“After 2 years of pandemic lock down, now I’m back in action. Europe trip, I’m coming”.
Itulah coretan yang dikongsikan saudara Joe Fadz sebelum memulakan pengembaraan berkelana di bumi Eropah selama 14 hari.
Alhamdulillah berakhirnya kembara main redah kami ke tiga buah negara selama dua minggu. Trip kali ni merangkumi tiga Europe countries yang popular iaitu London, Paris dan Switzerland.

Transit di Dubai International Airport sebelum meneruskan perjalanan ke kota London.
Hari kedua di bandar yang mempunyai penduduk paling ramai dalam Kesatuan Eropah ini ada one stop center bagi pelancong luar sebelum meneruskan pengembaraan ke negara-negara Europe Union.


Day 2 – London-Westminster Abbey-Big Ben-Buckingham Palace-Tower Bridge-Bichester Village
Day 3 – London-Paris-Eiffel Tower-Cham Eleysee
Day 4 – Paris-Basel-Zurich
Day 5 – Zurich-Zermatt
Day 6 & seterusnya – Zurich – Andermat – Realp – Oberwald – Tasch – Zermatt – Lauterbrunen – Interlaken – Lake Blausee – Luzern – Mount Titlis







Segala perbelanjaan kami menggunakan kad Wise. Even dekat Switzerland kami isi minyak kereta dekat atas gunung yang hanya ada 1 kiosk pump station boleh guna kad Wise.
Nak masuk tandas pun bayar guna kad Wise. Memang berguna betul kad Wise ni. Tak perlu dah bawa cash banyak, dekat mana-mana boleh guna kad Wise.
- Flight by Emirates (Return)
- KLIA – London (Flight)
- London – Paris (Train)
- Paris – Basel (Train)
- Basel – Zurich (Kereta – self drive)
Di London dan Paris kami gunakan mod pengangkutan awam. Kembara di bumi Switzerland pula kami sewa kereta.
Mula-mula memang terasa kekok sebab drive sebelah kiri, siap tersalah masuk kat laluan tram masa kat Zurich. Siap kena ‘sound’ dengan mat saleh sebab masa berhenti keluar sekejap dari kereta nak check-in hotel tapi tak tutup enjin.
Mat saleh tu bagitahu pencemaran udara, kami pun faham dan menghormati.
Selepas dua hari berjalan kat Switzerland, ini tempat ana yang punyalah. Dah mula faham selok belok dan mudah untuk self drive di sini.
Dekat Switzerland, kami explore dari Zurich – Andermat – Realp – Oberwald – Tasch – Zermatt – Lauterbrunen – Interlaken – Lake Blausee – Luzern – Mount Titlis.



Highway Furka Pass ditutup ketika musim winter so kami menggunakan Car Train untuk merentasi Mountain Pass dari Realp ke Oberwald dan seterusnya ke Tasch.
Masa di Luzern ade perarakan sempena sambutan tamatnya musim sejuk. Info ni kami tahu sebab ada mat saleh kat situ yang bagitahu.
Mereka beramai-ramai berkumpul menyaksikan band-band bermain gendang sambil menggayakan costume. Memang meriah.
Baca lagi: Bawa anak kecil travel ke Switzerland pertama kali, lelaki ini kongsi 7 tips & pengalaman




Pada kami, ia satu pengalaman yang amat berharda dapat memandu sendiri semasa kembara di bumi Switzerland.
Berpeluang menempuh perjalanan di atas pergunungan salji. Kami boleh berhenti di mana-mana spot yang kami suka untuk bergambar.
Satu pengembaraan yang sangat mengujakan dan its worts every penny.
Setelah dihitung tolak dan tambah, anggaran kos yang dibelanjakan dalam RM30 ribu termasuk penerbangan, makan, penginapan, kereta sewa, petrol dan shopping.



Tips
- Duit lebihan dalam matawang CHF boleh transfer atau convert balik ke mana-mana matawang dalam kad Wise.
- Sewa kereta di Switzerland guna debit card.
- Untuk dapatkan kad BigPay ni tiada caj dikenakan. Untuk dapatkan kad Wise ada caj dikenakan: ada 2 pilihan bayaran.
- Mula-mula, apply card kat website wise.com or apps. Ada kad virtual (senang nak guna untuk online shopping)
- Kad fizikal berwarna hijau. Kad hijau ni ada one time fee. Apply, make payment dan tunggu kad sampai.
- Lepas tu, transfer some money dalam apps wise. For first trial, transfer sikit je dulu, nak bagi aktifkan. Pergi kedai yang terima pin & chip card. Try buat payment guna kad wise.
- Bila kad dah aktif, payment record dalam app Wise.
- Jangan lupa untuk install apps Wise.