Jika dahulu kita hanya mendengar mengenai kehebatan Empayar Rom sewaktu di bangku persekolahan sahaja. Namun, hari ini sudah ramai pengembara dari serata dunia berpeluang mengunjungi Itali.

Ibu kota bagi Itali iaitu Milan merupakan antara bandar raya yang sibuk. Kita dapat melihat ramai pelancong luar negara termasuk Malaysia memenuhi kota raya yang terkenal dengan pelbagai jenama mewah dunia.

Perkongsian Ellyna Merican yang sempat mengembara ke Milan-Sicily-Malta baru-baru ini telah menarik minat penulis tentang pengembaraannya.

Alhamdulillah, saya berpeluang ke Itali dan Malta pada Disember 2022. Trip kalini kami berdua sahaja. Saya nak share itinerari, penginapan, pengangkutan, kos dan tips makan buat sesiapa yang merancang nak ke sana.

Trip saya ni bermula pada 13 Disember 2022 hingga 21 Disember 2022, lebih kurang sembilan hari.

Milan Cathedral in night

DAY 1 – ✈️ [13/12/2022]

* Flight kami pukul 3.25 petang dari KUL-TPE, transit 1 jam 45 minit di Taipei; pukul 9.50 malam dari TPE-MXP. Tiba di Milan 6.15 pagi.
* Menggunakan penerbangan EVA Air. Tiket KL-Taipei-Milan & Milan-Taipei-KL = RM2716. Book melalui Trip.com.

DAY 2 – MILAN [14/12/2022]

* Kami ada sehari je di Milan so setibanya di airport, terus ambik Malpensa Express train ke Milano Centrale (€13). Train ni return tau so jangan buang tiket ye.
* Nasib baik dapat early check-in hotel tanpa extra charge. Letak beg je terus keluar balik untuk bersiar-siar.

🏢 Canova Hotel – RM396.90 untuk satu malam.
* Jalan kaki dalam 5 minit dari hotel ke metro station.
* Duomo di Milano (entrance fee €6 – hari Rabu sahaja).
* Galleria Vittorio Emmanuele II.
* Starbucks Reserve Milano.
* Il Dito statue.
* Castle Sforza – Michelangelo’s last art piece.
* Early dinner di Brera district makan pasta handmade di Osteria da Fortunata. Balik hotel berehat.

Oldest shopping mall in the world – Galleria Vittorio Emanuele II
Ambik Malpensa Express train ke Milano Centrale
Duomo di Milano
Panzerotti recommended bila datang ke Milan. Saya ambik mozzarella & tomato
Dorang buat sendiri pasta kat kitchen

DAY 3 – CATANIA, SICILY [15/12/2022]

* Flight kami dari Milan pukul 9.20 pagi dan tiba di Catania pukul 11.15 pagi. Menggunakan penerbangan Ryanair. Ticket Milan – Catania & Catania – Milan = €96 (including 20kg check-in bag).
🚍 Terus ambik Alibus (€4 one way), turun di Dusmet Archi Porto dan jalan ke Airbnb kami. Dari Airbnb, masa berjalan dalam 11 minit ke tempat tarikan.
🏠 Airbnb di Catania – Leitmotiv. RM698.04 untuk tiga malam. Selesa, dekat dgn attractions & public transport. Cuma dia di tingkat 2, takde lift, kenalah bersenam sikit.
* Piazza del Duomo.
* Catania Fish Market.
* Lunch di Scirocco Sicilian Fish Lab sebelah fish market. Seafood memang terbaik dan rasa sangat fresh 🤌🏻
* Villa Bellini – taman yang ‘okay okay’ la nak jalan-jalan ambik udara segar.
* Dessert kat Savia makan gelato & cannoli. Sedap la tapi baca bawah untuk tahu kedai gelato paling sedappp.

DAY 4 – CEFALÙ, SICILY [16/12/2022]

* Dari Airbnb, jalan kaki 7 minit ke Catania Centrale train station.
🚊Beli ticket train dari Catania Centrale ke Cefalù (€30 return). Total journey dalam 4-5 jam termasuk tempoh transit lebih kurang 2 jam di Termini Imerese, tukar train kat sini.
* Tempat tarikan di Cefalù ni dekat-dekat, so boleh jalan kaki je.
* Lunch di Bottega Tivitti – makan pasta sardin & octopus salad.
* Spiaggia Caldura – pantai yang cukup cantik, pantai yang jernih, air laut kristal. Sangat mesra keluarga, persekitaran yang indah.
* Lavatoio Medievale – tempat open air orang dulu-dulu basuh baju.
* Cathedral di Cefalù – tengok dari luar sahaja.
* Molo di Cefalù & viewpoint Cefalù – paling lawa!

DAY 5 – TAORMINA, SICILY [17/12/2022]

* Jalan kaki 7 min dari Airbnb ke bus station Catania centrale. 🚍 Naik bas sejam ke Taormina (€9 return).
* Bam Bar – makan granita and brioche for breakfast.
* Corso Umberto – shops, cobbled streets.
* Taormina Piazza.
* Public garden.
* Lunch at Da Cristina – makan schiacciata & arancini (best in town).
* Teatro Antico di Taormina – ancient Greek amphitheater (€10 tiket masuk).
* Naik bas terus ke Catania airport.
* Kami ambik flight 8.45 malam dari Catania ke Valletta, Malta. Menggunakan penerbangan Ryanair. Tiket Catania – Valletta & Valletta – Catania = €44.91 (no check-in bag).
🚖 Guna Bolt app (macam Grab) dari airport ke hotel sebab lagi murah dari taxi (€14).
* Check-in hotel di Sliema, Malta.
🏢 Azur Hotel, Sliema – RM323.98 untuk dua malam.

Morning view dalam train ke Cefalù
Viewpoint Cefalù
Teatro Antico di Taormina
Public garden di Taormina

Bottega Tivitti for lunch – makan pasta sardin & octopus salad
Spiaggia Caldura
Scirocco ni wajib singgah bagi penggemar seafood

Gelato yang ok ok laa

DAY 6 – SOUTH MALTA [18/12/2022]

🚍 Kami ada 2 full day je di Malta, so kami decide untuk ambik 2-day pass bas hop on hop off (€40).
* Vittoriosa – salah 1 dari 3 bandar utama.
* Grand Harbour.
* Fort Angelo.
* Marsaxlokk – fishing village paling cantik di Malta. Hari Ahad ada Sunday market.
* Lunch makan lampuki (ikan famous dekat sini) dengan aljotta (fish soup), minum Kinnie (soft drink Malta).
🚤 Blue Grotto – 6 sea caves dengan air yang teramatlah biru. Wajib naik boat untuk explore tempat ni (€8).
* Sliema waterfront.
* Makan chicken doner wrap sedap dekat simpang nak masuk Azur ST Hotel, Sliema (€7).

DAY 7 – NORTH MALTA [19/12/2022]

* Harini banyak explore Valletta city dan jugak Mdina – Malta punya capital city yang lama.
* Commonwealth Walkway.
* Grand Master’s Palace.
* St John’s Cathedral.
* Lower and Upper Barrakka Gardens
* Saluting Battery – cannon shot pukul 12 tengahari dan 4 petang setiap hari (dari Upper Garden pun boleh tengok).
* Mdina.
* Naik flight 10.30 malam dari Valletta airport ke Catania. Guna Bolt untuk ke airport (€11).

Cerita lain: Remaja ini ‘solo backpacker’ melihat sisi berbeza Sri Lanka selama 10 hari

Marsaxlokk – antara fishing village tercantik di Malta
Naik bas hop on hop off
Mdina a.k.a. The Silent City
Blue Grotto
Cannon shot
View from Fort Angelo

DAY 8 – CATANIA, SICILY [20/12/2022]

* Jalan-jalan di Piazza del Duomo.
* Repeat Scirocco Sicilian Fish Lab.
* Makan gelato paling sedap saya pernah makan di Don Peppinu!
* Shopping.
* Ambik flight 7.05 malam dan tiba di Milan 9.05 malam.
* Check-in hotel dekat airport Milan. Ada airport transfer to & from hotel €5 per trip/per person.
🏢 Idea Hotel, Milan. RM240.03 untuk satu malam.

DAY 9 – TRAVELLING DAY [21/12/2022]

* Flight dari MXP-TPE 11.00 pagi, sampai Taipei 6.15 pagi, pukul 9.30 pagi flight TPE-KUL.

DAY 10 – KUALA LUMPUR [22/12/2022]
* Sampai Kuala Lumpur jam 2.25pm

Pasta alla norma – pasta dgn terung, salah satu dish specialty di Sicily
Schiacciata & arancini paling sedap di Taormina

Total cost per person ni adalah subjektif. Saya boleh kata spend lebih kurang RM6900 untuk semua kos termasuk flight, makan, shopping, transport dan tempat tarikan.

Alhamdulillah, Allah SWT permudahkan segalanya buat kami sepanjang trip Milan-Sicily-Malta ni selama sembilan hari.  

“I love how we can still experience the Mediterranean influence on the Maltese language and food in Malta”.

Bagi yang berminat boleh tengok/follow story highlight Itali dan Malta di Instagram saya @ellynamerican untuk info serta panduan.

Ellyna Merican

*Bagi mereka yang first time, kembara solo atau kerap travel dengan buddies/family, BackPackerzGO ada nak offer beberapa trip ke Europe, Turkey, Switzerland-Germany, Scandinavia & Balkan sepanjang tahun 2023.

Info lanjut boleh klik sini – backpackerz.com.my/trip

×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami