backpackerz

Ini pertama kali aku nak travel solo ke luar negara, ikut trip BackPackerz.

Sebelum ni yang aku tahu dorang ni aktif sebagai media pelancongan yang banyak share pasal trip dalam Malaysia.

Jadi, aku fikir its right thing to do bila aku tak ada cuti yang banyak, dan obviously, kawan-kawan aku pun susah nak ambil cuti sekali.

Antara yang agak memudahkan aku bila backpack dengan BackPackerz ni satu adalah planning. 

Dengar macam biasa je tapi tu perkara paling penting bila kita nak travel dengan sesiapa sebab flight, route, penginapan, makanan, kenderaan dan juga masa aktiviti ni semua akan mempengaruhi mood bila kau travel.

Tak kisah lah kita melancong dalam negara ke oversea ke, kalau planning trip ke laut, memang tak syok lah suasana sepanjang percutian tu. Ni aku sembang berdasarkan pengalaman. 

Aku dengan travel buddy lain, jumpa kat trip BackPackerz

Mesti korang pernah rasa ‘potong’ kan bila plan nak berjalan dengan geng dah dengar bertahun tapi tak gerak lagi. Nak buat itinerari pun krik, krik. Jadi, aku travel lah solo follow trip BackPackerz ni, tengok dorang update kat Facebook macam sempoi je. 

FLIGHT

Pilihan yang dorang buat bila ambil flight yang ada transit, lebih menjimatkan. Flight tiket ni memang mahal ooo sekarang. Ada bonus jugak kat sini. Aku dapatlah merasa transit 9 jam kat Dubai, aku plan nak keluar town dia. 

Masa di Malaysia kami semua berkumpul di KLIA, masa aku fly trip Europe Central ni, aku naik Turkish Airlines. Ada 15 orang kesemuanya, dari seluruh pelusuk tanah air- KL, Selangor, Pahang, Sabah dan Sarawak. Ada yang baru pertama kali nak ke luar negara, ada yang seasonal traveler.

Semua sekepala, seronok. Masa ni kat Byward Tower, London

Semua mesra dan macam dah lama kenal bila berjumpa. Maybe vibe traveler kot, yang buat mereka ni boleh masuk dalam apa jua keadaan. Tu satu nikmat juga bila travel dengan geng sekepala.

Tips – Bab transit ni kena selalu tengok waktu dan juga masa nak tukar flight. Benda ni boleh pengaruhi mood travel korang juga. So kena pandai sesuaikan diri, mingle dengan trip members yang lain. Tau-tau nanti dah ada kat tepi Burj Khalifa.

backpackerz
Selfie dulu depan Burj Khalifa
Layan transit dekat Dubai

TRANSPORTATION

Dekat 4 negara ni, ada banyak pilihan mod pengangkutan. Public dan private vehicle. Masing-masing ada kelebihan. Masa trip aku, guide yang ada masa trip BackPackerz ni guna private MPV (Merc beb). 

Sebab senang naik MPV ni, selesa dan luas untuk trip members yang lain. Lagi satu senang nak bergerak satu tempat ke satu tempat lain, boleh singgah je tempat yang tak dapat dicapai dengan public transport. Hah good choice kan. 

ROUTE & AKTIVITI

Bab ni subjektif sikit tapi bergantung pada apa kita nak capai. Negara yang kita pilih pun berdasarkan apa kita nak tengok kan. Macam trip aku ni bergerak dari Kuala Lumpur-Dubai (transit)-Paris-London-Brussels-Amsterdam.

Tips – Jadi plotkan mana nak pergi dan apa nak buat guna google map. Kirakan sekali berapa harga aktiviti yang kita akan bayar dan kalau boleh cuba cari alternatif untuk dapatkan diskaun.

  • Day 1 – KLIA-Bertolak ke Heathrow
  • Day 2 – Tiba Heathrow
  • Day 3 – London tour
  • Day 4 – London – Paris
  • Day 5 – Paris tour
  • Day 6 – Paris – Brussel – Amsterdam
  • Day 7 – Amsterdam tour
  • Day 8 – Berlepas dari Schipol Airport
  • Day 9  – Tiba Kuala Lumpur
Eiffel Tower
Waktu solat pun ada, masa ni di La Grande Mosquee de Paris

PENGINAPAN

Bergantung juga pada keutamaan kita. Kalau nak luxury pun ada, nak standard pun ada. Sebab dekat 4 countries ni ada hotel, motel, AirBnB dan juga campsite. Aku lebih gemar AirBnb sebab aku suka duduk dekat dengan local, sama dengan trip members yang lain.

MAKANAN

Dekat Eropah ni memang dah terkenal dengan mahalnya negara ni. Jadi kita tak boleh nak lari lah, tapi kita kita boleh kawal perbelanjaan dengan bawa makanan dari Malaysia.

Kalau tempat menginap tu ada kitchen, dah boleh prepare makanan yang simple simple. Tapi kedai halal tetap ada kalau nak makan luar. Bergantung lah ikut bajet korang nak yang macam mana. 

GO SLOW

Bila travel gaya backpack ni kita tengok juga. Ada masa laju, ada masa kita slow. Bukan la touch n go, tapi bagi aku takdalah santai sangat sampai naik boring. 

Tips – Jangan nak kejar OOTD sampai lupa masa nak enjoy moment. Tak apa tak ada gambar cun, tapi pengalaman tetap terpahat sampai bila-bila. Tapi kalau ada gambar cun, lagilah bonus untuk kita kenang sambil tengok gambar tu.

Kalau segan nak pose, guide nanti boleh tolong. Gambar tu korang boleh ‘racun’ geng-geng lain yang kuat sembang.

Korang takda geng pun boleh je join trip BackPackerz ni. Aku boleh je mingle dengan yang lain, siap dapat kawan baru kat Instagram. *hehe

BACA LAGI: Pengembaraan 3 Sahabat ke Eropah Selama 2 Minggu, Dikongsikan Kos Harian Secara Detail & Tips Berguna

Masa ni kat Arc de Triomphe, Paris

BUDGET

Sesungguhnya travel dengan grup BackPackerz ni lebih jimat.  Sebab dia senang je, aku takdelah masa nak uruskan sangat hal-hal yang sampai detail ni. 

Nasib aku jumpa BackPackerz. Dorang ni bila buka trip ni, diorang buat style travel buddies. Dorang bantu lancarkan percutian aku dan pengembaraan kita jadi lebih fokus. 

Apa-apa hal, dorang ada bantu mudahkan urusan. Pax number kecil sahaja, tapi tetap meriah!  Kos travel pun memang dapat lah jimat. Jangan risau, takyah drive, tak perlu jadi co-pilot, semua dorang yang handle, dorang guide, dorang juga driver.

Haha selesai masalah aku. Mana aku nak pergi, bagitahu je nanti awal dalam grup. Tapi mesti plan siap-siap, discuss dengan yang lain. Itu je, lain-lain tak payah pening.

Louvre Pyramid, Paris

Untuk perjalanan aku backpack ke Europe Central merentasi 4 negara ni dengan BackPackerz, harga trip RM6,977. 

Harga dorang ni termasuk tiket flight (return), penginapan, ground transportation dan guide yang setia menemani. So takdalah aku dan yang lain lost, terpinga-pinga selama 9 hari 7 malam kami mengembara ke bumi Eropah.

Aku cuma prepare bajet makan, travel insurans dan duit poket untuk masuk tempat-tempat yang dikenakan entrance fees.

Tapi apa-apa pun pilihan dekat tangan korang. Aku dah merasa trip BackPackerz GO Europe Central. Ni aku kongsi pengalaman sendiri, trip memang layan dan insyaAllah aku nak repeat.

Bila dah ada bajet untuk trip seterusnya, mungkin next follow dorang ke Scandinavia ke, Turkiye ke tak pun Korea.  

Alhamdulillah, peluang aku kembara ke Eropah untuk 2023 sudah tercapai. Till next trip amigos! – Adil Danial, Damansara

Zaanse Schans Windmills Village, Amsterdam

MENGENAI TRIP BACKPACKERZ GO

De Gekroonde Poelenburg – Windmill in Zaandam

Untuk tahun 2023 ni BackPackerz organize trip ke beberapa destinasi tumpuan – Balkan, Switzerland, Turkiye, Korea, Scandinavia dan Eropah. 

Kami travel dalam small group, yang penting semua fun, ada guide teman whole trip, semua jenis sempoi dan takda kaki ‘spoil’. 

Trip kami terdekat ada TIGA iaitu;

  • Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 27 April – 5 May 2023 
  • Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 5 May – 13 May 2023 
  • Eropah Central (Germany-France-Belgium-Netherlands) | Date: 15 May – 23 May 2023 
  • Nak tahu info lanjut, nak tanya apa sahaja boleh roger team kami – Danial | Diba | Nasrullah atau tekan ikon hubungi kami.
×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami