Gundam
  • Gundam Factory Yokohama menampilkan RX-78F00 Gundam setinggi 18 meter, 24 cantuman & berat 25 tan.
  • Ikon Gundam ini pernah diumumkan akan ditutup untuk selama-lamanya pada 31 Mac 2023.
  • RX-78-2 Gundam pertama kali muncul dalam siri animasi Jepun Mobile Suit Gundam 1979.

Berita baik untuk peminat Gundam dan pelancong yang sedang menghitung hari untuk menempah tiket ke Tokyo bagi menyaksikan patung gergasi.

Gundam setinggi 18 meter ini merupakan salah satu tarikan paling mengagumkan yang pernah dibangunkan di Jepun.

Dipamerkan di pelabuhan Yokohama Yamashita, robot gergasi itu merupakan tarikan utama bagi sesiapa sahaja yang melawat kilang itu.

Gundam
Gundam Factory Yokohama/Foto – Hidefumi Ohmichi

Kehadiran robot gergasi itu adalah keajaiban kejuruteraan moden dan impan menjadi kenyataan untuk peminat Gundam di seluruh dunia.

Pembangunan projek itu bermula sejak 2014 dan Gundam Factory Yokohama itu akhirnya dilancarkan pada Disember 2020.

Sebelum ini dikhabarkan bahawa tarikan itu hanya sementara, bermakna ia hanya akan dibuka untuk seketika buat tatapan pelancong mahupun peminat siri animasi Gundam.

Daripada tarikh asal seperti yang dirancang akan ditutup pada akhir Mac 2023, Gundam Factory Yokohama akan dibuka sehingga 31 Mac 2024.

Lanjutan tempoh tersebut sudah pasti bakal melegakan peminat robot ini di luar negara yang tidak dapat melawat robot itu kerana sekatan perjalanan yang dikenakan semasa wabak Covid-19.

Baca lagi: Travel ke Jepun, 15 tips mudah buat pertama kali

RX-78F00 Gundam/Foto – Hidefumi Ohmichi

Tiket lawatan hingga 15 Mac 2023 kini tersedia untuk pembelian dalam talian dengan harga ¥1,650 bagi dewasa dan ¥1,000 bagi kanak-kanak.

Terdapat juga rancangan untuk terus menganjurkan aktiviti seperti persembahan lampun “Moving Gundam” pada waktu malam ketika musim bunga (spring) nanti.

Dicipta oleh artis animasi Jepun, Yoshiyuki Tomino dan studio animasi Sunrise, siri berkenaan menghasilkan francais bernilai jutaan dolar termasuk replika, filem animasi, novel dan beberapa siri animasi.

Gundam dock/Foto – Geek Culture
Foto: Gundam Factory Yokohama

Ini adalah robot Gundam bersaiz gergasi di Jepun. Robot pertama dipamerkan di tepi laut Odaiba, Tokyo pada tahun 2009, sebelum diganti dengan patung Gundam yang lain pada tahun 2017.

Dengan lampu LED yang berkelip, anggota badan yang bergerak dan keupayaan untuk ‘melarikan’ diri dari dok, robot gergasi ini merupakan tarikan dan keajaiban untuk peminat anime serta pelancong luar yang datang ke Yokohama, Jepun.

Sumber: Timeout


Trip BackPackerz GO di Colmar-Alsace, Paris

Start tahun 2023, BackPackerz offer trip kepada kaki backpack, solo traveler atau travel buddies untuk follow backpack dengan kami ke Europe Central (4 negara), Swiss-GermanyTurkiyeBalkan & Scandinavia. You name it, we go backpack together! 

×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami