kota kinabalu

Sekali lagi Sabah mencipta nama dalam senarai destinasi tumpuan pengembara antarabangsa selepas kelonggaran sekatan perjalanan COVID-19.

Kota Kinabalu disenaraikan sebagai “The top 10 travel destinations” bagi tahun 2023, menurut laman web tempahan terkemuka, Booking.com.

Pilihan 10 destinasi pelancongan terbaik dunia ini diberikan setelah mengambil kira ‘global booking trends’ untuk 10 destinasi trending tahun ini digabungkan dengan ‘tips’ daripada komuniti pengembara Booking.com.

Gunung Kinabalu

Dikenali secara lokal sebagai “KK”, ibu kota Sabah yang sibuk terletak di kepulauan Borneo adalah permata tersembunyi yang dikelilingi hutan hujan (rainforest) dan pantai berpasir halus.

Komuniti pengembara memberikan ulasan bahawa ekosistem di sekitar Kota Kinabalu adalah rumah (home) kepada spesies hidupan liar yang unik, wildlife yang mudah diperhatikan ketika menyusuri sungai sehinggalah aktiviti pendakian menikmati pemandangan Gunung Kinabalu. 

Tidak dilupakan juga hasil mutiara, tekstil, ukiran kayu, kraftangan, hidangan laut segar serta persembahan kebudayaan masyarakat di Kota Kinabalu malah seluruh Sabah.

Penulis ingin kongsikan juga beberapa tarikan pelancongan kegemaran yang mesti dikunjungi di Sandakan iaitu Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre, Rainforest Discovery Center, dan River Safari Cruise Kinabatangan.

Masjid Bandaraya Kota Kinabalu | Andy Wang
Sepilok Orangutan Rehabilitation Centre | Muizzuddin Maksah
River Safari Cruise, Sungai Kinabatangan | Muizzuddin Maksah
kota kinabalu
Rainforest Discovery Center | Muizzuddin Maksah

Tidak dilupakan juga hasil mutiara, tekstil, ukiran kayu, kraftangan, hidangan laut segar serta persembahan kebudayaan masyarakat di Kota Kinabalu.

Senarai 10 destinasi pelancongan terbaik dunia tahun 2023 oleh Booking.Com merangkumi lokasi popular di seluruh benua termasuk Asia, Amerika Selatan dan Eropah.

The top 10 travel destinations for 2023

  • Sao Paulo, Brazil
  • Budva, Montenegro
  • Pondicherry, India
  • Queretaro, Mexico
  • Bolzano, Italy
  • Kota Kinabalu, Malaysia
  • Kalabaka, Greece
  • Santa Fe, United States
  • Olomouc, Czech Republic
  • Hobart, Australia

Bak kata orang Sabah, sebut ja KK mesti orang tau suda ni tempat di mana

Miso Walai Homestay, Kg Batu Puteh, Kinabatangan | Muizzuddin Maksah
Budva’s old town, Montenegro
Hobart, Australia

Menurut Booking.com, destinasi yang terpilih mesti berada dalam 1,000 teratas yang paling banyak ditempah antara 1 Ogos 2021 dan 31 Julai 2022.

Data laman web tempahan ini mendapati bahawa destinasi disusun mengikut peningkatan tempahan tahun ke tahun serta graf destinasi yang mengalami penurunan ketara tempahan domestik.

Pengiraan itu adalah untuk memastikan pilihan destinasi terbaik ini masih mengekalkan minat tempahan domestik dan juga antarabangsa setelah sekatan perjalanan berkaitan Covid-19 di serata dunia dimansuhkan secara berperingkat.

Pembukaan semula ekonomi serta sektor pelancongan di lebih banyak negara tahun ini melonjakkan permintaan dalam kalangan pengembara antarabangsa yang ingin melawat kembali destinasi kegemaran masing-masing, disamping melancong semula dengan orang tersayang.

Peak of Mount Kinabalu | Ong Cheng Zheong

*Jom survey trip backpack dengan BackPackerzGO ke Europe (4 Countries), Turkey, Switzerland-Germany, Scandinavia, Balkan (3 Countries) sepanjang tahun 2023! 

Info lanjut boleh klik sini – backpackerz.com.my/trip

×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami