Korea

Annyeonghaseyo (sebutkan “ahn-yo ha-say-you”) ialah cara paling asas untuk menyapa seseorang di Korea. Ini adalah wording biasa yang korang akan dengar bila melancong ke Seoul. 

Sebelum ni melancong ke Korea menjadi rebutan dalam kalangan peminat serta pengikut setia drama, filem dan muzik K-pop.

Tidak dilupakan juga ‘free independent traveler’ (FIT) yang memilih Seoul, Nami Island, Jeju Island dan Busan untuk explore secara backpackers kerana semua lokasi easy access. 

Bagi yang merancang untuk kembara ke negara K-drama ini dalam masa terdekat, penulis nak kongsi itinerari lengkap yang disusun oleh pemilik akaun Twitter Crispy Nugget (@Raraatan) selama 10 hari 9 malam bersama tiga rakannya.

The journey starts here… walaupun takde orang tanya, I’m still gonna share my 10 days 9 night in Korea. Trip ni saya discover Busan-Seoul-Jeju pada musim autumn. 

Total cost all in RM2200 tidak termasuk duit shopping dan makan RM4000. Bab makan ni korang boleh bajet sendiri. Macam kami nak merasa semua makanan, so spend banyak kat situ.

So here details untuk flight, accommodation & other expenses (tak termasuk makan & shopping) sepanjang 10 hari menginap sana.

Kami beli tiket masa promo Airasia & bayar guna bigpay which is lagi murah! Sangat berbaloi. 

Flight details
Accommodation
Other expenses for 4 person

Since terbaca banyak cerita pasal orang tersangkut kat Imigresen Korea, kami print out semua benda termasuk itinerari, flight ticket return, hotel booking dan travel insurance.

Semua tu kami letak dalam satu file. Orang kata sediakan payung sebelum hujan lebih baik kan.

Travel documents

Jangan lupa buat survey dekat website KTO. Dah siap survey boleh redeem booklet yang ada T-money dan voucher untuk korang guna kat sana. Jimat!

Kat sana korang boleh terus topup 50k Won ikut berapa hari korang stay. Kalau ada baki boleh refund balik. 

Dapat emel KTO

Apps suggestion yang korang perlu download siap-siap untuk guna masa dekat sana nanti.

Google translate tu sangat berguna. Lagi-lagi masa kat Jeju, kami kena scam dengan local sana, so communicate pakai apps Google translate je.

  • Naver map
  • Kakoa map
  • Google translate
  • Subway Korea
  • Halal navi

Ringkasan tempat yang kami plan untuk 10 hari. Tapi ada tempat yang tak sempat nak singgah dan tak boleh masuk sebab faktor cuaca yang tak elok.

Busan
Seoul
Jeju Island

22/11 Busan : Gamcheon Village > BIFF Square > Jagalchi Market

  • Naik train dari Busan station & stop dekat Chungmudong Gyocharo.
  • Kat situ korang kena naik bas yang tulis Gamcheon Village.
  • Dari stesen bas ke GV tu dlm KRW 1,100.

Busan

BIFF Square & Fish Cake Hunting. Kami gerak lambat dari Gamcheon ke Taejongdae bila sampai sana Danubi train dah tak gerak dah. So terus gerak jalan-jalan ke BIFF Square.

Dinner @ Jagalchi Market. Baca review dorang cakap Jakie’s stall ni sedap & murah. Murah la sangat ni je pun dah dekat RM300+.

Cancel terus nak makan mewah dekat Myeondong esoknya, okay menyesal. 

23/11/2019 : Day 2 Depart from Busan > Seoul

Beli tiket online dalam KRW59,800 (RM200+) 2 jam 37 minit perjalanan. 

Seoul Drop luggage @ Insadong R.Guesthouse. Dalam Ikseon-dong Hanok Valley, 5 minit ke train station. KRW205,200 (RM181.25) untuk 3 hari.

Seoul

Ikseon-dong Hanok Valley > Gwanjang Market > Sunset @ Naksan Park > Dongdaemun Design Plaza Keluar je dari R.Guesthouse terus masuk Ikseon-dong Hanok Valley.

Kiri kanan penuh dengan kafe, souvenir & dessert stall shop yang so instagrammable.

Surrounding view. Im sooo in love!

Still dalam kawasan Ikseon-dong Hanok valley. Fried Korean pancake yang wajib korang cuba!! HoneyHotteok KRW1,300 gitu. Sangat sedap!

Next to Gwanjang Market. One of the best places to go for authentic Korean street food in Seoul.

Btw kami gerak dari satu tempat ke satu tempat 90% melalui train/subway + jalan kaki guna apps Naver Map / Subway.

By bus masa dekat Busan masa nak pergi Gamcheon & Taejongdae. Jeju 100% by car. So silalah pakai kasut yang selesa ya geng.

BACA LAGI: Perhatian traveler wanita, 6 tips berguna jika gemar travel solo

Friend Korean pancake & Gwanjeng Market

23/11 Day 2 Seoul : Sunset @ Naksan Park

23/11 Day 2 Seoul : Dongdaemun Design Plaza.

Nak tengok Led Rose dekat sini sebenarnya tapi rupanya dah tutup 6 bulan lepas kecewanya hm.

24/11 : Day 3 Seoul Petit France > Nami Island > Daiso > Myeondong Street Yang Petit France + Nami Island

Kami beli pakej siap dekat Klook RM138/pax. Jimat duit & tenaga compare dgn naik train / bus yang cost roughly dalam RM150+.

24/11 Day 3 Seoul : Petit France

Gerak pukul 8 pagi ke Petit France dari Myeondong station (tempat berkumpul) and voila!

Tapi sebab ambik pakej, so masa pun agak limited. Dalam sejam macam tu la kot kami kat sini sebelum gerak pergi ke Nami Island.

Petit France di Seoul

24/11 Day 3 Seoul : Nami Island

Lunch dekat Asian Cuisine Halal Food. So sedap & portion banyak! Harga dalam ₩10-15k per dishes.

Sewa basikal! ₩4,000 / basikal + ₩10k deposit untuk 30minit.

Nami Island

Balik ke Myeondong & bas berhenti betul-betul depan Daiso! Daiso 10 tingkat siapa yang tak happy! pstt, sila beli hand lotion dekat sini buat souvenir/diri sendiri.

₩1,000/lotion & comel gila! Spare duit lebih sikit okay sebab kat sini barang-barang dia lagi best dari Daiso Malaysia huhu.

24/11 Day 3 Seoul : Myeondong Street

Myeondong Street Food yang mana harga dia bukan harga street food pun  Range harga dalam ₩10k+ ikut jenis makanan korang beli.

Syurga perempuan. Nature republic, holika holika, laneige etc semua on sale! Beli mask 20pcs free 20pcs etc. Boleh shopping terus kat sini tapi dekat area Ewha University lagi murah!

I standby 2k cash & 2k dalam Bigpay. Suka guna Bigpay bila travel sebab kita bayar actual exchange rate je. No extra charge & dapat point lagi.

So swipe je dekat kedai dengan suka hati . Boleh sign up gunaa code I (for free) & boleh dapat RM10 free dalam bigpay.

My referral code : RL3LTWSIMH

Street food di Myeondong Street

25/11 Day 4 Seoul Haneul Park > Ewha women’s University > Coex > Dinner @ Yanggood > Explore Hondae

Dari Insadong R. Guesthouse ke Haneul park dalam 30 minit perjalanan. Kena masuk subway & keluar dekat World Cup stadium (exit 1).

25/11 Day 4 Seoul : Haneul Park / The Sky Park

Entrance fee: Free  Operation hours: 8.30am – 6pm Ada 291 anak tangga, so kalau taknak panjat tangga boleh naik electric tram. Single ride ₩2,000 Return trip ₩3,000.

Haneul Park / The Sky Park

25/11 Day 4 Seoul: Ewha Woman’s University

Private women’s university founded in 1886, one the most prestigious in South Korea. Nak pergi sini dari Haneul park kena board Word cup stn line 6 > Hapjeong Stn > Ewha Uni exit 3.

Lepas keluar dari exit 3 tuuu korang akan jumpa kedai-kedai cosmetic/baju/skincare yang sumpah lagi murah dari Myeondong area!

Kos Market salah satu store yang jual Dr.Jart shake & shot. ₩4k/bottle. Paling murah kat sini.

Area Myeondong pun jual dalam ₩8k/ bottle, mungkin situ sebab crowded dengan pelancong, jadinya harga sedikit mahal. 

Kos Market

25/11 Day 4 Seoul : Starfield Library / Coex

13meter tall giant bookshelf, ada lebih daripada 50k buku & majalah. Perfect place for you guys yang suka bergambar la.

Naik subway dari samyeong stn & keluar exit 6 & terus jumpa Starfield Coex Mall.

25/11 Day 4 Seoul : Dinner @ Yang Good Korean Bbq Lamb, Gangnam

Operation hours: 4pm – 2am (ahad tutup). Reservation required Range price starting dalam W11k – W22k based apa yang dipesan & cukup untuk 2-3 org makan.

Station yang korang kena keluar Yeoksam Stn LINE 2 (EXIT6).

26/11 Last day in Seoul

Yang dalam bekas tu kami beli dekat The Halal Guy masa explore hondae lepas makan kat Yang Good.

Rasa menyesal beli satu je sebab sedap gila! Ni nasi goreng masak sendiri kat guesthouse. Nasi instant beli dekat C2U & campoq je kimchi, settle. 

26/11 Day 5 Seoul

Bukchon Oneday Hanbok Rental Located at 2nd Floor 300m from Exit 2 of Anguk Station, across the road from Jae-dong Elementary School.

Hanbok rental book dekat Klook RM59/4jam. Senang beli siap-siap. 

Bukchon Oneday Hanbok Rental

26/11 Day 5 Seoul Changdeokgung Palace

Kalau nak entrance fee tu FREE silalah pakai hanbok yeee, kalau tak kena bayar dalam W3,000 / person.

26/11 Day 5 Seoul Huwon Secret Garden

  • Entrance fee: W3,000 + tour guide
  • Operation hours: 10am – 5.30pm
  • Secret garden ni paling cantik korang visit masa autumn season. Nak nangis sebab so beautiful

26/11 Seoul > Jeju

Sampai dalam 9.30 mcm tu. Owner Jeju Gillime Pension datang pickup dekat airport. Dia macam terkejut tengok beg kami banyak sangat terus dia upgrade ke bilik besar *rezeki. 

27/11 Day 6 Jeju Pickup rental car @ Lotte Car Rental

Dorang akan bagi minyak full & kita kena return dalam keadaan full. Btw minyak kat sana RM6/liter ye haha.

A lil bit info pasal International Driving License.

  • Dekat sini dorang left handed driving hehe. Mungkin kekok sikit mula-mula tapi okay je lepas tu.
  • Tips dia sentiasalah duduk lane kanan kalau taknak memotong & dekat Jeju sangat banyak speed camera. Sila berhati-hati. 
  • Speed limit dekat sini dlm 40-70km/h.

27/11 Day 6 Jeju Kimnyeong Maze Park, Jeju

Entrance Fee: KRW3,300  Operation hours: 8am-6pm Juga dikenali sebagai Cat Park – banyak betul kucing gemok kat sini. Semua cute je.

Oh btw nanti masuk souvenir shop kat sini dapat free satu postcard.

Dan pengunjung boleh cat-feeding. Semua kucing kat sini stray cat. Dorang selamatkan & tempatkan dekat maze ni. Memang cool.

Makanan kucing korang mintak je dekat kaunter. Free of charge, bagi lah makan puas-puas.

Btw kami kena scam dekat sini la. Habis 50k won. Masa sampai dekat car park & buka pintu tetiba makcik sebelah marah-marah cakap kami buka pintu terkena kereta dia & calar. 

Dengar macam tak logik kan. Lastly sebab malas sangat nak argue, so kami bagi jela. Communicate thru google translate sebab masing-masing tak faham. 

26/11 Day 6 Jeju Weoljeongjori Lowa Cafe

Dekat Jeju ni paling famous dengan Hallabong! Kalau korang datang sini tolong lah rasa Hallabong tea / latte. Sedap sangat weh!

Kami juga sempat turun ke Jeju Weoljeongri Beach. Konon-konon nak healing.

Weoljeongjori Lowa Cafe
Jeju Weoljeongri Beach

27/11 Day 6 Lunch @ Onuii Seafood Paling famous dengan Abalone Hot Pot Rice! Satu set dalam KRW15,000 macam tu.

28/11 Day 7 Jeju Sunrise peak / Seongsan Illchubong

  • Entrance Fee : KRW5,000  
  • Operation hours : 1 jam before sunrise – 8pm

Tapi rasanya kami sampai awal sangat so tak perlu bayar. Tak tahu la berapa ratus anak tangga kena panjat tapi dekat 50 minit jugak la baru sampai.

Sunrise peak / Seongsan Illchubong

28/11 Day 7 Jeju Lunch @ Uribong Sikdang

Dekat dengan area Seongsan Ilchubong. Dia punya seafood pancake tu sumpah sedap gila. Penuhhhh dengan sotong! Harga start dari KRW15,000.

28/11 Day 7 Jeju : Udo Island

Park dekat Seongsan Harbour (Ferry Terminal)

  • Ferry start dari pukul 8am – 6pm. (Bergantung pada keadaan cuaca)
  • Round trip ticket : KRW8,500
  • Parking fee : KRW8,000 / day
  • Rental car tak boleh board ferry ye

28/11 Day 7: Udo Island Tour

Kat sini transportation korang boleh pilih either nak naik electric bike, bus @ amende yang macam kereta tu entah tapi yang tu kena ada IDL ye.

Kami sewa basikal electric KRW50k untuk 4 basikal takde limit masa, main sampai puas. Kalau nak tour semua tempat better korang naik bus cepat sikit.

Naik basikal ambik masa 2 jam jugak ya nak tour satu island tu. Tapi best! Kalau korang tak stay kat sini make sure balik ke darat sebelum pukul 5.30 (last ferry).

28/11 Day 7 : Seopikoji Sunset

28/11 Day 7 : Jeju Myung House Guesthouse yang paling i suka sebab owner dia (Mr. Min) baik sangat. Muka dia excited bila sambut kami sampai. 

Book dekat booking.com rate dalam RM170/night. Bilik mmg besar muat dlm 6-8org. booking.com/Share-L6rcuF.

Kat sini dinner biasanya kitorang masak je kat guesthouse. Beli dekat supermarket & masak. Best weh shopping groceries kat sana 

28/11 Day 8 : Jeongbang Falls  

  • Operation hours : 8am -6pm  
  • Entrance fee : KRW2,000
Jeongbang Falls

Jangan lupa cari kudap-kudap area Jeongbang falls untuk alas perut.

28/11 Day 8 : Yeongmori Coast

Tempat ni cantik sangat tapi sedih tak boleh masuk sebab keadaan cuaca tak elok. Korang google la sendiri cantik ke idok tempat tu.

28/11 : Day 8 Innisfree Jeju House / O’sulloc Green Tea

28/11 : Day 8 Sunset & coffee @ Bomnal Cafe

28/11 Day 8 : Dinner @ Cheonhaecheon.

The only halal shabu-shabu in Korea. Yang dah buat survey dekat KTO & redeem kad tu silalah bawak 10% voucher dalam booklet yang KTO bagi.

Makan la sampai kembung perut lepas tu. 

29/11 Day 9 : Back to Busan

 Naik Jeju air dalam 9.50 pagi sampai sejam lepas tu. Terus naik train dari airport ke V1 Motel dalam 45 minit perjalanan. Dari v1 motel ke train station 5 minit perjalanan je.

29/11 Day 9 : Busan Al-Fatah Mosque & Lunch @ Kapadokia Turkish Restaurant.

Busan Al-Fatah Mosque
Lunch @ Kapadokia Turkish Restaurant

Disebabkan dah penat, kitorang cancel trip ke Haeundae Beach tu & terus pergi Seomyeon Underground Shopping center.

Dan shopping macam tak ingat dunia habiskan balance duit, senang kira. 

And wheew. Sekian dari saya. What a freaking long thread. Sorry ni first time buat thread panjang berjelaaa so maafkan laa kalau ada yang tak lengkap. Daebak! 

Habiskan duit shopping puas-puas

TRIP BACKPACKERZ GO

Jom follow kami backpack ke Seoul-Nami Island Jun ini, harga termasuk flight, guide, penginapan & pengangkutan

Untuk tahun 2023 ni BackPackerz organize trip ke Balkan, Switzerland, Turkiye, Korea, Jepun, Iceland, Scandinavia dan Eropah. 

Sebarangan pertanyaan boleh contact team sales kami – Danial | Diba | Nasrullah atau tekan ikon hubungi kami. Trip terdekat;

  • Backpack Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 5 May – 13 May 2023
  • Backpack Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 7 – 15 August 2023
  • Backpack Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 16 – 24 August 2023
  • Backpack Osaka (Osaka-Nara-Kyoto) | Date: 5-9 July 2023 | Date: 12-16 July 2023
  • Backpack Korea (Seoul-Nami Island) | Date: 5-9 Jun 2023
  • Backpack New Zealand (North-South) | Date: 6-16 Dec 2023
  • Backpack New Zealand (South) | Date: 18-27 Dec 2023
  • Backpack Turkiye | Date: 18-27 Sept 2023 | Date: 27 Sept-6 Oct 2023
  • Backpack UK-Scotland (Manchester-Edinburgh-London) | Date: 19-27 Oct 2023 | Date: 26 Oct-3 Nov 2023

 

×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami