- Hanya untuk penumpang Turkish Airlines sahaja.
- Perkhidmatan Touristanbul complimentary (free) untuk menerokai Istanbul.
- Touristanbul membawa penumpang mengunjungi tapak & monumen paling ikonik sekitar Istanbul.
Minggu lepas penulis ada terbaca satu hantaran di grup BBM mengenai Istanbul Tour atau TourISTANBUL yang dikongsikan oleh Ima Ramli. Memang menarik tentang tawaran tersebut cuma rasanya ramai yang terlepas pandang.
Assalamualaikum nak share mengenai Touristanbul.
Tentang Istanbultour (Touristanbul). Pada yang belum tahu la, Turkish Airliens ada buat tawaran menarik iaitu tour Istanbul secara percuma untuk penumpang Turkish Airlines yang layover lebih 8 jam dan lebih 12 jam.
Kalau korang layover tu 8 jam, korang entitled untuk dapat ‘half day’ tour siap percuma sarapan dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari. Usai trip tu, korang akan dihantar ke airport semula.
Macam situasi yang dikongsikan Ima Ramli, dirinya layover selama 14 jam, jadinya dapat tour dari 8 pagi hingga 6 petang. Diberikan sarapan pagi dan makan tengahari secara percuma.
Caranya sedikit susah tapi sangat berbaloi. Lepas korang selesai mendarat, siap cop pasport apa semua, selepas pintu exit pergi ke sebelah kanan. Jalan terus sampai hujung, jalan je sampai nampak Turkish Airlines Hotel Desk. Sebelah tu ada kaunter Touristanbul, korang cuma bagi boarding pass dia akan uruskan.
Menurut Ima, tawaran Touristanbul ini sangat-sangat berbaloi, cuma tak pasti sampai bila offer ni ada untuk penumpang Turkish Airlines. Sama ada sentiasa valid atau ianya bersifat seasonal.
Pada awalnya beli tiket memang ramai yang tak tahu mengenai tawaran Touristanbul ini. Masa dah check ini, baru terbaca dan rupanya berkelayakan nak claim.
Tapi penulis nak nasihakan juga jangan sampai terlepas plan asal korang nak bercuti tu. Maklumlah dah fokus layover dan nak claim Touristanbul tu sampai terkejar-kejar masa.
Mana yang layover lebih 9 jam ke atas tu berbaloi sangat, kalau kurang dari tu takut penat je dapat dan tak enjoy. Kalau nak betul-betul pusing, ambik yang transit Istanbul 24 jam, boleh dapat hotel sekali.
Untuk half day punya tour bermula 8.30 pagi berlepas dari Istanbul Airport. Itinerari Touristanbul seperti di bawah;
- Breakfast
- Blue Mosque
- Hippodrome: German Fountain
- Serpentine Column
- Obelisk of Theodosius
- Topkapi Palace
- Lunch
- Museum of Turkish and Islamic Arts
- Grand Bazaar
- 4 petang balik ke Istanbul Airport
Apa itu Touristanbul?
Touristanbul ialah perkhidmatan persinggahan percuma untuk semua pemindahan antarabangsa penumpang Turkish Airlines. Sesiapa yang terbang melalui İstanbul Airport dan mempunyai masa persinggahan 6-24 jam, maka anda berpeluang untuk terokai dengan Touristanbul.
Cara memohon?
Anda perlu memastikan bahawa anda mempunyai penerbangan pemindahan antarabangsa melalui Istanbul dengan Turkish Airlines. Persinggahan anda mestilah sekurang-kurangnya 6 jam, paling lama 24 jam. Anda boleh teruskan ke Hotel Desk di Hall Ketibaan Antarabangsa di Lapangan Terbang Istanbul hanya setengah jam sebelum lawatan bermula.
Anda boleh menemui Hotel Desk selepas anda melepasi pasport dan kawalan tersuai untuk memohon Touristanbul. Anda tidak memerlukan penyenaraian atau tempahan untuk menyertai lawatan percuma. Map untuk ke Hotel Desk – klik sini
Untuk tahun 2023 ni BackPackerz organize trip ke beberapa destinasi tumpuan – Balkan, Switzerland, Turkiye, Korea, Jepun, Iceland, Scandinavia dan Eropah.
Nak tahu info lanjut, ada sebarangan pertanyaan boleh roger team sales kami – Danial | Diba | Nasrullah atau tekan ikon hubungi kami.
Trip terdekat;
- Backpack Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 27 April – 5 May 2023
- Backpack Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 5 May – 13 May 2023
- Backpack Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 7 – 15 August 2023
- Backpack Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 16 – 24 August 2023
- Backpack Osaka (Osaka-Nara-Kyoto) | Date: 5-9 July 2023 | Date: 12-16 July 2023
- Backpack Korea (Seoul-Nami Island) | Date: 5-9 Jun 2023
- Backpack New Zealand (North-South) | Date: 6-16 Dec 2023
- Backpack New Zealand (South) | Date: 18-27 Dec 2023
- Backpack Turkiye | Date: 18-27 Sept 2023 | Date: 27 Sept-6 Oct 2023