susah nak dapat public transport. Option yg ada, sama ada drive sendiri atau ambil tour lbh kurang 30€
Dubrovnik, Croatia

Baca lagi: Kembara redah Europe trip 2 minggu, pengalaman travel guna kad wise & kena’sound’ dengan mat saleh

Day 9:

Check out
Mostar>Dubrovnik (bus)
Simpan luggage di bus station
Sight seeing Dubrovnik – Wall of Dubrovnik
Night bus to Kotor
Check in apartment

Day 10:

Kotor>Perast (public bus Blue Line)
Sight seeing Perast – Old Town Kotor
Check out
Night bus to Skopje (lebih kurang 11 jam)

Day 11:

Sampai Skopje pagi
Check in hostel
Sight seeing Skopje – Lake Matka (cancel), Old Bazaar, Macedonia Square, Stone Bridge
Check out
Late night bus to Sofia

Day 12:

Sampai Sofia pagi
Simpan beg di bus station
Sight seeing Sofia – Monument to the Soviet Army, Alexander Nevsky Cathedral, Central Market Hall, Banya Bashi Mosque, Lion Bridge
Night bus to Istanbul

Day 13:

Sampai Istanbul pagi
Check in hotel
Sight seeing Istanbul – Galata Tower, Topkapi Palace

Day 14:

Sight seeing Istanbul – Blue Mosque, Hagia Sophia
Shopping – Grand Bazaar, Spice Bazaar, Mahmutpasa Bazaar

Day 15:

Check out
Shuttle to Ataturk Airport
Istanbul>Kuala Lumpur (flight Royal Jordanian)

Accommodation

  • Prague: Emma Hostel
  • Vienna: Meininger Hotel
  • Budapest: Flow Hostel
  • Zagreb: Paromlin Apartment
  • Mostar: Apartments Aldi
  • Kotor: Apartment Baletic
  • Skopje: Hostel 42
  • Istanbul: Erenler Hotel
    *all booked through booking.com

Bajet (*termasuk) 

  • Flight return(SIN>BERLIN,IST>KUL):RM2244.16
  • Transportation:RM1298.46
  • Accommodation:RM392
  • Pass:RM178
  • Entrance fee+tour:RM255
  • Luggage storage locker+bus:RM333
  • Total: +-RM4308.62/pax (5pax)
    *updated budget

Exclude:
Food, shopping, toilet etc

Kamera 

  • GoPro Hero 5
  • IPhone7+
  • Editing by LR
Alexander the Great Statue, Macedonia Square, Skopje
Stone Bridge, Skopje
Monument to the Soviet Army, Sofia
Alexander Nevsky Cathedral. Reka bentuk church ni mmg unik
Blue Mosque, Istanbul
Hagia Sophia, Istanbul

Tips first timer

Kebiasaannya orang akan mula dan akhir dari Istanbul. Kami mulakan dari Berlin, Germany. Sebab jumpa tiket Scoot Airlines dengan harga 900++ one way dari Singapore ke Berlin.

Scoot ni low cost airlines ala2 AA. Tahap keselesaan setara dengan harga yg dibayarlah kan. Nak selesa naiklah premium airlines. Antara route yang murah utk Scoot dari Singapore adalah ke Berlin dan Athens.

Athens boleh dapat semurah 600++ one way. Since baru2 ni Scoot ada problem sikit untuk route Athens-Singapore so takut juga nak suggest airlines ni. Kami bernasib baik masa tu.

Ending point kami adalah Istanbul. Kami beli tiket di Skyscanner through Gotogate. Dapat harga dlm 1.3k macam tu.

Premium airlines Royal Jordanian. Transit dalam 11 jam di Amman, Jordan dan satu jam lebih di Bangkok. Makanan diberikan 3 kali. So far okaylah RJ ni cuma strict sikit bab luggage.

Transportation

Kami guna public transport sepenuhnya; bas dan train untuk bergerak dari satu negara ke satu negara. Kalau dalam city guna bas, train dan tram. Public transport di negara Eropah sangat sistematik, punctual dan efisien. Kami booking siap-siap segala bas dan train semasa di Malaysia.

Sebab kami kejar masa jadi nak pastikan kena betul-betul ikut timing yang dah plan. Antara website/apps yang boleh diguna untuk booking ialah:

  • Getbybus
  • Goeruro
  • FlixBus
  • ÖBB

Bayar guna credit card atau Paypal. Boleh terus print boarding pass atau simpan QR code dalam phone untuk discan sebelum naik bas. Ada bas yang memerlukan kita untuk check in di kaunter sebelum naik bas (take note: ada yg kenakan bayaran utk check in).

FlixBus kena print luggage tag sendiri. (Take note: untuk simpan luggage di bahagian bawah bas, ada yang kenakan bayaran lebih kurang 1€ untuk satu beg).

City pass: Ada macam2 jenis pass untuk explore city. Pass ni boleh guna untuk semua jenis public transport. Tapi kena tengok juga region yang mana pass tu cover. Boleh pilih pass mana yang sesuai.

Ada single ticket, ada juga group ticket. Group ticket ni paling jimat, boleh share sampai 5 orang utk satu ticket. Kalau tak banyak masa nak explore sesebuah city tu boleh decide sama ada nak beli single ticket atau one day pass (24hrs).

Tengok mana yang lagi berbaloi, ambil kira berapa banyak attraction yang kita nak lawati. Tiket kena validate di mesin sekali sebelum guna public transport. Macam kami yang noob ni terlebih jujur pergi validate setiap kali naik public transport.

Nasib baik ada officer yang perasan. Haha. Oh ya, konsep public transport kat negara Europe ni adalah kejujuran. Jarang2 ada officer check tiket tapi sekali kantoi ready duit je la nak bayar denda.

(Take note: download google translate dlm phone sebab ada certain country yang masih guna tulisan Cyrillic pada public transport. Susah juga nak membacanya). Tiket boleh beli di mesin atau tobacco shop/tisak/kiosk yg ada di stesen bas/train.

Internet/WiFi

Free public WiFi agak luas coverage. Mula-mula ingat nak guna simcard hello1010https://hello1010.my/ (sb ramai yg suggest) tapi last minutes lupa mcm tu je.
Seriouslah. Kesudahannya kami bergantung sepenuhnya dgn free public WiFi. So far tak ada masalah sangat sebab travel berkumpulan.

Kalau sesat teruk nak cari jalan ringankanlah mulut bertanya. (Tips: salah satu kriteria yang patut ada pada seseorang travel buddy ialah yang jenis tak segan bertanya termasuklah minta password wifi. Haha)

Hotel

Kami stay di hotel, hostel dan juga apartment. Untuk hostel, kami pilih female dorm yang ada private bathroom. Sebab skng off season jadi rezeki kami dapat bilik tak ada orang lain.

Kiranya dah jadi mcm private room gitu. Tapi ada juga dapat bilik berkongsi dengan ladies traveler lain. So far okay saja. Ada yang mahal, ada yang murah. Kriteria pemilihan tempat tinggal depends ikut kesesuaian masa dan jarak.

Contoh, kalau sampai di stesen bas lewat malam kami akan cari hostel terdekat dgn stesen tu. Kalau sampai awal boleh consider yang lebih dekat dengan attraction. Ada juga apartment yang kami pilih mahal sikit tapi sebab view yang lawa (contohnya di Kotor) jadi pejam mata sajalah.

Rezeki pulak dapat host yang baik yakmat. Jika nak laundry, sebaik-baiknya stay di satu2 kawasan tu lebih daripada sehari.

Luggage storage

Ada masa yang kami tak check in hotel sebab buat day tour dan kena bergerak ke tempat lain dalam hari yang sama, kami tinggalkan luggage di stesen bas/train. Harga untuk satu locker dlm 4€ ke 5€. Kalau ramai boleh share locker.

Muat untuk sumbat 5 backpack sekaligus. Ada juga luggage storage yang dijaga. Charge ikut hari dan ada juga yang ikut jam.

Makanan

Kami bawa banyak instant food utk trip kali ni. Sebab nak jimat dan kurangkan masa untuk cari kedai makan. Antaranya Brahim, Sharifah, Kembara dan Nasgera. Nasgera ni ada menu nasi lemak. Rasa boleh tahan. Brahim dan Sharifah rasanya ramai dah selalu makan.

Kembara paling sedap dan senang bagi kami. Especially beef rendang dia memang padu. Nak sediakan pun mudah sebab tak perlu air panas. Boleh makan di mana2 saja. Google sendiri ya pasal kembara ni. Kami tak dibayar pun untuk review ni tp benda yang baik haruslah dikongsi bersama.

Di negara majoriti Muslim dan senang dpt makanan halal kami tak allocate instant food. Kiranya makan local food di restoran. Contoh, di Bosnia, Macedonia dan Turki. Tapi makanan local masih consider mahallah.

So pandai2lah order dan kongsi sebab portion pun besar. Ataupun boleh beli kebab2 di kedai Turki dan roti2 di Pekara. (Take note: jangan lupa bawa sos cili dan mayonis)

Fridge magnet dan sourvenir

Standard harga dalam 3€ ke 5€. Paling murah of course la di Istanbul. Keychain tak sampai seringgit pun duit Malaysia. Di Macedonia pun murah la juga. Jika nak kelainan boleh beli rose product di Bulgaria sbg sourvenir.

Dipaket dlm botol kecil mcm orang bawa balik Mekah tu. Boleh beli di Central Hall Market Sofia. Kalau convert duit kita dlm RM2.40 macam tu. Still murah daripada fridge magnet.

Tukaran matawang asing

Bawa Euro sb ada negara yg guna matawang mereka sendiri dan tak ada di money changer kita. German, Austria, Montenegro guna Euro. Yg lain2 kena tukar duit di money changer.

Jangan risau, money changer bersepah-sepah di stesen bas/train. Cuma kena check rate betul2 dan jgn sesekali tukar dgn orang yg jual duit di jalanan. Boleh juga withdraw terus dari ATM.

Kalau masa book hotel guna rate Euro boleh je bayar guna Euro.

Keselamatan

Alhamdulillah, sepanjang berada di sana tak ada kejadian buruk yg menimpa (cuma adalah satu kejadian ni. Nanti sis share).

Di tempat yang ramai crowd biasakan bawa beg di depan. Alert dgn persekitaran. Saling mengingatkan sesama ahli kumpulan. Dan jgn terlalu percaya dgn orang yg terlebih peramah dgn kita.

Ada stesen subway yg agak scary jadi elakkan berjalan seorang diri pada waktu malam. Selebihnya kita berserah diri kepada Allah.

Insurance

Disebabkan kami semua government servant so ada privilege sikitlah untuk insurance ni. Tapi kami tetap beli travel insurance persendirian drpd Etiqa.

Sis pantang sikit bab2 insurance ni. Sebab byk dgr kes pickpocket di Europe sekarang. Tak jadi apa2 kira bernasib baiklah. Kalau terjadi perkara yg tak diingini mau menangis tepi bucu airport. Orang putih dah pesan kan prevention is better than cure.

Tandas, wuduk dan solat

Tandas di negara Europe ni jenis tak ada bidet. Dan mereka mmg pantang kalau kita basahkan lantai. Jadi sediakan botol kosong khas utk masuk tandas. Isi air di sinki dan bawa masuk utk selesaikan hajat.

Nak berwuduk, kami guna spray bottle. Jadi tak adalah kes membasahkan sinki toilet ke apa. Dan di mana2 pun boleh berwuduk. Tempat solat pandai2lah cari ruang yg ada asalkan tak menghalang laluan. Kalau jumpa masjid mmg happy sgt2.

Biasanya kami akan stay lama tunggu sampai masuk waktu solat seterusnya. Boleh solat jemaah sekali sambil taaruf dengan local guna bahasa ayam dan itik.

Oh ya, toilet nak masuk kena bayar ya. Sama ada masuk duit syiling kat mesin atau ada org yg jaga.

Komunikasi

So far tak ada masalah besar sebab ramai boleh guna English. Tapi paling worst masa kami kat Macedonia. Dah la tak reti nak baca tulisan kat board dia sekali org yg kat information counter pun tak reti English. Tapi bolehlah faham sikit-sikit. Siapa kata ayam dan itik tak boleh berkomunikasi?

Border crossing

Paling mudah. Ada border crossing yg tak lalu immigresen pun. Tapi ralat jugalah tak dapat cop passport negara yg kita masuk tu.

Bagi negara yg kena cop passport, ada masa tak payah turun bas, driver akan collect passport dan ada masa kena turun cop sendiri. Ada juga kena interview sikit2. Overall, mudahlah lagi-lagi tak perlukan visa utk masuk ke negara2 ni.

Perast. Tak jauh dari Kotor. Naik public bus je 1€ tak silap one way

Ringkasan

  • Building cantik: Prague, Budapest
  • Nature cantik: Austria (Hallstatt), Croatia (Plitvice), Montenegro (Perast) dan Bosnia (Mostar)
  • Public transport efisien: Austria (mostly okay je public transport)

Keseluruhannya, Eastern Europe dan Balkan ni boleh dikatakan agak murah berbanding region Eropah yang lain. Mungkin ada yang akan kata tak puas stay kat satu2 tempat tu sehari dan trip kami ni touch n go.

Ya betul. Memang ada tempat yang rasa nak stay lebih lama tapi apakan daya ini saja cuti yang ada, masa yang ada dengan bajet yang mampu kami buat. Tapi alhamdulillah kami berjaya harungi segala hectic tu dan sampai ke tempat yang kami plan.

Jadi mampu ke tak mampu nak buat tu atas setiap individu. Kalau mampu buat lebih, silakan. Allah pun takkan bebankan apa yang kita tak boleh buat kan?

Sebelum kena kecam kata trip ni cheapskate ke too expensive ke untuk 10 buah negara Eastern Europe mai nak habaq bajet ni SUBJEKTIF ya. Prinsip kami senang, jangan terlalu nak ikut bajet orang, tapi tetap kena ada limit setakat mana bajet yang kami mampu buat.

Kenapa tak drive? Boleh je nak drive. In fact jumpa ramai Malaysian yang travel dengan family buat road trip. Kami lebih prefer naik turun public transport.

And to be fair pada semua so naik public transportlah jalan terbaik. Sebab apa?

Kesianlah kat driver tak dapat nak menghayati view sekeliling sebab kena fokus kat driving. Apa-apapun berbalik kepada preference dan keselesaan masing-masing.

Europe
Reichstag, Berlin – Fatinnur Zahira

Itu sajalah nak share. Tahniah, sanggup korang baca sampai habis. Tak pandai nak lukis. Dua hari dua malam I taip ni tau sambil melayan jetlag. Lol.

Rasa macam habis detail dah cerita. Kalau nak tau lagi detail pm lah ya. Jangan drop emel. Minta maaf kalau ada kekurangan pada iti kami ni.

Kalau ada kesalahan/tambahan info mohon perbetulkan. Mungkin tak semua yang boleh diguna pakai tapi sekiranya ada yang boleh dimanfaatkan kami berbesar hati untuk berkongsi. Semoga ada pahala yang mengalir.


*Follow kami di BackPackerz untuk mengikuti info terkini berkaitan percutian dan trip BackPackerzGO ke Eropah, Balkan, Turkiye serta Scandinavia.

×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami