koh lipe

Thailand ni merupakan negara jiran yang mudah untuk kita akses bagi menghabiskan cuti hujung minggu. Ini kerana kedudukan Thailand agak hampir dengan negara Malaysia.

Bila sebut sahaja Thailand, ramai yang cakap percutian ke sana lebih murah dan berpatutan berbanding di Malaysia.

Tapi pada penulis, itu adalah kira-kira yang subjektif dan bergantung juga pada minat (interest) setiap individu semasa melancong.

Jadi, semestinya percutian hujung minggu di Thailand akan tertumpu di kawasan pantai dan lautnya. Kalau korang nak tahu, negara Gajah Putih ni memiliki lebih 100 pantai, belum kira pulau-pulau yang terkenal dengan keunikan serta tarikannya tersendiri. 

Koh Lipe

Sebagai contoh, Koh Lipe yang digelar “The Maldives of Thailand”. Cuma Koh Lipe ni pantainya agak terhad sebab dua kilometer panjang dan satu kilometer lebar.

Tak sampai setengah jam, pelancong boleh akses serta explore ketiga-tiga pantai di sini iaitu Pattaya, Sunrise Beach dan Sunset Beach. 

Itinerari ringkas 3 hari 2 malam ke Koh Lipe dari Langkawi oleh Fatinfathiah Fadzil yang bercuti bersama dua kenalannya, Siti Munirah dan Noor Syaquiella. 

2/2/2023

Mula bergerak dari Tangkak terus ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) sebab dah janji nak gerak sama dengan member ke Alor Setar.

3/2/2023

Sampai Alor Setar terus ambik kereta sewa dan jalan-jalan sekitar bandarnya. Petang amik feri ke Langkawi dari Kuala Kedah, pelayaran feri mengambil masa kira-kira dua jam. Boleh lah nak rehat santai buat seketika. Sampai Langkawi terus check-in hotel dulu. 

4/2/2023

8 pagi dah ready nak gerak ke kaunter feri untuk ke trip ke Koh Lipe. Sepanjang dekat sana aku just pakai travel agent (TA) untuk uruskan feri, aktiviti snorkeling dengan penginapan di hotel.

Untuk urusan feri just pergi ke kaunter feri di jeti Kuah (tingkat 1) dan bagi passport korang pastu dia akan bagi kertas putih untuk isi maklumat.

Lepas selesai semua urusan tu, korang boleh pergi makan atau tunggu di tempat boarding sebelum jam 9.30 pagi sebab jam 10 pagi dah kena ada dalam feri. Kalau lambat kena tinggal.

Cop passport macam biasa dekat imigresen Malaysia sebelum masuk ke feri. Perjalanan pergi amik masa dua jam sebab masa tu keadaan laut agak bergelora sikit so siapa yang mabuk laut tu makan lah ubat sebelum bertolak.

Waktu di Thailand lewat 1 jam dari Malaysia so kami sampai jam 11.30 pagi waktu sana. Sampai je Koh Lipe kita kena tukar dari feri ke bot sebab feri tak dapat masuk dekat tepi pantai, beg korang jangan risau, kru feri tolong bawakan nanti.

Lepas selesai semua tu boleh pergi cop passport dekat Imigresen Thailand dan lepas cop kena bayar 200 baht untuk tiket taman laut.

Untuk hari pertama di sini tak banyak buat aktiviti sangat. Lepas check-in hotel Mama Resort, kami just jalan kaki sekitar walking street dan layan view dekat sunset beach.

Disebabkan malas nak amik tuktuk, kami just jalan kaki round sekitar kawasan, alang-alang tu boleh keluarkan peluh sebab dekat sini nanti kerjanya asyik makan non stop haha. Tak sah kalau ke Thailand tak food hunting kan.

Koh Lipe ni tenang sikit
Daun ganja di Thailand
Walking street

5/2/2023

Jam 9 pagi berkumpul di Manah Lipe travel agency untuk buat aktiviti snorkeling. Kami just ambik lima check point sahaja sebab risau mabuk laut kalau pilih lebih-lebih. 

Tapi alhamdulillah, ni first time tak mabuk laut masa snorkeling. Mula snorkeling dari jam 9.30 pagi hingga 3.30 petang, pakej snorkeling termasuk makan tengahari sekali. Dah main air, perut mesti lapar.

Ada banyak lagi pakej snorkeling yang lain, boleh contact Manah Lipe untuk tahu lebih lanjut. Pada kami, mereka travel agent yang best dan boleh berbahasa melayu. Mudah nak bercakap dan berurusan. Ini bukan paid review ya haha.

Lepas habis snorkeling, kami round sekitar Sunrise Beach untuk usha jalan sebab esok pagi-pagi bercadang nak tengok sunrise.

Belah malam kami cari makan dan pusing walking street, malam tu hujan jadinya kawasan walking street ni banjir air naik sikit.

Seni jalanan sepanjang walking street
Harga air ni RM16, dah macam harga Starbucks
Layan view sunset
Kawasan walking street dinaiki air

6/2/2023

6.15 pagi dah gerak menuju Sunrise Beach. Seriously cantik ya amat pemandangan matahari terbit. Dekat sini banyak hotel murah, mahal so siapa ada bajet besar boleh menginap berdekatan kawasan ni, pantai dia lawa sangat.

Lepas tu kami pergi sarapan dan balik bilik untuk kemas-kemas get ready nak balik. Untuk urusan balik just pergi ke kaunter bersebelahan Imigresen Thailand untuk ambik tiket feri. Lepas tu boleh dapatkan cop passport di Imigresen Thailand. Mudah je prosedur dekat sana.

Perjalanan balik pula cuma mengambil masa satu jam setengah sahaja sebab keadaan laut yang tidak bergelora.

Kami naik bot jam 11.30 pagi waktu Thailand, sampai kat Langkawi jam 2 petang macam tu.

Baca lagi: Kembara Balkan dengan pandu sendiri, lelaki ini kongsi pengalaman merentasi 6 negara

KOS & PERBELANJAAN

Pengangkutan

  • Naik bas dekat TBS-Alor Setar RM45
  • Feri Kuala Kedah – Langkawi RM26
  • Feri Langkawi – Koh Lipe RM320 (pergi balik)

Aktiviti

  • Snorkeling 600 baht/pax
  • Hotel 2500 baht kongsi 3 orang – 840 baht seorang
  • Makan-makan 3100 baht untuk 3 orang
  • Tiket masuk taman laut 200 baht seorang
  • *kos tak termasuk kos makan, sewa kereta dan hotel di Langkawi.

TIPS & NOTA RINGKAS

  • Barang dan makanan dekat Koh Lipe agak mahal. Standard makanan macam kita bercuti dalam pulau di Malaysia. Jadi sila bawa duit baht banyak sikit kalau nak shopping kat sana. 
  • Kami pergi masa high season, jadi memang ramai pelancong luar dan kadar harga hotel juga meningkat naik.
  • Orang kata Koh Lipe ni macam Maldives tapi aku tak pernah sampai Maldives. So ye kan saja tapi memang seriously cantik dan tak menyesal pergi.
  • Kedai makanan halal ada tapi kami jadi pelanggan tetap kedai makan Tasneem sebab makanan sedap dan malas nak cari kedai lain. 
  • Koh Lipe ni takda lah besar sangat, so boleh je explore jalan kaki tapi kalau malas boleh sewa tuktuk 400 baht untuk satu jam.
  • Banyak anjing dan kucing jalanan tapi semua dengar kata, bukannya jenis tak tentu pasal nak serang atau gigit orang dan kebanyakannya dah obesiti, mungkin sedap sangat makanan kat pulau ni. 

Tempat tunggu giliran untuk naik feri
Perkongsian Fatinfathiah Fadzil
×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami