MRT
  • MRT laluan Putrajaya adalah projek kedua MRT Lembah Klang.
  • Kejayaan laluan baharu ini beri manfaat kepada dua juta pengguna.
  • Perdana Menteri umum tambang percuma MRT laluan Putrajaya hingga 31 Mac 2023.
  • Kredit foto: Sadiq Asyraf | Pejabat Perdana Menteri

Saat yang dinanti-nantikan akhirnya tiba. Keseluruhan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya dari Kwasa Damansara sehingga Putrajaya Sentral akan mula beroperasi dari jam 3 petang, 16 Mac 2023 (hari ini). 

Laluan perkhidmatan awam yang bermula dari Kwasa Damansara ke Putrajaya Sentral adalah kesinambungan projek MRT Lembah Klang yang bakal memberi kelegaan buat dua juta pengguna dan penduduk sekitar Lembah Klang yang akan menerima manfaatnya.

Senarai stesen laluan Putrajaya

Keseluruhan laluan tersebut akan merangkumi jarak 57.7 kilometer yang terdiri daripada 36 stesen bermula Kwasa Damansara ke Putrajaya, meliputi kawasan kepadatan tinggi dan sesak seperti Bandar Sri Damansara, Kepong, Batu, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Tun Razak, Persiaran KLCC, Kuchai Lama, Seri Kembangan, Cyberjaya dan akhir sekali, Putrajaya. 

Bagi yang pertama kali ingin mencuba perkhidmatan Transit Aliran Massa ini, korang perlu tahun laluan ini menawarkan 10 stesen pertukaran dan sambungan di sepanjang jajaran 17 stesen. Kemudahan letak kereta dengan jumlah 5,870 ruang parkir turut disediakan. 

Warga kota kini boleh memanfaatkan perkhidmatan laluan baharu ini untuk rancang percutian, ulang alik kerja mahupun ke kampus atau universiti lebih efektif kerana ianya penyelesaian mobiliti dari pusat bandar Kuala Lumpur hingga ke Putrajaya. 

YAB Dato’ Seri Perdana Menteri dengan berbesar hati telah mengumumkan tambang percuma bagi penumpang yang masuk atau keluar di mana-mana 36 buah stesen disepanjang laluan ini termasuk perkhidmatan bas perantara bagi stesen-stesen MRT Laluan Putrajaya tersebut mulai jam 3 petang hari ini sehingga 12 tengah malam, 31 Mac 2023.

Foto: SADIQ ASYRAF/Pejabat Perdana Menteri

Melalui Belanjawan 2023, Kerajaan telah bercadang untuk meneruskan Insentif Pas Bulanan Tanpa Had (My50) untuk manfaat hampir 180,000 pengguna dengan peruntukan RM115 juta.

Laluan MRT yang menghubungkan Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan kawasan sekitar Lembah Kelang ini dijangka akan mencatat jumlah penumpang harian yang melebihi 100,000 orang dalam tahun pertama pembukaannya.

Seiring dengan pembukaan penuh ini, perkhidmatan bas perantara akan dilancarkan bagi menyokong operasi. Perkhidmatan bas perantara MRT Laluan Putrajaya ini melibatkan 92 buah bas dan mempunyai sebanyak 31 laluan yang meliputi kira-kira 350km.

BACA LAGI: Tawaran Istimewa Hari Raya, AirAsia Lancar Tambang Tetap Serendah RM199 ke Sabah Sarawak

Foto: IZZUDDIN ABD RAZAK| BERNAMA

Terima kasih Kerajaan atas keperihatinan terhadap aspek pengangkutan awam yang menjadi solusi kepada masalah kesesakan jalan raya. 

Mana tahu nak try hujung minggu ni naik MRT laluan baharu ke MATTA Fair Kuala Lumpur yang bertempat di MITEC dari 17 Mac-19 Mac 2023.

INFO

  • Nak ke Istana Budaya nanti boleh stop dekat stesen Hospital Kuala Lumpur.
  • Nak ke KLIA pun boleh, ambik KLIA Transit dekat Putrajaya Sentral Stesen.
  • Nak ke Kompleks Kraf boleh turun di Stesen Conlay (MRT Line 2).

MRT
Bergambar di hadapan Big Ben, London, UK semasa trip BackPackerzGO Eropah Central

Untuk tahun 2023 ni BackPackerz organize trip ke beberapa destinasi tumpuan – Balkan, Switzerland, Turkiye, Scandinavia dan Eropah. Kami travel dalam small group, yang penting semua fun, ada guide teman whole trip, semua jenis sempoi dan takda kaki ‘spoil’. 

Trip kami terdekat ada TIGA iaitu;

  • Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 27 April – 5 May 2023 
  • Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 5 May – 13 May 2023 
  • Eropah Central (Germany-France-Belgium-Netherlands) | Date: 15 May – 23 May 2023 
  • Nak tahu info lanjut, nak tanya apa sahaja boleh roger team kami – Danial | Diba | Nasrullah atau tekan je ikon hubungi kami berwarna hijau. 

 

×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami