sri lanka

Apa menarik tentang negara yang terkenal dengan jolokan ‘Island of Jewellery’ ni?

Menurut perkongsian Izzudin Pauzi berdasarkan pengalamannya sendiri mengembara ke Sri Lanka tahun 2022, terdapat empat ‘point of view’ (POV) iaitu;

  • Negara yang sangat cantik
  • Negara yang sangat bersih
  • Rakyat Sri Lanka peramah
  • Destinasi ‘murah’ untuk rakyat Malaysia

Izzuddin Pauzi, seorang pengembara muda yang meletakkan sasaran mesti lawati 30 buah negara sebelum memasuki usia 30 tahun berkongsi coretannya melancong ke negara yang terletak di hujung selatan India.

Sri Lanka terkenal dengan pengeluaran batu pertama mineral sejak 2,000 tahun lalu malah ia merupakan sumber ekonomi terpenting dalam negara itu.

Negara ini memiliki kepadatan kira-kira 22.16 juta (2021) penduduk serta kedudukan geografinya yang strategik di Lautan Hindi membuatkan negara pulau ini menjadi tumpuan perdagangan.

Menyentuh dari kawasan tanah tinggi hingga ke pantai selatan di Sri Lanka, saya yakin negara ini bukanlah destinasi utama untuk dilawati buat rakyat Malaysia, walaupun buat diri sendiri.

Jadi bila sudah sampai di sini, saya tak letak any expectation pun kat negara ni khususnya bila saya mengembara solo backpacking untuk trip ni. But it turns out, saya lebih enjoy spent masa berada di Sri Lanka berbanding negara Eropah yang pernah dilawati sekitar 2022.

Benar, ia dua benua yang berbeza tapi Sri Lanka lagi menarik. Siri solo backpacking saya bermula di Colombo, sebuah bandar terbesar di Sri Lanka dengan populasi sekitar 2 juta penduduk. Aktiviti utama adalah Red Mosque, Pettah Market, Gangaramaya Temple dan Lotus Tower. Makanan halal pula mudah dicari di sini. Sejujurnya saya berasa selamat, alhamdulillah.

Cuma pickpockets ada as usual, boleh guna uber atau pickMe untuk transportation. Dan terasa sangat mixed feelings terhadap kehidupan masyarakat tempatan di sini kerana krisis ekonomi yang mereka sedang alami. (InsyaAllah saya akan share di posting lain). Bab cuaca sama seperti Malaysia, masa lewat 2 Jam 30 minit berbanding negara kita.

Tips? not much, bargain kalau nak naik tuktuk and just have fun. First day menginap dekat hostel C1 Colombo Fort, kira kawasan orang kaya ‘elit’ di bandar. Next to Presidential Palace (Jun 2022 rakyat Sri Lanka masuk rumah President sewaktu demonstrasi).

Untuk rakyat Malaysia ke Sri Lanka perlukan visa pelancong bagi membenarkan kita berada di sana selama 30 hari, range harga visa dalam 50 USD (subjektif).

Red Mosque/Jami Ul-Alfar Mosque
Jami Ul-Alfar Mosque
Pettah Market
Pettah Market
Lotus Tower

Usai satu hari di Colombo, saya teruskan perjalanan ke Kandy, Nuwara Eliya, Ella dan Mirissa.

Sebelum ke Sri Lanka, “highlight of the trip” saya adalah hiking ke Lion’s Rock. tapi disebabkan cuaca tak mengizinkan, terpaksa skip kali ni. Aktiviti saya tertumpu di Central highlands dan South Coast.

Day 2: Kandy (Cultural capital of Sri Lanka, bandar terakhir dijajah oleh British)

Dari Colombo ke Kandy, perjalanan keretapi mengambil masa 4 jam dan please expect some delay.
– Buddha statue (untuk dapatkan view Kandy dari atas bukit)
– Kandy Lake
– Kandy town
– Kandy Royal Botanical Garden
– Tooth Buddha Relic Temple

Day 3: Nuwara Eliya

– Wajib ambil train dari Kandy ke Nuwara Eliya, perjalanan sekitar 3 jam
– Honest opinion: tempat ini merupakan bandar paling tinggi di Sri Lanka, cuaca cukup sejuk
– Boleh juga diibaratkan seperti Cameron Highland cuma tiada aktivit menarik selain tea plantation dan waterfall which both of them ada juga di Ella
– Nuwara Eliya town (bandar kecil)
– So saya rasa boleh skip dan teruskan perjalanan train ke Ella

Day 4: Beautiful scenery of train ride to Ella 🚂

– Kalau boleh dapatkan window seat, sediakan playlist yang best dan enjoy the view
– Perjalanan sekitar 4 jam. Ambil 3rd class, nak lagi padu, ambil slow train instead of express train. Reason: dapat experiencing local scene naik train
– Sewaktu dalam train ni, saya dapat peluang untuk berbual dengan locals tentang macam mana economic crisis di sini affecting their life
– Saya akan share pada posting yang lain. Honestly, perkongsian mereka sangat menyedihkan
– Sampai je Ella, letak beg di hostel, makan petang dan terus berjalan ke Nine Arches Bridge, and it was soooooo beautiful

Dari Colombo ke Kandy
Train ride to Ella

Nine Arches Bridge
Kawan kembara solo di Nine Arches Bridge

Day 5: Adventurous activities in Ella

– Bermula dari Ravana falls dan hiking ke Diyaluma falls (sejam dari Ella town). The view was so breathtaking
– Diya Pokuna Cave, caving selama 80m ke bawah dan mandi di pool berwarna biru
– Cahaya di dalam sangat gelap (torchlight disediakan) dan rasa panas bahang sepanjang caving
– Explore bandar kecil Ella

Day 6: Sunrise di Ella 🌄

– Jam 4 pagi keluar dari hostel untuk hiking selama 2 jam ke Ella’s Rock untuk view sunrise
– Laluan mendaki agak susah, steep agak tinggi tapi sangat berbaloi. Rasa seperti semua masalah terus hilang bila dapat lihat pemandangan secantik itu
– Pergi ke Tea factory, belajar cara tea diproses. Tea merupakan export utama di Sri Lanka, dan main economy selain fabrik
– Naik bus selama 5 jam (siapa yang tak suka naik bas macam roller coaster, saya tak suggest) ke Hiriketiya

Rari Ravana falls -hiking ke Diyaluma falls (sejam dari Ella town)

Diya Pokuna Cave
Hiking selama 2 jam ke Ella’s Rock untuk view sunrise
Ella’s Rock

Day 7: Hiriketiya dan Mirissa (perjalanan sekitar 40 minit)

– Hiriketiya merupakan pantai utama untuk aktiviti surfing dan tarikan pelancong luar
– Seterusnya ke pantai utama di Sri Lanka, Mirissa beach for relaxing activity dan sambut tahun baru

Day 8: Mirissa – Rest day & Me time

Day 9: Galle dan Tahun Baru 2023

– Sewa motor sekitar 2500 Lkr untuk ke historical town, Galle Dutch Fort
– Unawatuna Beach
– Malam tahun baru di pantai Mirissa

Day 10: Negombo dan pulang ke Malaysia

– Ambil bus highway ke Negombo (perjalanan dalam 2 jam 30 minit dan berharga 1800 lkr)
– Negombo bandar paling dekat dengan Colombo Airport (CMB)
– Dengan rasa berat hati, terpaksa meninggalkan negara ini dengan pesawat Air Asia pada jam 12.30 malam

Cerita lain: Tips & bajet percutian keluarga ke Switzerland bersama 3 orang anak

Hiriketiya
Mirissa
Surfing board


Hostel:

Kandy – Kandy Backpacker’s Hostel (2/5) 8USD
Nuwara Eliya – Good Vibe (3/5) 6USD
Ella – Downtown Hostel Ella (5/5) 7USD
Hiriketiya – 15 Bunk (4/5) 8USD
Mirissa – Why Not Hostel (3/5) 10USD & Sun and Moon (4/5) 8USD

Kos:

– Saya beli tiket flight 3 minggu sebelum fly so harganya mahal sikit. Average harga dalam RM1.2k untuk return ticket (AA)
– Total cost termasuk tiket flight, makanan, hostel, transportatio dalam RM2600 untuk 10 hari
– Matawang: Sri Lankan Rupee

Pengangkutan:

– Train pula, kalau nak dapatkan seat, beli la siap-siap online. Kalau tak memang kena berdiri atau tunggu seat kosong
– Harga train sekitar RM2 – RM10 sahaja
– Di Colombo dan South Coast, boleh guna Uber dan PickMe (ada pilihan tuktuk) untuk transportation

Bagi pelancong Muslim, makanan halal sangat mudah didapati di Sri Lanka. So jangan risau nak bawa/spare banyak instant food. Setibanya waktu solat, azan di masjid akan berkumandang. Sri Lanka negara majoriti merangkumi agama buddha diikuti hindu (mostly Tamils) dan seterusnya Islam. Cuaca lebih kurang dekat Malaysia kecuali di kawasan tanah tinggi kena prepare sweater.

InshaAllah nanti saya akan cerita kesukaran dan keperitan rakyat Sri Lanka yang sedang dilanda “economic crisis” dan apa traveler perlu tahu/expect jika berada di sana. Bahaya atau tak? Perlu ke traveler risau terutamanya pergi solo?

Saya banyak kongsikan tip dan panduan berkenaan trip Sri Lanka di Instagram: instagram.com/izzudinpauzi. Terima kasih saudara Izzudin Pauzi. Semoga bermanfaat perkongsian ini buat pengembara di luar sana. 

Izzudin Pauzi

*Bagi mereka yang first time, kembara solo atau kerap travel dengan buddies/family, BackPackerzGO ada nak offer beberapa trip sepanjang tahun 2023.

Info lanjut boleh klik sini – backpackerz.com.my/trip

×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami