- Mokti’s merupakan jenama aiskrim Malaysia milik bumiputera.
- Ais krim ini tidak guna gula putih, diperbuat daripada 95% gula apong dari Sarawak & 5% susu.
- Ingat aiskrim gula apong, ingat Mokti’s.
Siapa sangka daripada angan-angan menjadi kenyataan.
Pengasas Mokti’s Ice Cream Gula Apong, Siti Fatimah Adnan, dia tidak terfikir perniagaannya yang bermula dengan sebuah kedai kecil di Jejawi, Perlis akhirnya berjaya membuka outlet pertama di luar negara.
Gula apong dihasilkan daripada air nira nipah, sejenis pokok palma yang begitu mudah didapati di sepanjang sungai sekitar Sarawak, terutama di Kota Samarahan dan Betong.
Siapa peminat manisan atau desserts mesti pernah cuba Mokti’s, ais krim gelato yang mengetengahkan citarasa ais krim gula apong yang menawarkan rasa manis berlemak dan adunan istimewa.

Ais krim gelato ini diminati semua lapisan masyarakat, baik kanak-kanak mahupun warga emas, kiranya sesuai dinikmati bersama.
Setakat ini perisa Mixed Pandan Apong merupakan menu paling digemari pelanggan dan terlaris di mana- mana cawangan sekalipun.
Mokti’s sudah mempunyai 85 cawangan di seluruh Malaysia bagi memenuhi permintaan peminat ais krim gelato melalui 69 jenis produk.

Berita baik untuk penggemar ais krim gula apong di Malaysia. Mokti’s telah melebarkan sayap franchise dengan membuka cawangan terbaharu di kota Istanbul, Turkiye pada 20 Februari lalu.
Menurut pemiliknya, selepas empat bulan renovate kedai akhirnya Mokti’s Turkiye mula beroperasi secara rasmi di Lüleci Hendek Cad. Hacımimi Mah, Istanbul.
“Yang pertama di luar negara dan bukanlah yang terakhir, InshaAllah.
“Terbang jauh dari Perlis ke bumi Ottoman, MashaAllah. Tak sia-sia tengok series Ertugrul dan Kurulus Osman.
“Terima kasih pada yang mai semalam. Kami saja testing susun meja, susun gelato, alhamdulillah ada yang sudi masuk kedai.
“Mungkin sebab nampak orang Malaysia riuh sangat. Comel sangat budak budak mata biru. Makcik berkenan sungguh”, jelas Siti Fatimah Adnan di facebook miliknya.
Baca lagi: Kembara Balkan dengan pandu sendiri, lelaki ini kongsi pengalaman merentasi 6 negara



Ais krim gelato gula apong ini juga menerima beberapa pengiktirafan antaranya anugerah The Brand Lauteate 2022 sebagai jenama bumiputera terbaik.
Malah pemiliknya juga menerima anugerah Outstanding Young Women Enterprise 2022 pada Ekspo Usahawan Wanita Antarabangsa Sabah (SIWE) 2022.
Tahniah penulis ucapkan. Mana tahu kalau ada travel ke Istanbul nanti boleh lah kita semua singgah dan support cawangan mereka di Istanbul, Turkiye.

Mulai tahun 2023, BackPackerz offer trip kepada kaki backpack, solo traveler atau travel buddies untuk follow backpack dengan kami ke Europe Central (4 negara), Swiss-Germany, Turkiye, Balkan (3 negara) & Scandinavia.