Labuan Bajo, Nusa Tenggara, Indonesia
Salah satu destinasi percutian yang dipandang ‘underrated’ di Indonesia iaitu Labuan Bajo.
Tarikan di sini adalah buat mereka yang gemarkan pengembaraan lasak kerana Labuan Bajo ini menempatkan sperkampungan nelayan yang terletak di sepanjang pantai timur Nusa Tenggara Timur.
Boleh dikatakan pekan Labuan Bajo ini ‘connected’ dengan tarikan kepulauan yang menakjubkan di sekitarnya.
#tips – Masa terbaik untuk melawat ke sini adalah dari bulan Jun sehingga September. Ia tidak terlalu panas dan rancangan anda tidak akan terjejas dek kerana hujan lebat (terutama semasa musim tengkujuh – Disember).
Perkongsian Nur Fadilla Mohd Razali yang berlibur di Bali dan Labuan Bajo selama 12 hari pada awal November 2022 telah menarik minat penulis untuk dijadikan cerita indah buat tatapan sang pengembara.
Perjalanan aku ke Bali-Labuan Bajo awal bulan November.
- Kuala Lumpur – Denpasar – Kuala Lumpur (AirAsia)
- Denpasar – Labuan Bajo (AirAsia)
- Labuan Bajo – Denpasar (Batik Air)

Hari 1
Selamat mendarat di Bali sekitar jam 1 petang, ambik gojek terus ke hotel. Check-in Manggar Hotel (RM80++/per night). Belah petangnya melihat sunset di Pantai Kuta. Perjalanan ke Pantai Kuta dari hotel sekitar 30 minit dengan berjalan kaki.
Hari 2
Check-out hotel. Hotel menyediakan penghantaran percuma ke Bandara. Terbang ke Labuan Bajo dari Denpansar menggunakan AA. Tiba di Bandara Komodo sekitar jam 2 petang. Di Bandara, ramai warga tempatan yang offer untuk menghantar ke destinasi. Teksi juga available.
Check-in Seaesta Hotel & Hostel (RM67/night). Sewa motor di sekitar Bandar Labuan Bajo (75,000 IDR/day). Bila sewa motor ni senang nak ronda-ronda di sekitar Labuan Bajo dan melihat sunset di Bukit Sylvia. Hantar motor dan balik ke hostel.









Hari 3
Sekitar pukul 9 pagi, check-out dan menunggu dijemput ke pelabuhan untuk memulakan Live On Board (LOB) selama 3 hari 2 malam. Pakej lengkap 2-3 juta IDR (survey through IG dan Tiktok).
Aku book dari Malaysia, tak pasti kalau walk-in harga berapa tapi pakej mengikut jenis kapal. Paling murah boleh dapat dalam 2 juta IDR, mahal berpuluh juta pun ada. Better book awal takut nanti tarikh datang ke sini dah tak available.
Memulakan pelayaran LOB. Hari pertama ke Pulau Kelor, snorkelling di Pulau Manjarite dan berpeluang melihat sunset di Pulau Kelong. Pakej berlayar aku ni dalam RM700 untuk seorang sebab aku pun travel solo.
Hari 4
Memulakan aktiviti hari keempat seawal jam 5 pagi untuk mengejar sunrise di Pulau Padar. Untuk ke puncak Pulau Padar, kena mendaki 800 lebih anak tangga. Tengahari ke Taman Komodo untuk melihat Komodo. Ada la 3-4 ekor komodo yang kelihatan.
Katanya komodo lebih aktif di pagi hari kerana keluar cari makan. Kemudian snorkelling melihat pari manta dan petangnya ke Pink Beach. ‘Naga’ Komodo hanya boleh ditemui di taman negara berkenaan dan di Pulau Flores yang berdekatan.
Sehingga kini, hanya terdapat sejumlah 3,458 ekor komodo yang masih berada dalam habitat liar, menurut data Kesatuan Antarabangsa bagi Konservasi Alam.
Hari 5
Hari terakhir LOB, ke Pulau Kenawa untuk snorkelling dan bergambar. Sekitar jam 10 pagi, bersiap-siap untuk kembali ke Labuan Bajo.
Semua crew dan peserta LOB baik peramah, walaupun aku seorang je pelancong Malaysia tapi semua ngam. Salah seorang gang LOB siap follow ke Bali travel sama-sama. Check-in La Boheme Bajo (walk-in-100,000 IDR/night)
Cerita lain untuk dibaca: Kena ‘reject’ ke Korea Selatan, gadis ini tukar trip ke Switzerland selama 8 hari







Hari 6
Memulakan perjalanan sekitar jam 8 pagi ke Waerebo. Sewa motor dengan salah seorang crew LOB sebab motor sewa kat Labuan Bajo dah tak available, kalau ada pun dorang tak bagi bawak motor ke Waerebo atas alasan jauh katanya, takut motor rosak!
Perjalanan ke sana lebih kurang 4 jam. Jalan rosak teruk, siap kena seberang jalan yang ada takungan air. Mendaki ke puncak Waerebo sekitar 3 jam, tiba di puncak sekitar 5 petang dan dibawa ke rumah utama untuk upacara adat (50,000 IDR). Selesai upacara adat menerima tetamu, dibawa ke tempat menginap dan dihidang kopi.
Hari 7
Selepas sarapan, bersiap-siap untuk turun dan kembali ke Labuan Bajo. Harga untuk menginap di Waerebo 325,000 IDR untuk seorang termasuk tempat tidur dan makan minum.
Hidangan yang disediakan simple sahaja- nasi, telur, sayur labu, keropok beserta sambal. Sekiranya tidak bermalam, hanyalah perlu membayar 200,000 IDR (kalau tak salah)
Perjalanan pulang ke Labuan Bajo rupanya lebih panjang, hampir 7 jam. Sesat, hujan lebat (diajak lokal untuk berteduh di rumahnya) serta lori terbalik di jalan. Sekitar 6.15 petang baru sampai ke Labuan Bajo dan hari sudah gelap. Fuhh! Sempat dinner KFC bersama gang LOB, dan berpisah sekitar pukul 9 malam.





Hari 8
Kembali ke Bali menggunakan penerbangan Batik Air (beli last minute di sana sebab AA cancelled flight due to G20 yang diadakan di Bali). Sampai harini belum dapat refund!
Check-in Blo0 Hotel (RM67/night) di area Legian. Waktu ni Bali macet teruk sebab banyak jalan ditutup disebabkan beri laluan untuk kereta G20.
Petangnya ke Uluwatu Temple untuk tengok Kechak Dance. Hujan lebat, kata driver grab hujan dah beberapa hari tak turun di Bali sebab diorang panggil pawang untuk hentikan hujan bagi memastikan kelancaran G20.
Habis G20 terus hujan lebat. Beware of the monkeys at Uluwatu Temple, kawan aku cermin mata dia kena ambik dengan monyet. Dah beringat, tapi tetap kena rembat juga. Habis tengok Kechak dance, ambik Grab dan balik ke hotel. Dinner pesan room service je sebab dah kepenatan.
Hari 9
Check-out dan lunch di Ayam Tulang Lunak Malioboro. Teman kawan aku buat cermin mata baru dan ambik Grab ke Ubud.
Check-in Sayong House Ubud (RM140++/2 night, with breakfast on the 1st day). Berjalan sekitar Ubud Art Market, Ubud Palace dan malamnya menonton persembahan Tarian Barong di Pura Dalem Ubud.
#tips – Masa kat airport Denpasar dia nak tengok sijil vaksin, printed/Mysejahtera pun boleh. Tapi nak masuk mall dia nak tengok Peduli Lindungi.






Hari 10
Kawan aku dah balik ke Kuta, so aku sambung explore Ubud seorang diri. Aku sempat melawat Blanco Museum dan Museum Puri Lukisan.

Hari 11
Check-out Sayong House. Menuju ke Paddy field free tak jauh dari Ubud Art Market tapi lupa dah nama paddy field tu.
Lunch, then ambik grab ke Kuta semula.
Kembali menginap di Hotel Manggar. Petangnya ke Krishna Oleh-Oleh untuk cari souvenir dan order dinner thru goofood.


Hari 12 & hari terakhir
Check-out, tinggalkan beg dekat hotel. Lunch dekat warung tepi jalan. Last activity di Bali aku pergi try paragliding berdekatan Pantai Pendawa.
Suruh driver gojek tunggu sampai habis paragliding sebab takut susah dapat gojek untuk balik ke Kuta. Balik ke hotel, dihantar ke Bandara dan balik Kuala Lumpur.
Kat Bali aku tak all out sangat sebab dah all out dekat Labuan Bajo dan semua yang aku plan berjaya kecuali nak naik Mount Batur tengok sunrise, dah tak larat sebab kat Labuan Bajo dah banyak mendaki.



Mungkin next time, sampai ketemu kemBALI aku ke sini dan Labuan Bajo. Total cost aku belanja selama 12 hari almost RM5,000 (all-in).
Tiket flight aku je dah RM2,000 dan aku pergi solo, jadi semua kos aku tanggung sendiri. Kalau pergi berdua atau lebih akan lebih jimat.
Terima kasih Nur Fadilla Mohd Razali atas perkongsian tip, itinerari dan panduang mengembara dari Bali ke Labuan Bajo.
Sempat singgah ke perkampungan Waerebo kemudian berpeluang menyaksikan tarian kebudayaan Kechak Dance serta persembahan Tarian Barong di Pura Dalem Ubud.
*Bagi mereka yang first time ke luar negara, kembara solo atau kerap travel dengan buddies/family, BackPackerzGO ada nak offer beberapa trip backpack ke Europe, Turkey, Switzerland-Germany, Scandinavia & Balkan sepanjang tahun 2023.
Info lanjut boleh klik sini – backpackerz.com.my/trip