london
  • Hiasan lampu dinyalakan di Coventry Street (antara Piccadilly Circus & Leicester Square) di London.
  • Kemeriahan ‘Ramadan Lights’ bermula sejak 21 Mac malam sehingga 21 April 2023.
  • Inisiatif ini akan membantu mengurangkan Islamofobia & meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelancong serta masyarakat di London.

Islam itu indah. Agama Islam itu meraikan semua orang walaupun berbeza kepercayaan. Sejuk hati penulis bila membaca laporan mengenai keterbukaan kota London dalam meraikan bulan suci dalam Islam iaitu Ramadan. 

Terima kasih atas usahasama yang diberikan oleh semua pihak dalam membantu memerangi Islamofobia serta menarik minat masyarakat luar untuk memahami tradisi, kepercayaan dan amalam budaya seorang Muslim. 

Sejak 21 Mac lalu jalan raya di London disinari lampu-lampu indah yang membawa mesej Ramadan sempena ketibaan bulan suci bagi umat Islam di seluruh dunia.

London
Ramadan Lights | Foto: Jamil Khan

Pertunjukkan imej ‘Ramadan Lights’ telah menerangi salah satu kawasan paling sibuk dan terkenal di London buat pertama kalinya di Coventry Street yang menghubungkan Piccadilly Circus dan Leicester Square. 

Sebanyak 30 ribu biji lampu LED digunakan untuk menampilkan 61 hiasan bulan serta tulisan Ramadan Lights (Cahaya Ramadan) yang dinyalakan sehingga 21 April ini, menurut laporan Time Out.

Foto: Jamil Khan
Foto: Jamil Khan

Ramadan Lights telah dirasmikan oleh Datuk Bandar Muslim di bandar itu, Sadiq Khan, yang berkata ini merupakan kali pertama sebuah bandar raya di Eropah menyambut bulan suci Islam dengan pendekatan sebegini.

Datuk Bandar London, Sadiq Khan

Sadiq Khan yang dilantik sebagai Datuk Bandar London pada 2016 merupakan individu Muslim pertama yang memegang jawatan tersebut.

Sadiq Khan menganggap ianya satu penghormatan bagi dirinya untuk menghidupkan lampu-lampu ini.

Saya gembira London menjadi bandar pertama di Eropah yang menganjurkan perhiasan lampu menakjubkan untuk menyambut kedatangan Ramadan. Ramadan Lights adalah simbol sebenar bagaimana London meraikan kepelbagaian penduduknya.

Hiasan itu dibawakan oleh Ramadan Lights UK, sebuah organisasi tanpa untung yang bertujuan untuk menyebarkan kesedaran mengenai bulan Ramadan.

Menurut Pengasas Ramdan Lights UK, Aisha Desai memberitahu New Arab bahawa Ramadan merupakan buan mulia bagi umat Islam yang menetap di Britain. 

“Terdapat ramai penduduk Muslim di United Kingdom, jadi kita harus diwakili. Kita menetap di bandar yang benar-benar menakjubkan, dengan pelbagai budaya”, katanya. 

BACA LAGI: 30 Bandar Paling Selamat Untuk Pengembara Wanita Kunjungi, Kuala Lumpur Turut Tersenarai 

Ramadan Lights

Sebelum ini, lokasi tersebut biasanya diwarnai dengan lampu serta hiasan sepanjang bulan Disember bagi meraikan sambutan Krismas.

“Konsep yang disusun dengan teliti ini menggambarkan fasa-fasa dalam bulan Ramadan, membawa cahaya Ramadan ke sepanjang jalan di London,” kata Ramadan Lights UK dalam catatan Instagram.

Inisiatif Ramadan Lights UK tahun ini diwujudkan dengan kerjasama Aziz Foundation dan Heart of London Business Alliance. 


london
Jom follow backpack ke Scandinavia | Harga termasuk flight (return), transportation, guide | Tekan icon ‘Hubungi Kami’

Untuk tahun 2023 ni BackPackerz organize trip ke beberapa destinasi tumpuan – Balkan, Switzerland, Turkiye, Korea, Scandinavia dan Eropah. 

LAPAN trip terdekat;

  1. Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 27 April – 5 May 2023 – Spring
  2. Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 5 May – 13 May 2023 – Spring
  3. Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 7 – 15 August 2023 – Midnight sun
  4. Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 16 – 24 August 2023 – Midnight sun
  5. Turkiye  (Autumn) | Date: 18-27 Sept 2023 
  6. Turkiye (Autumn) | Date: 27 Sept – 6 Oct 2023
  7. Switzerland-France-Germany | Date: 7-15 September 2023
  8. Balkan (Bosnia-Croatia-Slovenia) | Date: 19-27 July 2023 – Summer

*Nak tahu info lanjut, ada sebarangan pertanyaan boleh roger team sales kami – Danial | Diba | Nasrullah atau tekan ikon hubungi kami.

×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami