Ini first time aku nak travel solo ke luar negara, follow trip BackPackerz. Sebelum ni yang aku tahu BackPackerz ni pernah keluarkan majalah pelancongan yang kongsi tip, info dan itinerari dalam Malaysia dan luar negara.
Jadi, aku fikir its right thing to do bila aku tak ada cuti yang banyak, dan obviously, kawan-kawan aku pun susah nak ambil cuti sekali.
Bagi aku antara yang memudahkan aku bila backpack dengan BackPackerz ni satu adalah planning (perancangan).
Dengar macam biasa je tapi tu perkara paling penting bila kita nak travel dengan sesiapa sebab flight, route, penginapan, makanan, kenderaan dan juga masa aktiviti ni semua akan mempengaruhi mood bila kau pergi travel, tak kisah dengan sesiapa pun.

Tak kira kita melancong dalam negara ke luar negara ke, kalau planning trip ke laut, memang tak syok lah suasana sepanjang percutian tu. Apa yang aku cakap ni berdasarkan pengalaman.
Mesti korang pernah rasa tak best bila plan nak berjalan dengan kenalan asyik tak jadi-jadi. Nak susun itinerari pun krik,krik.
Jadi lebih baik aku travel solo follow trip BackPackerz ni, tengok dorang update trip-trip kat Facebook macam sempoi je semua.
FLIGHT
Pilihan yang dorang buat bila ambil flight yang ada transit, lebih menjimatkan. Flight tiket ni memang mahal ooo sekarang. Ada bonus jugak kat sini, dapatlah merasa transit 8 jam kat Istanbul. Aku plan nak keluar town dia.


Masa di Malaysia kami semua berkumpul di KLIA, masa aku fly trip Europe Central ni, aku naik Turkish Airlines. Ada 15 orang kesemuanya, dari seluruh pelusuk tanah air- KL, Selangor, Pahang, Sabah dan Sarawak.
Ada juga yang baru pertama kali nak ke luar negara, ada yang seasonal traveler, ada yang dah biasa layan backpack.
Semua mesra dan macam dah lama kenal bila berjumpa. Maybe vibe traveler kot, yang buat mereka ni boleh masuk dalam apa jua keadaan. Tu satu nikmat juga bila travel dengan geng sekepala.
Tips – Bab transit ni kena selalu tengok waktu dan juga masa nak tukar flight. Benda ni boleh pengaruhi mood travel korang juga.
So kena pandai sesuaikan diri, mingle dengan trip members yang lain. Tau-tau nanti dah ada kat tepi Yenikapi Harbour, Istanbul.
Pelabuhan Yenikapı
Salah satu pintu gerbang tembok Istanbul yang bersejarah, Yenikapı adalah pelabuhan penting di pantai Laut Marmara. Terletak di dalam sempadan wilayah Fatih hari ini, diketahui bahawa daerah itu telah menjadi tuan rumah Pelabuhan Theodosius yang merupakan pelabuhan tertua Empayar Byzantine.
BACA LAGI: 3O Bandar Paling Selamat Untuk Pengembara Wanita Kunjungi, Kuala Lumpur Turut Tersenarai

TRANSPORTATION
Dekat 4 negara ni, ada banyak pilihan mod pengangkutan. Public dan private vehicle. Masing-masing ada kelebihan. Masa trip aku, guide yang ada masa trip BackPackerz ni guna private MPV (Merc beb).
Sebab senang naik MPV ni, selesa dan luas untuk trip members yang lain. Lagi satu senang nak bergerak satu tempat ke satu tempat lain, boleh singgah je tempat yang tak dapat dicapai dengan public transport. Hah good choice kan.

ROUTE & AKTIVITI
Bab ni subjektif sikit tapi bergantung pada apa kita nak capai. Negara yang kita pilih pun berdasarkan apa kita nak tengok kan.
Tips – Jadi plotkan mana nak pergi dan apa nak buat guna google map. Kirakan sekali berapa harga aktiviti yang kita akan bayar dan kalau boleh cuba cari alternatif untuk dapatkan diskaun.
- Day 1 – KLIA-Bertolak ke Heathrow
- Day 2 – Tiba Heathrow
- Day 3 – London tour
- Day 4 – London – Paris
- Day 5 – Paris tour
- Day 6 – Paris – Brussel – Amsterdam
- Day 7 – Amsterdam tour
- Day 8 – Berlepas dari Schipol
- Day 9 – Tiba Kuala Lumpur

ITINERARI & TEMPAT MENARIK
Thame River, Big Ben, London Bridge Tower Castle , Buckingham Palace, Oxford Street, Dover, Port Ferry England, English Channel Calais, Paris, Eiffel Tower, Arch D Triomphe, Musee D Lourve, Elysees Champ, Brussel Old City, Manneken Pis. Galeries Royales Saint Hubert , Amsterdam City Center, Canal, Van Gogh Museum, Rijks Museum dan banyak lagi.

PENGINAPAN
Bergantung juga pada keutamaan kita. Kalau nak luxury pun ada, nak standard pun ada. Sebab dekat 4 countries ni ada hotel, motel, AirBnB dan juga campsite.
Aku lebih gemar AirBnb sebab aku suka duduk dekat dengan local, sama dengan trip members yang lain.

MAKANAN
Dekat Eropah ni memang dah terkenal dengan mahalnya negara ni. Jadi kita tak boleh nak lari lah, tapi kita kita boleh kawal perbelanjaan dengan bawa makanan dari Malaysia.
Kalau tempat menginap tu ada kitchen, dah boleh prepare makanan yang simple simple. Tapi kedai halal tetap ada kalau nak makan luar.
Bergantung lah ikut bajet korang nak yang macam mana. Guide dorang ni akan bantu untuk cari port makanan halal.
GO SLOW
Bila travel gaya backpack ni kita tengok juga. Ada masa laju, ada masa kita slow. Bukan la touch n go, tapi bagi aku takdalah santai sangat sampai naik boring.
Tips – Jangan nak kejar OOTD sampai lupa masa nak enjoy moment. Tak apa tak ada gambar cun, tapi pengalaman tetap terpahat sampai bila-bila.
Tapi kalau ada gambar cun, lagilah bonus untuk kita kenang sambil tengok gambar tu hehe.

BUDGET
Sesungguhnya travel dengan grup BackPackerz ni lebih jimat. Sebab dia senang je, aku takdelah masa nak uruskan sangat hal-hal yang sampai detail ni.
Nasib aku jumpa BackPackerz. Dorang ni bila buka trip ni, diorang buat style travel buddies. Dorang bantu lancarkan percutian aku dan pengembaraan kita jadi lebih fokus.
Apa-apa hal, dorang ada bantu mudahkan urusan. Pax number kecil sahaja, tapi tetap meriah! Kos travel pun memang dapat lah jimat.
Jangan risau, takyah drive, tak perlu jadi co-pilot, semua dorang yang handle, dorang guide, dorang juga driver. Haha selesai masalah aku.
Mana aku nak pergi, bagitahu je nanti awal dalam grup nanti. Tapi mesti dah rancang siap, discuss dengan travel buddies yang lain. Itu je, lain-lain tak payah pening.
Untuk perjalanan aku backpack ke Europe Central merentasi 4 negara (London-Paris-Brussels-Amsterdam) dengan BackPackerz, harga trip aku dapat RM6,977.
Harga tu dah termasuk tiket flight (return), penginapan, ground transportation dan guide sepanjang trip. So takdalah aku dan yang lain lost, terpinga-pinga selama 9 hari 7 malam kami mengembara ke bumi Eropah.
Aku cuma prepare bajet makan, travel insurans dan duit poket untuk masuk tempat-tempat yang dikenakan entrance fees.
Tapi apa-apa pun pilihan dekat tangan korang. Aku dah merasa trip BackPackerz. So aku kongsi pengalaman sendiri, trip memang layan dan insyaAllah aku nak repeat.
Bila dah ada bajet untuk trip seterusnya, mungkin next follow dorang ke Scandinavia ke, Turkiye ke tak pun Korea.
Alhamdulillah, peluang aku kembara ke Eropah untuk 2023 sudah tercapai. InsyaAllah untuk trip seterusnya – Zam Kaspersky bersama Shahrizan Ghani
Travel solo atau in group both ada upside & downside, as everything in life tak ada satu benda yang semuanya positif tanpa negatif. Dan tak mungkin ada benda yang semuanya negatif tanpa positif – Shahrizan Ghani

TRIP BACKPACKERZ GO

Untuk tahun 2023 ni BackPackerz organize trip ke beberapa destinasi tumpuan – Balkan, Switzerland, Turkiye, Korea, Scandinavia dan Eropah.
LAPAN trip terdekat;
- Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 27 April – 5 May 2023 – Spring
- Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 5 May – 13 May 2023 – Spring
- Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 7 – 15 August 2023 – Midnight sun
- Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 16 – 24 August 2023 – Midnight sun
- Turkiye (Autumn) | Date: 18-27 Sept 2023
- Turkiye (Autumn) | Date: 27 Sept – 6 Oct 2023
- Switzerland-France-Germany | Date: 7-15 September 2023
- Balkan (Bosnia-Croatia-Slovenia) | Date: 19-27 July 2023 – Summer
*Nak tahu info lanjut, ada sebarangan pertanyaan boleh roger team sales kami – Danial | Diba | Nasrullah atau tekan ikon hubungi kami.