- ‘Rebranding’ itu adalah sebahagian daripada Perjanjian Operasi baharu antara kerajaan dan MAHB.
- Bantu mengukuhkan persaingan dengan lapangan terbang antarabangsa di rantau ini.
- Idea penjenamaan semula ini telah dipersetujui Jemaah Menteri – Menteri Pengangkutan
Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan KLIA2 bakal dijenamakan semula sebagai KLIA Terminal 1 dan KLIA Terminal 2.
Penjenamaan semula ini telah dikongsikan oleh Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook ketika sidang media berkenaan Perjanjian Operasi Antara Kerajaan Malaysia dan Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) di Putrajaya hari ini.

Tambahnya lagi, penjenamaan semula Kuala Lumpur International Airport dan Kuala Lumpur International Airport 2 akan meningkatkan kebolehpasaran dan keberkesanan kedua-dua lapangan terbang serta membolehkan berdaya saing dengan lapangan terbang antarabangsa lain di rantau ini.
Loke berkata, penjenamaan tersebut belum dinyatakan bila ia akan dilaksanakan kerana kerajaan dan MAHB perlu memperhalusi perjanjian operasi baharu mereka terlebih dahulu.
Baca lagi: Ohayosan Osaka! AirAsiaX sambung semula penerbangan ke Osaka, Jepun

“Kerajaan dan MAHB akan memuktamadkan dan menandatangani OA 2023 dan Perjanjian Pajakan berkaitan sebelum memasuki penghujung suku pertama 2023.
“Bagaimanapun, ini akan mengambil sedikit masa kerana ada urusan pentadbiran yang perlu diselesaikan dengan pihak berkuasa yang berkaitan termasuk Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa dan Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA),” kata Loke, yang merujuk bahawa selepas penjenamaan semula, kedua-duanya lapangan terbang mungkin mempunyai kod lapangan terbang yang berasingan.
IATA ialah pihak berkuasa yang menentukan kod tiga abjad (seperti KUL untuk KLIA) atau dikenali sebagai kod lapangan terbang.
Rata-rata pengguna di medial sosial menyambut baik usaha ‘rebranded’ ini dan menyatakan tidak ada lagi kekeliruan antara kedua-dua lapangan terbang utama di Malaysia.
Sumber: FMT & Facebook Anthony Loke Siew Fook

Mulai tahun 2023, BackPackerz mula offer trip untuk kaki backpack, solo traveler atau travel buddies 1-2 orang untuk follow backpack dengan kami ke Europe Central, Swiss-Germany, Turki, Balkan & Scandinavia.
Info lanjut tekan icon hubungi kami/klik sini – Pilihan Trip Anda