- Thailand antara 40 negara di dunia kenakan yuran kemasukan pelancong asing.
- Kemasukan pelancong melalui darat atau laut turut dikenakan bayaran yuran 150 baht (RM19.25)
- Thailand tanggung kos perubatan antara 300 & 400 juta untuk rawatan pelancong asing di hospital awam setiap tahun.
Sawadikap! Thailand akan mengenakan yuran kemasukan sebanyak 300 baht (RM38.45) ke atas setiap pelancong asing yang tiba melalui udara bermula 1 Jun 2023.
Kadar bayaran yuran atau fi itu dikenakan ketika negara gajah duduk ini bergantung kepada pendapatan pelancongan.
Menurut kabinet Thailand, ia bagi membantu membiayai pembangunan dan penyelenggaraan tempat tarikan pelancong serta melitupi perlindungan insurans pelancong luar.

Menteri Pelancongan Phitphat Ratchakitprakarn berkata yuran itu akan berkuat kuasa mulai Jun ini.
“Bayaran itu akan lebih murah bagi mereka (pelancong) yang tiba dengan pengangkutan darat atau laut kerana berkemungkinan mereka tinggal di negara ini untuk tempoh yang lebih singkat.
“Yuran kemasukan itu akan menyokong kos penjagaan pelancong luar di sini. Dari 2017 hingga 2019, kos perkhidmatan di hospital awam melibatkan pelancong luar menelan belanja sebanyak 300 hingga 400 juta baht.
“Pelawat yang tidak bercadang untuk bermalam di Thailand tidak perlu membayar yuran tersebut” jelasnya kepada Bangkok Post.
Tambahnya lagi, pelancong yang memegang pasport Thailand, pasport diplomatik, permit kerja dan permit kerja khas (untuk profesional tertentu) serta kanak-kanak di bawah umur dua tahun dan penumpang transit akan dikecualikan daripada bayaran itu.
Baca lagi: Sri Lanka bahaya travel solo? Lelaki ini kongsi pengalaman & keindahan sebenar 10 hari backpack

Walaubagaimanapun, Thailand merupakan negara pertama yang menggunakan hasil kutipan yuran untuk manfaat pelancong seperti menyediakan insurans kemalangan dan menaik taraf serta membangunkan destinasi tumpuan pelancong.
Mungkin lepas korang baca artikel ni akan membantutkan plan bercuti di Bangkok, Hatyai, Krabi dan Phuket dalam masa terdekat.
Dont worry, yuran akan dikenakan bermula Jun nanti. Masih ada baki empat bulan untuk mengembara ke negara yang terkenal dengan banana pancakes.
Dapat banana pancakes original Thailand bersalut Nutella mesti korang akan melupakan pisang cheese ‘biasa’ Adib. (Gurau je).
Sumber: Astro Awani


Mulai tahun 2023, BackPackerz mula offer trip untuk kaki backpack, solo traveler atau travel buddies 1-2 orang untuk follow backpack dengan kami ke Europe Central, Swiss-Germany, Turki, Balkan & Scandinavia.
Info lanjut tekan icon hubungi kami/klik sini – Pilihan Trip Anda