Sri Lanka
  • Sri Lanka adalah salah satu negara yang paling seronok yang pernah saya lawati – Izzuddin Pauzi
  • Kaya dengan tarikan kawasan tanah tinggi, pantai & keramahan masyarakat.
  • Sri Lanka merupakan sebuah negara yang dihimpit krisis ekonomi, gangguan extremism & separatist.

Sering membelenggu fikiran pengembara serata dunia termasuk Malaysia sendiri, adakah Sri Lanka negara yang bahaya untuk kembara secara solo?

Tambah pula tekanan krisis ekonomi membuatkan Sri Lanka kelihatan seolah sebuah negara yang kurang mesra pelancong luar. Adakah persoalan ini benar dari sudut pengembara yang sudah menjejakkan kaki ke sini?

Jadi, penulis tertarik dengan perkongsian Izzuddin Pauzi yang bercerita mengenai pengalamannya sendiri sewaktu backpackers solo di Sri Lanka.

Bersama local traveler di Sri Lanka

“Posting ini bukan lah untuk travel tips semata mata, tapi lebih kepada pemerhatian saya sewaktu mengembara solo di bumi Sri Lanka.

Perkongsian saya tentang Sri Lanka sebelum ini boleh dirujuk di sini;

Baca lagi: Remaja ini solo backpacker melihat sisi berbeza Sri Lanka selama 10 hari

Memang betul, 10 hari sudah pasti tidak cukup untuk merasai nikmat sebenar keindahan bumi Sri Lanka, tapi memadai untuk saya pelajari situasi yang sedang dialami oleh rakyat di sana.

Untuk fahami masalah yang dihadapi oleh rakyat Sri Lanka, ianya bermula dari pelbagai terrorist attacks terutamanya suicide bombing di sana.

Belum pulih dengan perang saudara sepenuhnya dan gangguan Islamism extremism dan separatist, wabak Covid pula melanda teruk di negara itu.

Muslim family di Sri Lanka
Street market

Tidak cukup dengan bahana itu, masalah ekonomi pula menghentam negara kepulauan ini sehinggakan rakyat bangkit dengan protes dan menyerbu masuk rumah presiden pada tahun 2022.

Jujur saya katakan, saya sudah travel ke 22 negara (dan masih lagi menghitung), Sri Lanka adalah salah satu negara yang paling best yang pernah saya lawati (boleh nampak effort saya untuk menulis di posting ini).

Dari kawasan tanah tinggi hingga ke kawasan pantai, semuanya indah belaka.

Sunset di Mirissa Beach

Betul lah petikan sang pengembara yang menyebut:

The world is a book and those who do not travel read only a page.

Jurang kekayaan bagi penduduk tempatan sangatlah jauh. Bila berada di sekitar Colombo 1, penuh dengan bar dan club dan kereta kereta dari Eropah.

Tetapi bila menaiki train, view dari tingkap keluar dari Colombo boleh nampak banyak “slum area” sehingga ada banyak rumah yang tidak ada bumbung.

Apa impak economic crisis kepada tourist?

1. Harga barang meningkat 3 kali ganda, tetapi bagi rakyat Malaysia pasti akan rasa harga barangan di sana masih lagi murah.

2. Bekalan petrol dan ubat tidak mencukupi.

People I’ve met from hostel and we decided to travel together
Greco-Roman architecture building in Colombo

Pada kemuncak economic crisis pada pertengahan tahun 2022, rakyatnya tidak ada petrol untuk diisi dan roti pula tidak mencukupi sehingga makan juga dipotong kepada satu kali sehari disebabkan harganya terlalu mahal bagi rakyat di sana.

Ada catuan untuk petrol bagi rakyat Sri Lanka. Limit 20L untuk sebuah kereta dan 4L untuk sebuah motorsikal setiap minggu, dan setiap orang yang mahu mengisi petrol, perlu tunjuk kan QR code.

Jadi macam mana nak sewa kenderaan di sana dan mengisi minyak? Caranya ialah dengan membayar minyak lebih dari harga asal.

Contohnya, harga satu liter 300LKR, jadi perlu bayar serendah 600LKR sekiranya tiada QR code. Itu pun masih ikut kepada budi bicara pekerja di sana. Kalau boleh nego untuk lagi murah then itu rezeki anda.

Dan bersedia di mana tiada bekalan petrol di stesen minyak, jadi perlu pergi kedai ke kedai untuk dapatkan petrol.

The famous nine arches bridge
Street market

Berdasarkan pengalaman saya, kami bayar 500LKR untuk setengah liter untuk tuktuk yang disewa oleh rakan satu hostel saya. Cukup untuk tahan sehingga esok hari dengan harapan petrol kembali ada di stesen minyak.

Satu perkara perlu tahu, scammers and pickpockets are everywhere on the streets especially in a crowded area. Jadi hal sebegini pasti berlaku di mana-mana.

Tips untuk kekal selamat di Sri Lanka:

1. Stay vigilant

2. Always aware of your surroundings

3. Be friendly, but not too generous

Bagi siapa yang ingin menaiki train, jika mahu beli secured seat, perlu lah beli dari awal secara online di sini; https://seatreservation.railway.gov.lk/mtktwebslr/

Atau boleh sahaja walk-in di stesen train untuk membeli tiket tetapi tiada jaminan untuk dapatkan seat, kalau penuh pasti menghampakan. Jadi lebih baik sediakan payung sebelum hujan. 

Pendapat saya, beli lah 3rd class atau 2nd class untuk dapatkan “air breeze” di kawasan tanah tinggi sekiranya menaiki train ke Ella (duduk di sebelah kiri untuk view yang cantik).

View dari dalam train
A history buff security guard

Secara am, saya rasa Sri Lanka sangat safe untuk travel, rakyatnya pula sangat peramah dan “welcoming”.

Hampir setiap perjalanan saya dalam train sewaktu di Sri Lanka, saya sempat bertanya khabar dan fahami kesusahan yang dialami oleh rakyat di sana.

Antara ayat yang saya ingat dari mulut mereka, “we are the victims of a bad government”. Saya juga sempat bertanya, “Is there a hope for future generation in this country?”, ayah kepada 2 orang anak menjawab, “Yes, i believe in that”.

Sangat eye-opening bila dengar cerita mereka. Sedih bila tak sempat habis bertukar pendapat, train sudah sampai di stesen destinasi yang dituju.

Perbualan jadi tergantung… and I know there’s a high possibility that I won’t be able to meet them again.

Ella’s rock

Anyway, I hope and pray for things to be better for people in Sri Lanka.

Saya jenis yang bila sudah visit this one country, saya tidak akan consider pergi ke tempat yang sama lagi sebab ada banyak lagi negara lain untuk dilawati.

Tetapi, saya letak pengecualian untuk Sri Lanka. Kalau ada rezeki lebih, inshaAllah akan visit lagi. Sri Lanka is indeed a beautiful country to revisit. 

I share more tips and information regarding my Sri Lanka trip on my Instagram: https://www.instagram.com/izzudinpauzi.

Sekiranya ada soalan, tanyalah saya. Sangat recommend untuk pengembara tegar untuk melawati negara ini untuk merasai sendiri situasi sebenar selepas pandamik dan mengamati rutin harian penduduk Sri Lanka. 

Semoga bermanfaat perkongsian Izzuddin Pauzi dan memberi sedikit gambaran sebenar bagaimana kebangkitan Sri Lanka selepas dilanda pelbagai kesempitan berpunca dari ketidakstabilan politik, tekanan kuasa besar, krisis ekonomi dan jurang pendapatan.

Palm tree hill

Trip BackPackerzGO ke Europe Central Januari lalu

Mulai tahun 2023, BackPackerz mula offer trip untuk kaki backpack, solo traveler atau travel buddies 1-2 orang untuk follow backpack dengan kami. 

Info lanjut boleh tekan icon hubungi kami/klik sini – Pilihan Trip Anda

×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami