hong kong
  • Hong Kong bagi 500 ribu tiket kapal terbang dalam usaha memulihkan industri pelancongan. 
  • Inisiatif itu sebahagian daripada kempen Hello Hong Kong yang dilancarkan Hong Kong Tourism Board.
  • Kempen tersebut telah dilancarkan sejak 2 Februari lalu.

Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB) telah mengumumkan rancangan untuk memberikan setengah juta tiket kapal terbang percuma untuk menggalakkan industri pelancongan pada 2023 – dan kini rancangan itu secara rasmi sedang berlaku.

Perasmian pemberian hadiah itu telah diumumkan pada 2 Februari lalu oleh pemimpin Hong Kong, Lee Ka-chiu, sebagai sebahagian daripada kempen Hello Hong Kong. 

Victoria Peak, Hong Kong

PERSOALANNYA, BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN TIKET PENERBANGAN PERCUMA KE HONG KONG NI?

Mesti ramai antara kita tertanya-tanya sebab give away ni macam menarik kan. Orang kata tak salah untuk mencuba. 

Laman web Lapangan Terbang Hong Kong pada masa ini membenarkan pelanconga dari negara tertentu memilih lokasi berlepas mereka dan membuat cabutan untuk memenangi tiket pergi balik (return). 

Jadi korang kena pantau laman web untuk melihat apabila tiket tersedia dari bahagian negara masing-masing.

Tsim Sha Tsui, Hong Kong

BILA PENERBANGAN PERCUMA INI MULA DIBERIKAN?

Pemberian tiket percuma Hong Kong akan berperingkat-peringkat dalam beberapa bulan akan datang, dengan tawaran 500 ribu tiket penerbangan untuk direbutkan mengikut peruntukkan ke kawasan berbeza mengikut destinasi setiap bulan. 

Ia bermula pada 1 Mac, dengan syarikat penerbangan Cathay Pacific mengumumkan mereka pada mulanya akan memberikan 80,000 tiket kepada penduduk di negara Asia Tenggara. 

Pengembara dari Tanah Besar China boleh membuat permohonan mulai 1 April. Seluruh dunia, termasuk Eropah dan Amerika Syarikat akan boleh mendapatkan tiket mulai 1 Mei.

Di Asia Tenggara, kempen tersebut dilancarkan secara berperingkat bermula dengan Thailand, Singapura dan Filipina masing-masing pada 1, 2 dan 3 Mac 2023. Ia akan disusuli Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Kemboja secara berperingkat dua minggu kemudian.

Jangan lepaskan peluang mendaftar di laman web Cathay Pacific untuk menjadi orang pertama yang mengetahui bila tiket tersedia. 

CARA MEMOHON & SYARAT

  • Kempen ini akan bermula dari 16 Mac 2023 pada 12.00 pm (waktu Malaysia) dan berakhir pada 22 Mac 2023 pada 11.59 pm (waktu Malaysia), ATAU sehingga kesemua 7,000 tiket habis diberikan.
  • Korang perlu menjadi ahli Cathay untuk menyertai kempen Hello Hong Kong. 
  • Setiap pemohon layak menghantar satu penyertaan sahaja.
  • Tiket akan akan diberikan kepada 7,000 peserta pertama dengan jawapan yang betul. 
  • Pemenang akan bertanggungjawab ke atas sebarang cukai dan surcaj yang dikenakan pada tiket. 
  • Cathay Pacific berhak untuk meminda atau membatalkan terma dan syarat ini pada bila-bila masa sepanjang tempoh kempen.
  • Jika korang belum menjadi ahli, boleh mendaftar secara percuma DI SINI sebelum mendaftar untuk sertai kempen ini. 
  • Baca terma dan syarat penuh DI SINI. 

MESTI KORANG NAK TAHU AIRLINES APA YANG TERLIBAT DALAM PROMOSI INI?

Tiket boleh didapati daripada syarikat penerbangan Cathay Pacific, HK Express, Hong Kong Airlines dan Greater Bay Airlines.

Kempen Hello Hong Kong dan World of Winners

APAKAH DISKAUN LAIN YANG DITAWARKAN?

Sudah tentu tiket penerbangan percuma tidak mencukupi,  pengunjung juga akan ditawarkan diskaun untuk perkara seperti restoran, kedai, muzium dan banyak lagi. 

Ini semua dalam membantu memperkukuh pelancongan di rantau ini di bawah kempen Hello Hong Kong. Anda boleh mengetahui lebih lanjut mengenai diskaun yang ditawarkan di sini. 

MENGAPA MEREKA MELANCARKAN KEMPEN TIKET PENERBANGAN PERCUMA?

Lembaga Pelancongan Hong Kong telah membeli tiket daripada syarikat penerbangan pada tahun 2020 sebagai sebahagian daripada pakej sokongan kerajaan kepada sektor penerbangan. 

Lazimnya penerbangan sehala ke Hong Kong menelan belanja sehingga £500 dari London atau $1,000 dari pantai barat USA, dan secara keseluruhan kos terlibat dianggarkan dalam skim pemberian itu akan menelan belanja kerajaan Hong Kong sebanyak HK$2 bilion.

Tetapi inisiatif itu jelas berbaloi untuk destinasi yang menyaksikan industri pelancongannya hampir runtuh sepenuhnyanya sejak beberapa tahun kebelakangan ini. 

BACA LAGI: First Time Follow Trip BackPackerz Ke Europe, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman – Solo No Problem, Semua Enjoy

Hong Kong
Playground of Hong Kong

Pertama disebabkan oleh pergolakan awam 2019 iaitu melibatkan rusuhan, demonstrasi dan perhimpunan yang telah menjadi gangguan pentadbiran. 

Kemudian kehadiran wabak Covid-19 dan pandemik telah mengakibatkan salah satu sekatan perjalanan yang paling ketat di dunia. Hal ini menyebabkan industri penerbangan serta pelancongan jatuh merudum.

Dengar macam seronok kan? Siapa tak nak kalau dapat tiket penerbangan percuma ke Hong Kong kan. Berpeluang melakukan perjalanan ke negara sebahagian daripada China ini. 

Hong Kong merupakan sebuah negara yang mengamalkan dua sistem berbeza, menggunakan mata wang Hong Kong Dollar dan pelancong ke sana memerlukan visa. 

Negara ini terkenal dengan deretan restoran yang luar biasa, hiburan pelancong non muslim seperti bar dan kelab malam, kawasan kejiranan tempatan yang tersendiri dan denai kembara serta tarikan pergunungan yang sesuai untuk semua peringkat usia. 


Hong Kong
Trip BackPackerz GO ke Europe Central Januari lalu, masa ni bergambar di Arc de Triomphe, Paris

Untuk tahun 2023 ni BackPackerz organize trip ke beberapa destinasi tumpuan – Balkan, Switzerland, Turkiye, Korea, Scandinavia dan Eropah. 

Kami travel dalam small group, yang penting semua fun, ada guide teman whole trip, semua jenis sempoi dan takda kaki ‘spoil’. Trip kami terdekat ada TIGA iaitu;

  • Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 27 April – 5 May 2023 
  • Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 5 May – 13 May 2023 
  • Eropah Central (Germany-France-Belgium-Netherlands) | Date: 15 May – 23 May 2023 
  • Nak tahu info lanjut, nak tanya apa sahaja boleh roger team kami – Danial | Diba | Nasrullah atau tekan ikon hubungi kami.
×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami