Lain daripada yang lain! Itulah keunikkan kempen bagi mempromosikan pelancongan di negara sebahagian daripada United Kingdom iaitu Scotland.
Lembaga Pelancongan Kebangsaan Scotland telah menggayakan beberapa ekor kuda Shetland dengan baju sejuk kardigan berwarna-warni yang dikait serta melakukan sesi photoshoot (potret).
Fivla dan Vitamin memakai baju sejuk merah dan coklat yang dibuat khas (custom-made), direka oleh seorang pengait tempatan bernama Doreen Brown.
Baju sejuk tersebut diperbuat daripada bulu Shetland sheep (biri-biri Shetland). Kejayaan kempen itu serta hebahan promosi di luar jangkaan!
Kuda-kuda poni dipilih sebagai simbol tempatan kerana asal usul Kepulauan Shetland yang terletak di negara Scottish ini. Shetland Sheep juga datangnya dari kepulauan ini.
Baka ini memiliki antara 28 hingga 42 inci tinggi (maksimum) dan dikenali bukan untuk bulu tebal mereka, tetapi juga kerana kepintarannya.
BACA LAGI: Turkish Airlines Tawar ‘Free Tour’ di Istanbul Kepada Layover, Termasuk Makan & Hotel Percuma
Disebabkan keadaan yang teruk di Kepulauan Shetland, maka kuda poni di sini telah berkembang menjadi spesies yang kuat, berdikari serta tahan lasak.
“Kami sedang mencari foto yang merangkumi landskap semula jadi Scotland yang menakjubkan, diserlahkan di suatu tempat yang agak jauh dari landasan, dan menyertakan beberapa penduduk tempatan Scottish yang sebenar, ia mencerminkan apa yang ditawarkan Visit Scotland kepada pelawat dan pelancong luar,” jelas kenyataan Visit Scotland to Huffington Post.
Dengan memilih kuda poni Shetland ini sebagai peneraju utama kempen melawat ibu negara Edinburgh, promosi ini serta merta menarik minat pelancong luar dari serata dunia untuk mengenali lebih dekat haiwan itu. Sangat bijak!
Kempen ini juga merupakan sebahagian daripada Year of Natural Scotland, bertujuaan untuk meraikan landskap bersejarah dan semula jadi yang menakjubkan, hidupan liar yang mengagumkan, seni yang diilhamkan oleh alam semula jadi serta makanan minuman tempatan.
Jadi, adakah korang terbayang mahu melawat Manchester-Edinburgh-London nanti?
Sumber: Visit Scotland
