airasia
  • Tempahan tambang rendah sempena Hari Raya Aidilfitri bermula 6 petang ini sehingga 30 April 2023.
  • AirAsia tambah kapasiti penerbangan untuk beri peluang rakyat Malaysia raikan musim perayaan dengan lebih baik.
  • Kadar tambang khas ini juga dikhususkan buat penduduk di Sabah & Sarawak yang ingin beraya di Semenanjung Malaysia.

Aduan diterima sepanjang masa serta mendengar keluhan ramai pengguna yang mengeluh setiap kali tibanya musim perayaan tambang penerbangan meningkat kini menjadi tumpuan Menteri Pengangkutan YB Anthony Luke.

Permintaan yang tinggi dengan penawaran penerbangan yang sama menyebabkan harga tiket kapal terbang domestik menjadi bebanan bagi mereka yang kurang berkemampuan dan menetap di Semenanjung yang bercadang pulang beraya di Sabah dan Sarawak. 

Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke, Datuk Haji Hasbi Bin Haji Habibollah, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Bo Lingam, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Aviation Group Limited ketika majlis pelancaran

Oleh itu, syarikat penerbangan untuk semua AirAsia yang mempunyai rangkaian terluas dengan tambah terendah di Asean hari ini melancarkan penerbangan tambahan pada tambang rendah tetap istimewa untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Berita ini pasti menggembirakan ramai pihak termasuk kenalan penulis yang bekerja di Lembah Klang mahupun Johor Bahru dan bercadang pulang beraya di kampung halaman di Kuching, Sibu, Bintulu, Miri atau di Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau. 

Balik kampung dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak dan Sabah pada hanya RM199* dan RM249*, yang tersedia untuk tempahan mulai sekarang sehingga 30 April 2023 untuk perjalanan antara 19 hingga 21 April 2023 dan 28 hingga 30 April 2023.

Penerbangan tambahan ini tersedia untuk empat destinasi di Sarawak seperti Kuching, Sibu, Bintulu dan Miri dan tiga destinasi di Sabah iaitu Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau.

airasia
Balik kampung dengan tambang tetap

AirAsia juga telah bekerjasama dengan BigPay untuk menawarkan pengguna BigPay diskaun 5% untuk semua penerbangan AirAsia selama setahun dengan menggunakan kod promosi “BIGPAY5”.

Inisiatif daripada kerajaan disahut baik oleh AirAsia dalam menggalakkan syarikat penerbangan tambah kapasiti kapal terbang serta kekerapan dengan tawaran tambang tetap.

Menteri Pengangkutan YB Anthony Loke berkata: “Saya berbesar hati kerana AirAsia kekal dengan komitmennya dalam menyokong inisiatif kerajaan untuk menurunkan tambang semasa tempoh perjalanan puncak ini.

“Kita telah berganding bahu sebagai sebuah negara dalam mengatasi pelbagai cabaran pada beberapa tahun kebelakangan ini dan saya berbesar hati untuk melihat AirAsia terus menawarkan pilihan perjalanan pada tambang rendah untuk semua.

“Saya berharap pemain industri lain akan turut mengikuti inisiatif ini dan mengurangkan kos perjalanan ‒ terutamanya semasa tempoh perayaan supaya lebih ramai orang dapat balik kampung dan beraya bersama-sama rakan dan keluarga mereka.”

Baca lagi: Kembara redah Europe trip 2 minggu, pengalaman travel guna kad wise & kena ‘sound’ dengan mat saleh

Tempahan sekarang sehingga 30 April 2023 untuk perjalanan antara 19 hingga 21 April 2023 & 28 hingga 30 April 2023

AirAsia menawarkan jumlah penerbangan tambahan sebanyak 62 penerbangan bagi 11 laluan di antara Kuala Lupur dan Johor Bahru untuk perjalanan ke Sabah dan Sarawak. Jumlah tersebut merangkumi 11,400 buah kerusi secara keseluruhan.

Keperihatinan yang dizahirkan sedikit sebanyak memberi kelegaan bagi mereka yang sedang membuat kira-kira untuk mendapatkan tambang penerbangan tetap yang istimewa menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri.


AirAsia
Trip BackPackerzGO ke Eropah Januari lalu

*Follow kami di BackPackerz untuk mengikuti info terkini berkaitan percutian dan trip BackPackerzGO ke Eropah, Balkan, Turkiye serta Scandinavia sepanjang tahun 2023! 

×

 

Hello!

Klik staff di bawah untuk pertanyaan melalui WhatsApp

× Hubungi Kami