Switzerland
  • Albinen adalah pekan terpencil terletak di lereng Banjaran Alps, Switzerland.
  • Populasi penduduk semakin mengecil hanya tinggal 240 penduduk.
  • Jika korang ‘cabut lari’ daripada program sebelum 10 tahun kena bayar balik pampasan.

Pernah tak korang terfikir untuk menetap terus di salah satu penempatan sekitar Switzerland?

Lengkap dengan tarikan alam semulajadi, mod pengangkutan kereta api yang efisien dan musim sejuk yang indah sambil nikmati coklat panas. 

Ini betul-betul, bukan cobaan. *sambil ulang beberapa kali seperti dalam adegan Pendekar Bujang Lapok.

Kerajaan Switzerland sanggup membayar orang luar atau sesiapa sahaja yang layak untuk berpindah ke Albinen, sebuah penempatan yang tersembunyi disebalik pergunungan yang dilitupi salji tebal. 

Albinen, kampung yang indah di lereng selatan di pintu masuk ke Dalatal

Cumanya lokasi yang ditawarkan ini jauh dari kawasan yang boleh didiami – ia cantik, bersih dan mempunyai pemandangan yang tiada tandingan akan tetapi pasaran pekerjaan sukar ditawarkan serta populasi penduduk semakin merosot. 

Bagi menangani isu tersebut, Switzerland menawarkan 25,000 Swiss Franc untuk dewasa dan 10,000 Swiss Franc bagi setiap kanak-kanak dalam keluarga terdiri daripada empat orang. 

Kalau korang convert 25,000 Swiss Franc ke Ringgit boleh dapat RM124,000 manakala 10,000 Swiss Franc boleh dapat RM50,000. Lebih kurang kalau dijumlahkan sekali bagi seisi keluarga boleh mencecah RM174,000! 

BACA LAGI: Switzerland Adventure – Wanita Ini Kongsi Pengalaman Travel DIY Musim Sejuk Selama 15 Hari 

Albinen, terletak di kanton Valais, menawarkan untuk membayar sesiapa hanya untuk berpindah ke perkampungan lembah gunung

Kalau nak bagi duit belanja free mestilah ada pengerasnya. Terdapat beberapa keperluan (syarat) yang perlu dipatuhi.

Mereka yang berhasrat untuk berpindah Albinen mestilah;

  • Umur mestilah dibawah 45 tahun serta warganegara Switzerland.
  • Jika korang mempunyai kediaman permit C (kediaman tetap) untuk program ditawarkan.
  • Jika ahli EU (Kesatuann Eropah), korang boleh mendapatkannya dalam masa lima tahun.
  • Sekiranya warga asing (luar EU), proses permit boleh mengambil masa sehingga 10 tahun.
  • Hartanah dipilih mestilah mempunyai nilai minimum 200,000 franc.
  • Mestilah rumah kekal (bukan kediaman kedua).
  • Komitmen menetap di sana selama sekurang-kurangnya 10 tahun perlu dilaksanakan jika tidak wang tersebut perlu dibayar semula (dikembalikan).

Oleh itu, jika korang mempunyai dua kewarganegaraan atau keluarga menetap di Switzerland, ia mungkin satu idea yang boleh dipertimbangkan. Boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai program tersebut di sini

Selain berhijrah ke perkampungan yang indah dengan syarat yang ketat, Switzerland mempunyai salah satu sistem pendidikan terbaik di dunia dan pencemaran udara juga bukanlah isu besar kerana penempatan terletak bersebelahan kawasan pergunungan. 

Jangka hayat kehidupan seseorang akan lebih panjang, kadar jenayah serta kekerasan adalah sangat rendah dan jarang berlaku. 

Switzerland
Albinen, Switzerland
Skim itu dilancarkan lima tahun lalu untuk membalikkan trend orang ramai yang meninggalkan bandar itu

Adakah korang bersedia meninggalkan hiruk-pikuk bandar besar dan menetap di kawasan desa yang terpencil? Mana tahu satu hari nanti ada yang merancang berpindah ke sini sebagai pelan persaraan. Boleh renung-renungkan.

Walaubagaimanapun, pepatah melayu ada menyebut, hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik di negeri sendiri.

Korang boleh layan pemandangan sekitar Albinen dalam video kat bawah. 

Memang menakjubkan! Orang kata ni bukan setakat boleh healing je tapi memang hidup dalam suasana yang tidak stress. Tak perlu hadap trafik yang sesak dan jiran yang busy body sebabnya bilangan penduduk di Albinen pun dalam 240 orang.


Trip BackPackerzGO ke Europe, masa ni singgah di Colmar Alsace, France

Untuk tahun 2023 ni BackPackerz organize trip ke beberapa destinasi tumpuan – Balkan, Switzerland, Turkiye, Scandinavia dan Europe.

Kami travel dalam small group, yang penting semua fun, ada guide sepanjang trip, client sempoi dan takda kaki ‘spoil’, semua happy go lucky.

  • Trip terdekat ke Central Europe cover Germany-France-Belgium-Netherlands (4 negara ya).
  • Date 15 Mei sehingga 23 Mei 2023.
  • Info lanjut boleh roger team BackPackerzGO klik sini – Europe Central atau tekan je ikon hubungi kami berwarna hijau tu. 
×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami