switzerland

Teruja penulis membaca coretan seorang wanita yang mengembara ke Switzerland secara Do It Yourself (DIY).

Ada orang tak mampu nak travel tapi bila baca catatan terperinci mengenai sesebuah negara yang belum pernah dijejaki, dapat rasa ‘feeling’ yang dikongsikan.

Cuma pengalaman untuk berada di sana masih belum kesampaian, insyaAllah tertulis rezeki nanti pasti ke berkelana ke bumi Switzerland.

Apa yang dikongsikan ini tidaklah tertumpu kepada itinerari tetapi lebih kepada panduan, rujukan serta nasihat berdasarkan perjalanan yang ditempuh sepanjang 16 hari 15 malam.

Public transport

Pengangkutan awam di Swiss sangat bagus. Kita selalu dengar ramai pengembara yang puji sistem pengangkutan di sini. Senang nak bergerak ke mana-mana, hanya dengan naik kereta api, bas dan tram. Semua connected. Tak pening kepala. Masa pun tepat pada waktunya, boleh rujuk google maps.

Ada train yang tiap koc dia pintu satu, sempit dan bertangga. Jadi kalau macam kami yang travel DIY ni memang masak jugalah nak angkut beg naik tangga lalu pintu sempit tu.

Matterhorn train
SBB train
Bus stop di Bern

Konsep bayar & shopping 

Rata-rata kedai dekat Swiss mengamalkan konsep pembayaran cashless. Boleh bayar pakai kad tanpa ada duit cash. Kami guna Bigpay all the time.

Convenient store dia yang utama ada empat iaitu Coop, Migros, Kiosk dan Avec. Ini mengikut pemerhatian aku sepanjang di sana. Kalau nak shopping, harga barang kat sini tak berapa nak murah. Maklumlah Switzerland kan, dalam erti kata lain, mahal.

Fridge magnet paling murah pon CHF3.90 di Interlaken, lebih kurang RM19. Tempat lain paling murah pun CHF4.9, key chain lebih dari fridge magnet iaitu CHF7.90 untuk satu. Cenderamata Swiss yang famous adalah keychain loceng lembu macam dalam filem Dilwale Dulhaniya.

Di bandar-bandar besar macam Zurich, Bern dan lain-lain, di stesen utama ada disediakan locker storage yang kita boleh simpan luggage, harga mengikut saiz beg.

Untuk loker saiz XL ritu CHF12, L CHF9. Boleh bayar guna kad. Stesen lain di bandar biasa loker paling besar L saja. Di bandar biasa ada yang kena bayar guna syiling.

Keychain loceng lembu macam dalam filem Dilwale Dulhania

Tandas

Tandas dia menggunakan papan tanda “WC” sama macam kebanyakan negara Europe yang lain. Kadang-kadang guna gambar lelaki/perempuan. Tapi kat Zurich ada tulis toilet.

Ada tandas yang percuma dan ada yang berbayar. Tandas berbayar tu kena bayar pakai coins. Ada yang boleh pakai card tapi yang aku jumpa kat Bern semua pakai syiling sahaja.

Orang Swiss tak suka bila toilet tu basah. Jadi pandai-pandailah lap sebelum keluar toilet.

Staubbach Waterfall

Makanan

Makanan halal senang nak jumpa terutama di restoran arab, indian tapi harga kayangan. Satu set nasi biryani ayam dengan air RM125 bila convert. Even ZFC milik org Turki (ala-ala KFC pon mahal. Jadi lebih baik bawa makanan (instant food) atau masak sendiri.

Hati-hati bila membeli coklat Laderach (yang famous kat Swiss selain Lindt) sebab ada yang guna gelatin babi. Sama seperti coklat yang mengandungi alkohol. Beli yang suitable for vegan. Sama juga coklat Lindt ada yang mengandungi alkohol. Sebelum beli ringankan mulut bertanya sebab orang Swiss sangat jujur.

Tiada kedai Melayu di Swiss setakat ni di bandar-bandar yang aku penah jejak tu. Tak tahulah kot kat bandar lain ada. Ada satu kedai Indonesia aku jumpa kat Zurich tapi tutup iaitu Dapur Indonesia. Kedai Thai ada di UG Bahnhofstrasse di Zurich tapi non halal pulak. Kedai mamak pun takda haha.

Swiss ialah negara yang tidak menyokong penyembelihan haiwan ternakan ya. Segala daging atau ayam halal di Swiss adalah diimport daripada France. Kalau travel ke Switzerland jangan lupa makan muesli dia dan beli air rivella. Oh ye nestea serta ovamaltine pon sedap juga.

Cheese fondue kami tak makan sebab kebanyakannya tak halal disebabkan depa bancuh guna white wine. Tapi orang cakap boleh request tukar dengan apple cider tapi kami tak cuba pun hari tu. Jika nak try nanti silakan, cuma aku bukanlah penggemar cheese.

Kedai coklat Lindt di Zermatt
Ayaq rivella ni sedap tapi air berkarbonat
ZFC ala-ala KFC

Swiss Travel Pass

Kalau ada Swiss Travel Pass, boleh dapat half price bila naik gunung macam Titlis, Schilt horn, First, Matterhorn dan lain-lain. Kalau Gunung Rigi percuma saja cuma kami tak sempat nak pergi Gunung Rigi hari tu.

Jika beli Swiss Travel Pass (STP) boleh naik mana-mana public transport dalam Swiss ‘free of charge’. Kami beli STP untuk 15 hari. Tunjuk je barcode nanti pegawai akan scan.

Tapi jika beli 2nd class pass, naik koc yang ada tulis no 2 di pintu. Jangan naik 1st class, nanti kena bayar denda, mahai weh!

Grindelwald-First Switzerland
Grindelwald-First Switzerland
Naik gondola dari sini untuk ke Grindelwald-First

General

Setiap bandar ada keunikan tersendiri (setakat yang aku jejak). Luzern lain, Interlaken lain, Lauterbrunnen lain, Zermatt lain, begitu juga bandar lain-lain. Contoh Luzern ada old town dan new town.

Rakyat Swiss banyak bawa anjing kemana-mana even dalam tren, bas or tram. Sebab anjing dibenarkan dalam public transport. Jadi jangan pelik kalau tiba-tiba anjing naik tren lalu kat tepi sambil berdoa jangan lah dia datang kat kita.

Kalau kering takda masalah tapi musim winter walau kering pun macam tak yakin. Kucing jalan jarang aku jumpa di Swiss, ada tiga kali je nampak tu pun jenis gebu bulu tebal.

Stray cat di Zermatt, kemain bulu lebat tapi takut orang

Setiap bandar memamg merata-rata ada menara jam. Dan setiap jam jenis analog. Aku tak pernah nampak pula jam digital walaupun dekat kereta api atau stesen bas dia. Swiss ni negara pembuat jam yang memang mengagungkan jam analong agaknya.

Bahasa utama di Swiss ada empat iaitu German/Swiss-German, French, Italian dan Romansh. Dalam train, bila officer tu scan barcode STP dia akan cakap Merci (French word) yang bermaksud terima kasih.

Jangan pelik bila kadangkala orang Swiss tak ckp English dengan kita. Kadang-kadang tu memang macam ayam dengan itik bila berbicara dengan depa walaupun orang tu pemandu bas.

Even board dalam tram guna jam analog

Penduduk Islam di Swiss hanya merangkumi 5% sahaja. Kebanyakannya berasal dari Balkan, Turkey dan mereka menetap di bandar-bandar utama. Di Bern ada House Of Religions iaitu dalam satu bangunan tu menempatkan temple, masjid dan Buddhist temple sebelah menyebelah.

Di atas mana-mana permukaan jalan di Swiss even dalam train station dan airport, ada laluan untuk orang buta (garisan timbul). Zermatt ialah free car zone. Kereta tak dibenarkan masuk kat sini kecuali teksi dia yang rupa dia ala-ala macam van kecik.

Swiss juga terkenal sebagai negara pembuat/pengeluar pisau Victorinox. Boleh beli buat kenangan untuk diri sendiri dan keluarga.

Jenis pisau Victorinox

Tip & nasihat

Sedia bawa pakaian yang sesuai kalau bercuti musim sejuk. Thermal wear sangat penting terutama bagi yang tak tahan sejuk. Kasut juga main peranan penting demi keselesaan.

Sila pakai kasut yang sesuai sebab ada kalanya kita lalu jalan yang agak licin sebab salji dah jadi ais. Jangan sampai kau menari macam Michael Jackson kat situ.

Jangan lupa bawa losyen yang sesuai atau vaseline dan sapu sentiasa kat kulit dan bibir. Supaya tak kering dan gatal kulit bila cuaca terlampau sejuk. Ada orang jenis kulit sensitif dengan suhu cuaca.

Masa kami pi musim winter, ni di Murren-Gimmelwald 

Budaya & gaya hidup

Orang Swiss kebanyakannya mind their own business. Depa tak cara hal orang lain. Tapi bila kau jumpa yang ramah, memang sangat ramah. Macam aunty cleaner kat Valley Hostel tempat aku stay di Lauterbrunnen.

Bila naik escalator, kalau tak berniat nak cepat kena berdiri di sebelah kanan ye, bukan kiri. Konsep sama macam kat Osaka, Jepun. Kalau kat Malaysia kita berdiri belah kiri untuk bagi laluan kat orang lain, yang nak cepat lalu belah kanan.

Bila kita melintas di jalan raya di Swiss ikut garisan belang-belang zebra warna kuning, kenderaan akan berhenti. Untuk bagi laluan kepada orang melintas walaupun tanpa lampu trafik.

Beberapa perkataan yang aku tiba-tiba faham tanpa tengok kamus dorang adalah “bahnhof” bermaksud station, “haus” bermaksud rumah, “apotheke” bermaksud farmasi.

Aku tak nampak anak-anak muda/remaja di Switzerland yang melepak musim sejuk ni. Kebanyakan mereka keluar untuk enjoy main ski. Kerap terserempak dengan mereka di dalam bas atau train dengan kasut ski serta peralatan meluncur.

Orang Switzerland juga ramai yang merokok baik lelaki atau perempuan. Jangan pelik kalau bau rokok merata-rata. Mungkin depa nak panaskan badan sebab musim winter suhunya sangat sejuk, ada hari yang suhu jatuh ke negatif darjah celcius.

Switzerland juga disediakan power station untuk charge basikal. Sebab ramai rakyat Switzerland pilih untuk berbasikal. Mereka juga ada lane khusus tempat laluan basikal.

Zermatt taxi
Tempat caj basikal di Mürren
Zermatt
Arca kreatif menggunakan tin minuman

Setakat ini sahajalah perkongsian aku untuk kembara adventure Swiss secara DIY. Lama tak lama, 15 hari di bumi Swiss.

Total kos aku dalam RM13 ribu (all in) termasuk shopping, souvenir, makan, fees untuk naik gunung untuk seorang. Aku naik flight Qatar Airways dari KLIA dan transit di Doha.

Kalau ada lagi benda menarik untuk dikongsikan lagi, boleh follow posting facebook aku Wiween Mihad.

Semoga perkongsian Wiween Mihad ini memberi manfaat dan menjadi pencetus untuk korang mengembara ke Switzerland secara DIY.

Goodbye 2022, you’ve been good, Hello 2023

osaka
BackPackerzGO Europe

Bagi korang nak rasa travel secara backpack ke Switzerland-Germany, BackPackerzGO ada open trip ke sana pada 24 Februari – 3 Mac 2023. Harga termasuk return flight, penginapan, ground transportation dan guide. 

Info lanjut boleh klik sini – BackPackerzGO Swiss-Germany

×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami