Sedia maklum sektor pelancongan kembali meriah dan rancak di serata dunia. Malaysia juga tidak terkecuali.
Tengok sahaja perkongsian dalam media sosial kita mahupun kenalan pasti ada yang menceritakan keseronokkan travel dalam negara mahupun luar negara.
Bagi peluang untuk mereka meraikannya dan bercuti selepas hampir dua tahun dihimpit wabak Covid-19 yang menyebabkan semua orang terperap dalam rumah.
Tekanan, kemurungan, kesedihan akan menjadi ‘pendamping’ seandainya diri gagal mengawal emosi. Jadi enjoy life korang sebaiknya. Dunia belum berakhir.
Kalau korang perhatikan sekarang, trend melancong selepas pandemik ini ada sedikit perubahan. Tidak hanya tertumpu pada percutian mewah, aktiviti perkhemahan dan travel solo sudah menjadi pilihan sejak kebelakangan ini.
Sempena sambutan Hari Wanita Sedunia, penulis ingin menyentuh mengenai keselesaan sesetengah wanita yang memilih untuk mengembara secara solo.
Risiko tetap risiko tidak kira dimana sahaja tetapi ia lebih kepada kepuasan diri, tidak terikat, hassle free dan banyak lagi kelebihan apabila memilih melancong solo.
Menurut tinjauan yang dipetik oleh syarikat perkhidmatan keselamatan dan kesihatan terkemuka di dunia, International SOS, sebanyak 88 peratus wanita mengatakan mereka agak terancam atau berasa tidak selamat semasa dalam perjalanan; dan 12 peratus wanita diserang atau diancam secara fizikal.
Sementara itu, hasil tinjauan Persatuan Perjalanan Perniagaan Global (GBTA) terhadap 503 pengembara perniagaan wanita mendapati bahawa 83 peratus responden mengalami kebimbangan atau insiden berkaitan keselamatan.
Manakala 90 peratus menunjukkan kebimbangan keselamatan mempengaruhi cara mereka menghabiskan masa lapang dalam perjalanan perniagaan.
Namun kaum wanita tidak perlu terlalu risau (tak risau sangat pun tak boleh), seimbangkan risiko tersebut dan lebih bersedia sebelum merancang pengembaraan solo.
Tip perjalanan untuk membantu minimumkan risiko dan rujukan traveler wanita agar perjalanan lebih selamat dan kita pun enjoy travel solo!
1) Berhati-hati dengan norma, budaya lokasi dituju
Membuat sedikit carian dan penyelidikan terhadap destinasi pelancongan sebelum ketibaan adalah penting, walaupun ia hanya untuk satu malam atau sekadar singgah sebentar.
Maklumat yang paling penting untuk diketahui tentang sesuatu lokasi ialah norma budaya, di mana ia dibentuk oleh penganut agama majoriti di negara yang dituju.
2) Peka terhadap kod pakaian & hormati maruah diri
Kebanyakan negara mempunyai idea berbeza tentang cara wanita harus berpakaian dan berkelakuan. Orang akan membuat andaian mengenai anda berdasarkan apa yang anda gayakan.
Walaupun anda tidak bersetuju dengan adat tertentu, namun ia akan menjadikan perjalanan anda lebih menyeronokkan sekiranya menghormati budaya tempatan.
Lebih baik menghormati maruah diri dan agama agar ia bantu menyelamatkan diri daripada terdedah ancaman dan gangguan seksual.
Baca lagi: 9 tips menabung untuk melancong, senang & tak membebankan
3) Beri perhatian pada nasihat keselamatan am
Antaranya, memulakan perjalanan pada waktu siang; jangan memakai barang kemas mahal, berjenama pada anggota yang jelas kelihatan; berwaspada dengan barangan peribadi.
Jika anda berasa sangat gementar di bandar yang tidak dikenali, pastikan tidak berjalan di kawasan sunyi, lorong gelap dan persekitaran yang mengundang bahaya.
4) Penjagaan kesihatan
Pastikan anda membawa ubat-ubatan yang mencukupi jika anda bergantung kepada perubatan, produk kebersihan kewanitaan dan suplemen, kontraseptif untuk bertahan sepanjang perjalanan.
5) Percaya naluri
Salah satu ‘senjata’ terpenting yang kita semua ada ialah naluri. Ada orang selalu cakap naluris seorang perempuan selalu tepat. Jika anda berasa tidak sedap hati, ikutlah naluri dan bertindaklah sewajarnya.
Kalau naluri rasa kawasan tu membahayakan, segera keluar dari situasi berkenaan.
6) Travel solo tapi jangan senyap
Sentiasa mengekalkan hubungan dengan rakan rapat atau keluarga semasa melancong bersendirian.
Maklumkan pada individu berkenaan tentang lokasi anda dan berikan mereka gambaran menyeluruh tentang rancangan anda seperti lokasi penginapan, jadual itinerari dan mod pengangkutan.
Maka tidak hairan lah semakin ramai yang selesa travel solo bagi mengumpul pengalaman, menghayati perjalanan tanpa gangguan orang lain serta berkemungkinan trip solo ini lebih adventure tapi mengujakan.
Sukacita diingatkan, travel solo atau tidak tetap terdedah dengan risiko cuma atas diri kita untuk mengawal situasi sebaiknya mengikut perancangan asal yang sudah dibuat.
Untuk tahun 2023 ni BackPackerz buat trip ke beberapa destinasi tumpuan contohnya ke Balkan, Switzerland, Turkiye, Scandinavia dan Europe.
So ladies, mana yang nak travel solo join kami pun boleh, nak ajak kawan korang jadi travel buddy sangat sesuai. Kami travel dalam small group, yang penting semua fun, sempoi dan takda kaki ‘spoil’.
- Trip terdekat ke Central Europe cover Germany-France-Belgium-Netherlands (4 negara ya).
- Date 15 Mei sehingga 23 Mei 2023.
- Info lanjut boleh roger team BackPackerzGO klik sini – Europe Central atau tekan je ikon hubungi kami berwarna hijau tu.