- Jepun merupakan sebuah negara berpulau & mempunyai 6,852 pulau-pulau.
- Tokyo adalah bandar dengan populasi penduduk paling ramai di dunia mencecah 37,274,000 (tahun 2022).
- Gunung Fuji disenaraikan dalam Unesco World Heritage pada tahun 2013.
Selepas pengamatan kali pertama, ramai pengembara mungkin melihat Jepun sebagai sebuah negara moden dengan imbangan unsur barat yang memenuhi bangunan pencakar langit di bandar-bandar utama yang sesak dan menjadi tumpuan.
Tetapi jika berpeluang melihat lebih dalam sedikit, Jepun menawarkan tarikan pelancongan dari taman negara, pergunungan, istana, empayar, kuil dan tempat ibadah suci.
Jepun merupakan sebuah negara maju dengan menonjolkan kontras antara tradisional dan moden yang indah.
Baru-baru ini, penulis sempat membaca satu perkongsian yang ditulis oleh Yamin Ismail mengenai selok-belok negara matahari terbit dari sudut peribadinya.

15 tips bagi mereka yang pertama kali melawat Jepun;
1) VISA
Tidak perlukan visa. Anda boleh stay di sana sehingga 90 hari.
Tukar siap-siap di Malaysia kerana kadar tukaran di sini lebih baik. Boleh juga tukar duit di sana. Mesin money changer pun ada di sana.
3) TALIAN INTERNET/DATA
Disarankan bawa pocket wifi untuk memudahkan capaian internet lebih maksima. Boleh book online dan bila sampai sana boleh ambil di airport. Boleh juga bawa siap-siap dari Malaysia.
4) PENGANGKUTAN
Beli pass keretapi (Japan Rail Pass) atau pass bas. Di sana pengangkutan keretapi efisen dan menepati waktu. Contoh, keretapi mempunyai jadual 07.13 am.
Next train 07.27 am. Seterusnya 07.48 am. Bukan 07.00, 07.30, 08.00 am, perlu tunggu hampir 30 minit untuk next train. Setiap keretapi di sini sangat menepati masa. Kalau anda yang lambat, jawabnya memang kena tinggal.
Untuk pengangkutan tak semestinya kena beli pas JR sahaja. Ada banyak company train di Jepun, bukan semua boleh guna JR.
Buat itinerari dan pengiraan dulu yang sebaiknya, boleh guna google maps yang sedia ada atau download Japan Official Travel app.
Tapi seeloknya ada IC card (macam touch & go) untuk memudahkan hidup sebab diterima dikebanyakan pengangkutan.

5) MAKANAN HALAL
Mudah didapati tetapi tidak di semua tempat. Elok bawa sambal ikan dan serunding. Bungkus dalam pek kecil supaya mudah untuk dihabiskan sekali makan dalam perjalanan menaiki keretapi.
Saya suka Brahim (nasi segera bersama lauk) sebab boleh panaskan dalam microwave dan masukkan dalam tupperware untuk dibawa travel.
6) 7 ELEVEN
Kalau lapar sangat, cari 7E. Untuk mereka yang kali pertama masuk 7E Jepun, kita akan rasa macam ‘alangkah kalau kat Malaysia pun macam ni’.
Dekat kaunter cuba cakap – Sumimasen (excuse me), Gohan (nasi) – wa doko desuka? (where is it?).
Sumpah, inilah makanan (nasi melekit Jepun) yang paling kenyang, mudah, murah dan mampu untuk wallet backpackers di samping onigiri.
Baca lagi: Mokti’s buka cawangan pertama di Turkiye, terbang jauh dari Perlis ke Istanbul

7) PENGINAPAN
Bergantung kepada bajet anda. Saya pernah duduk hotel, rumah airbnb, tumpang rumah kawan Jepun. Yang penting ada kemudahan memasak dan bilik tidur atau tempat berehat.
Tips – Pilih rumah yang paling mudah diakses seperti berhampiran dengan stesen bas atau stesen keretapi.
8) JALAN KAKI
Anda kena bersedia untuk banyak berjalan kaki di Jepun. Lainlah kalau anda sewa kereta dengan pemandu di sana which is very expensive dan kurang ‘feel’ jadi seorang backpack.
Orang Jepun jalan laju. Kalau anda baca guidelines macam ni, ‘The hostel is 5 minutes away on foot from the train station’.
Percayalah perjalanan lima minit tu kena darab dengan 3.89 kali ganda dulu sebab tak sama nak catch-up halaju jalan kaki mereka di sini.
9) TEMPAT MENARIK
Saya dah sampai Kyoto, Kobe, Osaka, Tokyo, Gotemba, gunung Fuji. Keindahan semulajadi serta kecanggihan sisi moden Jepun di sebalik bangunan lama yang dipelihara sangat sesuai untuk dikunjungi oleh semua lapisan masyarakat.
70 peratus muka bumi Jepun adalah hutan dan gunung. Banyak tempat menarik boleh dilawati dan kebanyakannya tiada bayaran dikenakan.
Jepun menawarkan banyak tempat menarik yang diwartakan sebagai warisan tapak UNESCO. Memang unik.
10) BAHASA JEPUN
Seeloknya juga tahu sepatah dua sebagai menunjukkan budi bahasa kita. Contoh: Selamat pagi -Ohayo Gozaimas, Hello – Kon ni chi wa, Terima kasih – Arigato Gozaimas, Excuse Me – Sumimasen.
Rakyat Jepun sangat helpful walaupun mereka sendiri tak faham apa yang kita tanya. Kelebihan berbahasa asing adalah lebih baik sewaktu keluar melancong.
11) VENDING MACHINE
Teramat banyak di sana. Boleh beli apa-apa saja. They are everywhere. Difahamkan terdapat 5.5 juta vending machine di negara ini.
Daripada bento kepada sosej. Payung kepada surat khabar. Air tu of course la kan. Coklat. Telur ayam. Sup ikan. Burger. Ramen. Buah oren dan pisang.
Malah ada juga mesin yang berfungsi untuk mengambil selfie. Japanese are all about conveniences.

12) TANDAS
Bersih dan canggih. Sampaikan button mana nak tekanpun tak pasti selepas menunaikan ‘hajat’. Rakyat Jepun obses akan kebersihan, keselesaan dan kesempurnaan..
Selalunya di tepi bidet atau dinding sebelah kanan anda akan ada pilihan water pressure, suhu air, cara pancuran pembersihan.
Maaf tak bermaksud nak campur urusan peribadi anda, tetapi itulah hakikat kemodenan mangkuk tandas di Jepun. When in Japan, do as the Japanese do.

13) SURAU
Islam itu mudah dan memudahkan umatnya. Di lapangan terbang utama Jepun memang disediakan surau. Di bandar-bandar besar juga ada masjid dan surau walaupun kena berusaha mencari.
Malah di kebanyakan restoran halal turut menyediakan ruang solat untuk pengunjung mereka.
Cuma disebabkan rakyat Jepun sangat anti dengan lantai yang berkecah dan basah, kita perlu menghormati adab di tempat orang.
Berusahalah untuk berwuduk dengan cermat dan tertib bahkan kalau ada tisu atau kain lap disediakan, lap sikit lantai lepas selesai berwuduk.

14) HIRUP RAMIN
Makan dengan hirupan bunyi kuat dianggap penghargaan kepada kesedapan si tukang masak. Kalau kat Malaysia pula sebaliknya, rasa nak tampar muka orang yang makan sengaja buat bunyi begitu.
Di kedai makan pula, pelanggan akan makan dengan cepat apabila ada lagi customer yang beratur menunggu di luar sebagai tanda kita menghormati masa orang lain. Only in Japan.

15) DUIT SYILING JEPUN
Ada banyak dominasi iaitu 1, 5, 10, 50, 100 dan 500 Yen (design memang cantik). Jika anda ingin menyimpannya sebagai cenderamata, bolehlah berusaha habiskan sebab balik Malaysia nanti dah tak boleh tukar kat money changer.
Selamat melawat negara The Last Samurai ini satu hari nanti. Terima kasih catatan yang padat dengan informasi oleh Yamin Ismail (BBM).

Mulai tahun 2023, BackPackerz offer trip kepada kaki backpack, solo traveler atau travel buddies untuk follow backpack dengan kami ke Europe Central (4 negara), Swiss-Germany, Turkiye, Balkan (3 negara) & Scandinavia.