Switzerland

Switzerland memang cukup terkenal dengan keindahan alam semula jadi negaranya yang dikelilingi gunung-ganang dan pergunungan Alps.

Panorama yang disajikan cukup memukau dan mempesonakan bagi sesiapa yang sukakan ketenangan serta kehijauan.

Tarikan itu membuatkan negara yang digelar terbersih dan terindah di dunia ini sering menjadi tumpuan percutian idaman bagi pelancong antarabangsa termasuk Malaysia. 

Menurut perkongsian Hidayah Zulkhairi di laman facebook miliknya, terdapat tiga sebab utama mengapa Switzerland menjadi pilihan untuk mengembara;

  • Sejak awal tahun 2022, proses nak masuk sana paling senang. Tak perlu swab test dan lain-lain.
  • Terdapat banyak rujukan berkaitan Switzerland, mudah untuk pengembara baru untuk study.
  • Switzerland sebuah negara yang cukup mesra pelancong terutama urus tadbir pengangkutan. Bagi saya, terbaik di dunia.

Alhamdulillah, setelah dua kali kena reject ke Korea Selatan, saya ubah haluan melancong ke Switzerland pada 14 Oktober hingga 21 Oktober 2022. Ketika itu musim ‘autumn in my heart’ di sana, cewahhh. 

Saya sedar waktu mula buat keputusan untuk divert ke Swiss adalah faktor terbesar yang merisaukan bagi seorang pengembara secara ‘Free Independent Traveler (FIT) ini.

Tapi tidak mengapa, kita mesti ikhtiar. Maka dibawah ini saya kongsi kos perbelanjaan sepanjang sebelum travel hingga balik semula ke Malaysia.

Saya set target dimana perbelanjaan bajet maksimum adalah RM7,000. Kita tengok dia pergi macam mana dengan bajet tight ni. Saya pergi berdua dengan travel buddy. Tapi bajet dikongsikan ini adalah perbelanjaan peribadi aku untuk dijadikan sebagai rujukan.

Ni kawasan Airbnb pertama dekat Frutigen, terletak dalam kawasan Bernese Oberland. Jadi memang dikelilingi gunung-ganang, sungai & tasik

KOS UNTUK SEORANG

🇨🇭Flight: RM2.2k (Return KL-Istanbul-Zurich menggunakan penerbangan Turkish Airlines)

🇨🇭Airbnb: RM1.1k (dua penginapan)

🇨🇭Takaful insurans: RM150 (tripcare 360)

🇨🇭Simkad: RM100 (Sunrise. Unlimited data 7 hari. Coverage mantap sampai atas gunung)

🇨🇭Tourist Tax: RM100 (1 malam RM20, area Bernese Oberland sahaja)

🇨🇭Swiss Travel Pass (STP): RM1.8k (Ini adalah pass naik public transport kat sana. Dengan adanya STP ni, semua jenis public transport boleh naik kecuali tempat tertentu. Kena study tempat mana yang yang terkecuali tu)

🇨🇭Train Zermatt-Gornegrat: RM250 (Ni contoh tempat yang terkecuali tu. Tapi dapat 50% diskaun sebab saya ada STP)

🇨🇭Persediaan suhu sejuk & lain-lain: RM400 (rasanya kurang lagi, tak berapa ingat).

🇨🇭Makanan dari Malaysia: RM150 (nasi segera, lauk pauk, 3 in 1 & lain-lain.

🇨🇭Perbelanjaan lain-lain di Swiss: RM500

TOTAL KOS = RM6,750


Itinerari ringkas sebagai rujukan

Alhamdulillah semua expenses berada dalam bajet saya. Dekat sana memang tak pakai cash, hanya guna BigPay.

Tapi kawan saya tetap sediakan Swiss Franc juga sebagai duit kecemasan. Kebetulan memang waktu beli simkad di sana dorang hanya terima cash, syukur dah standby.

Mungkin ada sesetengah pengembara akan cakap bajet RM7,000 untuk ke Swiss dikira murah. Kalau saya kecikkan bajet lagi, mungkin saya tak berpeluang nak beli apa-apa sebagai kenangan. Kos akan jadi lebih kurang tapi balik tangan kosong. 

Apa-apa pun bajet dan kos adalah subjektif mengikut individu serta ia bergantung kepada perancangan awal pengembaraan. 

Oeschinensee dekat Kandersteg, nak pegi sini kena naik cable car, jalan 10-15 minit ke tasik
Naik toboggan/mountain coaster dekat Kandersteg
Pekan Thun yang tenang lagi mendamaikan

Berapa lama saya prepare untuk pergi sana? Orang kata prepare awal tak kalut kan. Tujuh bulan saya survey dan cari rujukan.

Usai membeli tiket penerbangan, saya terus study dan study tentang perjalanan ke bumi Swiss.

DAY 1 – 14/10
Depart from KLIA to Istanbul, transit sebelum sambung perjalan ke Zurich.

DAY 2 – 15/10
Arrive in Zurich. Check-in penginapan airbnb pertama.

DAY 3 – 16/10
Cover empat kawasan tarikan pelancong iaitu Lauterbrunnen, Staubach, Wengen & Grindelwald.

DAY 4 – 17/10
Sambung jalan di Interlaken, Iseltwald, Brienz & Thun City.

DAY 5 – 18/10
Menuju ke Zermatt & bergambar dekat Matterhorn Mountain. Zermatt adalah sebuah bandar kecil yang terletak di pergunungan Alps. Tarikan popular adalah Gunung Matterhorn, kebetulan merupakan gambar yang digunakan dalam packaging coklat Toblerone.

Cerita lain: Itinerari kembara 10 hari ke Milan, Sicily, Malta bajet RM7,000

Matterhorn – Gunung yang ada pada kotak coklat Toblerone, nak ke sini kena naik train dari pekan Zermatt
Makan malam, bawa maggi dari Malaysia & telur boleh beli kat sana
Kami makan berat terus waktu pagi sebab malas nak lunch, tu daging balado & sambal tempoyak, portion banyak, harga murah & rasa sedap. Beli dekat shopee Dapogo, sambal tempoyak tu shopee Tokey Sambal Hitam

DAY 6 – 19/10
Explore Kandersteg (Toboggan Run), Oeschinensee & Blausee. Kandersteg ialah sebuah perkampungan peranginan altitud tinggi di wilayah Bernese Oberland.

DAY 7 – 20/10
Berpindah ke penginapan airbnb kedua. Explore sekitar Mount Rigi yang terletak di tengah tumpuan Switzerland. Kawasan ini hampir keseluruhannya dikelilingi oleh air iaitu di Tasik Lucerne, Tasik Zug & Tasik Lauerz.

DAY 8 – 21/10
Patah balik ke bandar Zurich. Depart from Zurich to Istanbul (transit) then continue to KLIA. Masa ni sampai Malaysia lebih kurang 6.45 petang.

Mount Rigi – Paling berangin teruk sekali dekat sini sampai dengan aku pun tertolak ke tepi tapi view memang lawaaa. Muka nampak rilek kan tapi tangan dah keras kejung sebenarnya
Blausee – tasik ikonik di Swiss. Yang ni tasik dia warna hijau & memang dari atas boleh tembus sampai ke bawah sampai ke niat hati pun boleh
Pekan Zermatt – Jam lawa-lawa dekat sini. Tapi hakak bajet tak banyak dik
Tasik dekat Iseltwald – ikonik sebab jadi tempat shooting Crash Landing On You

Semoga semua yang membaca artikel ini dikurniakan rezeki berkelana ke Switzerland satu hari nanti.

Segala tempat dan itinerari Switzerland saya tulis dalam gambar secara ringkasan sahaja. Jadi korang kena layan gambar-gambar untuk tengok aktiviti sepanjang berada di sana.

Terima kasih Hidayah Zulkhairi atas perkongsian yang bermanfaat ini.


JOM BACKPACK DENGAN KAMI SWISS-GERMANY

Bagi sesiapa yang nak backpack dengan BackPackerzGO ke Swiss-Germany Februari 2023, boleh roger kami. Harga termasuk return tix flight, penginapan, ground transportation & guide. 

Info lanjut klik sini: Trip Swiss-Germany

×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami