- Longgokan sampah tidak dibersihkan sejak 2 minggu lalu di ibu negara Perancis
- Dianggarkan lebih 6,600 tan sampah bertimbun di kaki lima sekitar bandar Paris.
- Timbunan sampah telah menjejaskan pemandangan & kemasukan pelancong asing.
Ibu kota tercinta Perancis terkenal dengan kota fesyen bergaya, keenakan croissant, tarikan menara Eiffel yang indah dan deretan jalan yang dipenuhi dengan kafe, bar serta restoran.
Tapi itu semua yang anda baca atau lihat di carian Google mengenai Paris.
Lain pula kisahnya mengenai kota Paris jika ditinjau melalui medium media sosial sejak dua minggu lalu.
Ketika ini Paris bukan lagi digelar Kota Romantis, tetapi pelancong luar menggambarkan situasi bandar itu seolah dalam keadaan tidak terurus gara-gara timbunan sampah sarap di kaki lima dan pinggir jalan.
Apa sudah jadi dengan bandar raya tumpuan pelancong dunia ini?
AFP melaporkan tentang keluhan pelancong asing yang kecewa apabila datang ke kota itu untuk menghayati keindahan seni bina dan melihat Eiffel Tower, namun dia dan teman wanitanya disambut dengan pemandangan sebuah kota dengan timbunan sampah serta bau kurang menyenangkan.
Jumaat lalu (24 Mac) menandakan hari ke-19 tindakan protes oleh kebanyakan kesatuan pekerja termasuk syarikat pembersih sampah di Paris.
Sampah berselerakan yang tidak dibersihkan berminggu-minggu itu berpunca daripada tunjuk perasaan berkaitan reformasi sistem pencen Perancis yang tidak disenangi ramai pihak.
“France Strikes”
Protes besar-besaran itu berlaku di seluruh negara berhubung pindaan akta baharu pencen oleh Presiden Emmanuel Macron.
Langkat tersebut bakal menaikkan umur persaraan daripada 62 kepada 64 tahun mendapat tentangan kuat daripada kesatuan pekerja.
Presiden Perancis itu meneruskan pindaan undang-undang itu melalui parlimen Perancis tanpa raih undi. Hal tersebut menimbulkan kemarahan rakyat di seluruh negara.
Sementara itu, Pejabat Pelancongan Paris mengakui longgokan sampah yang tidak diuruskan itu telah menjejaskan pemandangan dan memberikan pengalaman tidak manis buat pelancong asing.

Sedih melihat sampah begini banyak banyak di kota Paris yang cantik. Banyak jalan yang kami lalui dipenuhi dengan sampah,” komen seorang pelancong dari Colombia, di depan katedral Notre-Dame.

Bagi sesiapa yang merancang melawat bandar Paris untuk percutian musim bunga, anda boleh mempertimbangkan semula, melainkan anda mempunyai tapisan rongga hidung yang bagus.
Dengan tiada kesatuan pekerja di sebalik mogok mahupun rakyat bersedia untuk berundur daripada protes itu, pelancong luar mungkin akan menangguhkan percutian ke sana dan mengharapkan Kota Paris yang lebih bersih menjelang musim panas.

Untuk tahun 2023 ni BackPackerz organize trip ke beberapa destinasi tumpuan – Balkan, Switzerland, Turkiye, Korea, Scandinavia dan Eropah.
Kami travel dalam small group, yang penting semua fun, ada guide teman whole trip, semua jenis sempoi dan takda kaki ‘spoil’.
Trip terdekat ada LIMA iaitu;
- Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 27 April – 5 May 2023
- Scandinavia (Norway-Denmark-Sweden) | Date: 5 May – 13 May 2023
- Turkiye (Autumn) | Date: 18-27 Sept 2023
- Turkiye (Autumn) | Date: 27 Sept – 6 Oct 2023
- Switzerland-France-Germany | Date: 7-15 September 2023
*Nak tahu info lanjut, ada sebarangan pertanyaan boleh roger team sales kami – Danial | Diba | Nasrullah atau tekan ikon hubungi kami.